1 Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia? flag bookmark A Mudah dipenuhi B Hidup lebih selesa C Mempunyai batasan D Sama untuk semua individu T4 Bab 1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Kehendak ialah keinginan untuk hidup lebih selesa. Kehendak tidak terbatas, sukar dipenuhi dan berbeza antara individu.
2 Di antara yang berikut, yang mana **BUKAN** konsep asas perniagaan? flag bookmark A Kontrak jual beli B Pertukaran nilai C Penjual dan pembeli D Barang dan perkhidmatan T4 Bab 1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Konsep asas perniagaan termasuk penjual dan pembeli, barang dan perkhidmatan serta pertukaran nilai. Kontrak jual beli bukan salah satu konsep asas.
3 Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan? flag bookmark A Untuk memajukan perniagaan B Menawarkan barang dan perkhidmatan C Mendapatkan keyakinan daripada pelabur D Membantu golongan yang kurang berkemampuan T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Tujuan perniagaan ialah menawarkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna, sama ada bermotifkan untung atau tidak.
4 Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan? flag bookmark A Meningkatkan imej perniagaan B Meningkatkan taraf hidup masyarakat C Menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan D Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan. - Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri - Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan Apakah jenis milikan perniagaan tersebut? flag bookmark A Milikan tunggal B Perkongsian C Syarikat D Koperasi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Milikan tunggal dimiliki oleh seorang sahaja; modalnya datang daripada simpanan pemilik dan pemilik sendiri yang mengurus perniagaan.
6 Gambar di bawah berkaitan dengan milikan perniagaan. Apakah perbezaan milikan perniagaan tersebut? flag bookmark A Mudah ditubuhkan B Cukai yang rendah C Bebas menguruskan perniagaan D Perniagaan yang tidak berterusan T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Kedai Gambar Rosdi Foto ialah milikan tunggal, manakala Klinik Wangsa (Dr Nadir Khan & Rakan-rakan) ialah perkongsian. Pemilik tunggal bebas mengurus perniagaan sendiri, tetapi rakan kongsi perlu berbincang sesama mereka. Pilihan lain ialah persamaan kedua-duanya.
7 Gambar 3 menunjukkan logo sebuah perniagaan. Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas? I. Berskala global II. Perniagaan bersaiz besar III. Terlibat dalam sektor kedua IV. Menyediakan perkhidmatan langsung flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala AirAsia terbang ke banyak negara (berskala global) dan mempunyai ramai pekerja serta jualan yang besar (bersaiz besar). Penerbangan ialah perkhidmatan dalam sektor ketiga, bukan sektor kedua.
8 Maklumat di bawah ini menunjukkan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak-pihak di atas? I. Menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan II. Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan III. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat IV. Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan flag bookmark A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Kulim ialah PBT. PBT menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan dan merangka serta melaksanakan dasar pembangunan setempat.
9 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu keadaan ekonomi. > Berlaku apabila seseorang pekerja bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun. Apabila pekerjaan telah tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Apakah jenis pengangguran yang berlaku di atas? flag bookmark A Pengangguran berstruktur B Pengangguran bermusim C Pengangguran teknologi D Pengangguran kitaran T4 Bab 2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan dan Pertumbuhan Ekonomi Pekerja hanya bekerja untuk tempoh yang pendek pada musim tertentu setiap tahun, kemudian menganggur. Ini ialah pengangguran bermusim.
10 Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat. - Dasar fiskal - Dasar kewangan Mengapa kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut? flag bookmark A Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil B Untuk menggalakkan import C Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing D Untuk meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Dasar fiskal (cukai dan perbelanjaan kerajaan) dan dasar kewangan (kadar faedah dan bekalan wang) digunakan untuk menstabilkan ekonomi negara.