1 Berapakah bilangan rakan kongsi yang dibenarkan bagi perkongsian biasa? flag bookmark A Dua orang hingga 20 orang rakan kongsi B Dua orang hingga 50 orang rakan kongsi C Dua orang hingga 100 orang rakan kongsi D Dua orang hingga tiada had maksimum rakan kongsi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Perkongsian biasa boleh mempunyai 2 hingga 20 orang rakan kongsi.
2 Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perniagaan bersaiz besar berbanding dengan perniagaan bersaiz kecil? I. Wujud pengkhususan II. Kos overhed yang lebih rendah III. Cepat menyelesaikan masalah IV. Menikmati ekonomi bidangan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.4.1 Saiz Perniagaan besar mempunyai ramai pekerja, jadi wujud pengkhususan kerja (I), dan mengeluarkan secara besar-besaran sehingga menikmati ekonomi bidangan (IV). Kos overhed rendah dan cepat menyelesaikan masalah ialah kelebihan perniagaan kecil.
3 Apakah perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad? | | Syarikat Sendirian Berhad | Syarikat Awam Berhad | |---|---|---| | A | Pemegang saham menanggung liabiliti tak terhad | Pemegang saham menanggung liabiliti terhad | | B | Bilangan pemegang saham tidak terhad | Bilangan pemegang saham terhad kepada maksimum 50 orang | | C | Saham syarikat diurus niaga di Bursa Malaysia | Saham syarikat tidak diurus niaga di Bursa Malaysia | | D | Laporan kewangan tidak diumum kepada orang ramai | Laporan kewangan diumum kepada orang ramai | flag bookmark A Pemegang saham menanggung liabiliti tak terhad – Pemegang saham menanggung liabiliti terhad B Bilangan pemegang saham tidak terhad – Bilangan pemegang saham terhad kepada maksimum 50 orang C Saham syarikat diurus niaga di Bursa Malaysia – Saham syarikat tidak diurus niaga di Bursa Malaysia D Laporan kewangan tidak diumum kepada orang ramai – Laporan kewangan diumum kepada orang ramai T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Syarikat awam berhad wajib mengumumkan laporan kewangannya kepada orang ramai, tetapi syarikat sendirian berhad tidak. Pilihan A, B dan C terbalik atau salah.
4 Apakah tanggungjawab francaisor dalam perniagaan francais? flag bookmark A Membayar fi tertentu kepada francaisi B Membuat bayaran permulaan kepada francaisi C Memberi sokongan promosi dan pentadbiran kepada francaisi D Menerima produk baru yang dicadangkan oleh francaisi T4 Bab 1.3.1 Francais Francaisor (pemberi francais) memberi sokongan promosi, latihan dan pentadbiran kepada francaisi. Francaisi pula yang membayar fi kepada francaisor.
5 Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor ketiga? I. Ahmad menghantar bungkusan syarikat kurier II. Muthu menoreh getah di ladang miliknya III. Chong memproses ikan dijadikan keropok IV. Maria bekerja sebagai ejen insurans flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.4.2 Sektor Perniagaan Sektor ketiga ialah sektor perkhidmatan, seperti perkhidmatan kurier (I) dan insurans (IV). Menoreh getah ialah sektor utama dan memproses keropok ialah sektor kedua.
6 Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah inflasi? I. Mengawal kenaikan harga barangan II. Memberi subsidi kepada pengeluar III. Menurunkan kadar faedah IV. Menurunkan kadar cukai flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Kerajaan mengawal harga barang (I) dan memberi subsidi kepada pengeluar supaya kos dan harga tidak naik (II). Menurunkan kadar faedah dan cukai akan menambah perbelanjaan dan memburukkan inflasi.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan. > Encik Aziz merupakan seorang majikan di Syarikat Murni Jaya Sdn. Bhd. Beliau terlalu memberi kebebasan kepada pekerja. Hal ini mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal dan boleh menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat. Apakah gaya pengurusan tersebut? flag bookmark A Gaya pengurusan sokongan B Gaya pengurusan sederhana C Gaya pengurusan demokratik D Gaya pengurusan laissez-faire T4 Bab 2.3.1 Faktor Dalaman Gaya laissez-faire memberi kebebasan sepenuhnya kepada pekerja, sehingga tingkah laku pekerja sukar dikawal.
8 Pernyataan manakah merupakan faktor dalaman yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan? flag bookmark A Teknologi terkini dapat meningkatkan produktiviti B Ekonomi yang berkembang dapat meningkatkan permintaan pengguna C Sumber kewangan mencukupi untuk membiayai kos pembangunan D Pembekal bahan mentah dapat memberikan kemudahan kredit T4 Bab 2.3.1 Faktor Dalaman Sumber kewangan perniagaan berada dalam kawalan perniagaan, jadi ia faktor dalaman. Teknologi, ekonomi dan pembekal ialah faktor luaran.
9 Maklumat berikut diperolehi daripada kilang membuat kasut sukan. | | | |---|---| | Kos tetap | RM200 000 | | Kos berubah seunit | RM70 | | Harga seunit | RM150 | Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran kasut sukan tersebut? flag bookmark A 909 unit B 1 333 unit C 2 500 unit D 2 857 unit T4 Bab 3.5.1 Titik Pulang Modal Titik pulang modal = kos tetap ÷ (harga seunit − kos berubah seunit) = RM200 000 ÷ (RM150 − RM70) = RM200 000 ÷ RM80 = 2 500 unit.
10 Rajah 1 berikut berkaitan dengan syer pasaran produk jus kesihatan (Syarikat Z 45%, Syarikat Y 35%, selebihnya Syarikat X). Berapakah bilangan pengguna yang membeli produk jus kesihatan daripada Syarikat X sekiranya terdapat 300 000 pengguna dalam pasaran tersebut? flag bookmark A 45 000 pengguna B 60 000 pengguna C 105 000 pengguna D 135 000 pengguna T4 Bab 3.5.5 Syer Pasaran Syer pasaran Syarikat X = 100% − 45% − 35% = 20%. Bilangan pengguna = 20% × 300 000 = 60 000 pengguna.