arrow_back

Johor Trial 2022 Perniagaan Kertas 1 · Batu Pahat

Perniagaan

Johor Trial 2022 Perniagaan Kertas 1 · Batu Pahat

  • Percubaan Johor Batu Pahat · 2022
  • 40 soalan
Jawapan
Daripada skema jawapan kertas asal
Penerangan
Ditulis oleh AI — sebagai bantuan, mungkin ada kesilapan
Kemas kini terakhir
2026-10-29
1
Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?
2
Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan. - Sebuah perniagaan yang ditubuhkan dengan kerjasama antara dua atau lebih individu. - Terikat dengan sebuah perjanjian yang dibincang bersama-sama. Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
3
Rajah 1 menunjukkan aktiviti dalam sektor perniagaan. | SEKTOR PERNIAGAAN | | | |---|---|---| | Sektor Utama | Sektor Kedua | **Z** | Pernyataan manakah yang menunjukkan aktiviti sektor **Z**?
4
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kerepek Ratu Rangup. > Perniagaan Kerepek Ratu Rangup dimiliki oleh seorang pengusaha kilang kerepek di Parit Raja, Batu Pahat iaitu Encik Amar. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang dan kerepek ubi yang diedarkan melalui para pemborong di seluruh Malaysia. Beliau menggaji seramai 80 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM15 juta. Saiz, skala dan sektor perniagaan Kerepek Ratu Rangup ialah | | Saiz | Skala | Sektor | |---|---|---|---| | A | kecil | tempatan | tertier | | B | sederhana | kebangsaan | sekunder | | C | sederhana | negeri | primer | | D | besar | kebangsaan | sekunder |
5
Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan. | PERNIAGAAN O | PERNIAGAAN P | |---|---| | Kemahiran dalam urusan guaman | Barang berasaskan getah | Kedua-dua perniagaan mempunyai 85 orang pekerja tetap. Apakah klasifikasi perniagaan bagi perniagaan O dan P? | | PERNIAGAAN O: SAIZ | PERNIAGAAN O: SEKTOR | PERNIAGAAN P: SAIZ | PERNIAGAAN P: SEKTOR | |---|---|---|---|---| | A | Sederhana | Pembuatan | Sederhana | Pertanian | | B | Sederhana | Pembuatan | Besar | Pertanian | | C | Besar | Perkhidmatan | Sederhana | Pembuatan | | D | Besar | Perkhidmatan | Besar | Pembuatan |
6
Gambar 1 berkaitan dengan agensi kerajaan. Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi tersebut?
7
Antara berikut, yang manakah menerangkan kesan deflasi? I. Penduduk kehilangan pekerjaan II. Meningkatkan kuasa beli penduduk III. Menurunkan penawaran barang di pasaran IV. Menurunkan permintaan barang di pasaran
8
Rajah 2 menunjukkan trend persekitaran pertumbuhan ekonomi. Apakah kesan jangka masa panjang keadaan X kepada ekonomi negara?
9
Apakah faktor luaran yang menyebabkan aktiviti perniagaan mengalami penurunan?
10
Maklumat berikut menunjukkan sesuatu keadaan di pasaran. > Syarikat X memplagiat reka bentuk produk Syarikat Y kerana reka bentuk produk tersebut mendapat sambutan yang hangat dalam pasaran. Akta yang manakah boleh digunakan untuk mengatasi masalah di atas?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Perniagaan

Lihat semua kertas Perniagaan →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google