1 Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat? flag bookmark A Menawarkan barang dan perkhidmatan B Mewujudkan peluang pekerjaan C Menambahkan pendapatan negara D Membantu masyarakat setempat T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Tujuan utama perniagaan ialah menawarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Peluang pekerjaan dan pendapatan negara ialah kesan sampingannya.
2 Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan. - Sebuah perniagaan yang ditubuhkan dengan kerjasama antara dua atau lebih individu. - Terikat dengan sebuah perjanjian yang dibincang bersama-sama. Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut? flag bookmark A Milikan Tunggal B Syarikat Berhad C Perkongsian D Koperasi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Perkongsian ditubuhkan oleh dua atau lebih individu (2 hingga 20 orang) dan diikat oleh perjanjian perkongsian yang dipersetujui bersama.
3 Rajah 1 menunjukkan aktiviti dalam sektor perniagaan. | SEKTOR PERNIAGAAN | | | |---|---|---| | Sektor Utama | Sektor Kedua | **Z** | Pernyataan manakah yang menunjukkan aktiviti sektor **Z**? flag bookmark A Aziz mengusahakan ternakan kambing warisan bapanya. B Ali mengusahakan kilang keropok di premis yang disewanya. C Mak Bedah menanam pokok cili di belakang rumahnya. D Encik Yim membuka bengkel kereta di Pekan Parit Yaani. T4 Bab 1.4.2 Sektor Perniagaan Z ialah sektor ketiga (tertier), iaitu sektor perkhidmatan. Bengkel kereta menawarkan perkhidmatan membaiki kenderaan. Ternakan dan tanaman ialah sektor utama, kilang keropok ialah sektor kedua.
4 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kerepek Ratu Rangup. > Perniagaan Kerepek Ratu Rangup dimiliki oleh seorang pengusaha kilang kerepek di Parit Raja, Batu Pahat iaitu Encik Amar. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang dan kerepek ubi yang diedarkan melalui para pemborong di seluruh Malaysia. Beliau menggaji seramai 80 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM15 juta. Saiz, skala dan sektor perniagaan Kerepek Ratu Rangup ialah | | Saiz | Skala | Sektor | |---|---|---|---| | A | kecil | tempatan | tertier | | B | sederhana | kebangsaan | sekunder | | C | sederhana | negeri | primer | | D | besar | kebangsaan | sekunder | flag bookmark A kecil – tempatan – tertier B sederhana – kebangsaan – sekunder C sederhana – negeri – primer D besar – kebangsaan – sekunder T4 Bab 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Bagi sektor pembuatan, 75 hingga 200 pekerja atau jualan RM15 juta hingga RM50 juta ialah saiz sederhana. Kerepek diedarkan ke seluruh Malaysia (skala kebangsaan) dan kilang memproses bahan mentah (sektor sekunder).
5 Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan. | PERNIAGAAN O | PERNIAGAAN P | |---|---| | Kemahiran dalam urusan guaman | Barang berasaskan getah | Kedua-dua perniagaan mempunyai 85 orang pekerja tetap. Apakah klasifikasi perniagaan bagi perniagaan O dan P? | | PERNIAGAAN O: SAIZ | PERNIAGAAN O: SEKTOR | PERNIAGAAN P: SAIZ | PERNIAGAAN P: SEKTOR | |---|---|---|---|---| | A | Sederhana | Pembuatan | Sederhana | Pertanian | | B | Sederhana | Pembuatan | Besar | Pertanian | | C | Besar | Perkhidmatan | Sederhana | Pembuatan | | D | Besar | Perkhidmatan | Besar | Pembuatan | flag bookmark A O: Sederhana, Pembuatan – P: Sederhana, Pertanian B O: Sederhana, Pembuatan – P: Besar, Pertanian C O: Besar, Perkhidmatan – P: Sederhana, Pembuatan D O: Besar, Perkhidmatan – P: Besar, Pembuatan T4 Bab 1.4.1 Saiz O memberi khidmat guaman (sektor perkhidmatan); lebih daripada 75 pekerja ialah saiz besar. P menghasilkan barang getah (sektor pembuatan); 75 hingga 200 pekerja ialah saiz sederhana.
6 Gambar 1 berkaitan dengan agensi kerajaan. Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi tersebut? flag bookmark A Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan B Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan C Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia D Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua T4 Bab 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi Gambar 1 ialah logo TEKUN Nasional, agensi yang menyediakan pembiayaan (pinjaman) kepada usahawan kecil.
7 Antara berikut, yang manakah menerangkan kesan deflasi? I. Penduduk kehilangan pekerjaan II. Meningkatkan kuasa beli penduduk III. Menurunkan penawaran barang di pasaran IV. Menurunkan permintaan barang di pasaran flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan dan Pertumbuhan Ekonomi Semasa deflasi, ekonomi lembap: permintaan barang menurun (IV), perniagaan mengurangkan pengeluaran dan ramai penduduk kehilangan pekerjaan (I).
8 Rajah 2 menunjukkan trend persekitaran pertumbuhan ekonomi. Apakah kesan jangka masa panjang keadaan X kepada ekonomi negara? flag bookmark A Permintaan terhadap barangan meningkat B Wujud lambakan produk dalam negara C Kuasa beli pengguna meningkat D Pengangguran berkurangan T4 Bab 2.2.1 Trend Meningkat Walaupun kadar pertumbuhan turun naik, garis trend jangka panjang menaik. Dalam trend meningkat, ekonomi berkembang dan permintaan terhadap barangan meningkat.
9 Apakah faktor luaran yang menyebabkan aktiviti perniagaan mengalami penurunan? flag bookmark A Pekerja kurang bermotivasi B Strategi pemasaran yang kurang berkesan C Kos pengeluaran semakin meningkat D Keadaan ekonomi semakin lembap T4 Bab 2.3.2 Faktor Luaran Keadaan ekonomi berada di luar kawalan perniagaan, jadi ia faktor luaran. Motivasi pekerja, strategi pemasaran dan kos pengeluaran ialah faktor dalaman.
10 Maklumat berikut menunjukkan sesuatu keadaan di pasaran. > Syarikat X memplagiat reka bentuk produk Syarikat Y kerana reka bentuk produk tersebut mendapat sambutan yang hangat dalam pasaran. Akta yang manakah boleh digunakan untuk mengatasi masalah di atas? flag bookmark A Akta Kontrak 1950 B Akta Syarikat 1965 C Akta Hak Cipta 1987 D Akta Persaingan 2010 T4 Bab 2.2.6 Undang-undang Perniagaan Akta Hak Cipta 1987 melindungi hasil ciptaan daripada ditiru atau diplagiat oleh pihak lain tanpa kebenaran.