1 Apakah maksud tujuan perniagaan? flag bookmark A Mendapat keuntungan yang maksimum B Menawarkan barang dan perkhidmatan C Mengagihkan barang percuma kepada pengguna D Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Tujuan perniagaan ialah menawarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
2 Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung? I. Memastikan nasib insan terbela II. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat III. Memperoleh keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan IV. Membantu golongan kurang berkemampuan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.2 Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) OBBU ditubuhkan untuk kebajikan, iaitu memastikan nasib insan terbela dan membantu golongan kurang berkemampuan. Memperoleh keuntungan ialah tujuan organisasi bermotifkan untung.
3 Gambar 1 menunjukkan suatu bentuk pemilikan perniagaan. Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut? flag bookmark A Milikan Tunggal B Syarikat Berhad C Perkongsian D Koperasi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan "Dain, Siti Juna & Partner" ialah firma peguam yang dimiliki beberapa rakan kongsi, jadi ia perkongsian (perkongsian profesional).
4 Antara yang berikut, manakah menunjukkan klasifikasi perniagaan bagi sektor kedua? flag bookmark A Encik Abu menanam padi di kampung halamannya B Encik Ahmad mengusahakan ternakan berasaskan ikan air tawar C Encik Fuad membina rumah mampu milik kepada penduduk setempat D Encik Tan membuka kedai mencuci kenderaan T4 Bab 1.4 Klasifikasi Perniagaan Sektor kedua termasuk pembuatan dan pembinaan, seperti membina rumah. Menanam padi dan menternak ikan ialah sektor pertama, dan mencuci kenderaan ialah perkhidmatan (sektor ketiga).
5 Maklumat yang berikut berkaitan dengan Syarikat J&J Kurier Sdn. Bhd. - Menyediakan perkhidmatan pos di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak Nyatakan skala perniagaan tersebut flag bookmark A Skala zon B Skala negeri C Skala tempatan D Skala kebangsaan T4 Bab 1.5.1 Pasaran Domestik Perkhidmatan meliputi seluruh Malaysia, jadi skalanya kebangsaan.
6 Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? flag bookmark A Mewujudkan gerai perniagaan B Menyediakan bantuan pelaburan C Memajukan sistem pendidikan usahawan D Menaja pembangunan perniagaan setempat T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan PBT seperti majlis perbandaran menyediakan gerai dan tapak perniagaan untuk peniaga.
7 Gambar 2 berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan. Apakah aktiviti perniagaan yang terlibat bagi agensi tersebut? flag bookmark A Aktiviti promosi B Aktiviti kewangan C Aktiviti latihan dan pembangunan D Aktiviti penyelidikan dan pembangunan T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk industri sawit.
8 Berikut adalah cara bagi mengatasi pengangguran. - Kerajaan memberi insentif kepada pemilik syarikat yang membenarkan pekerja terus berkerja. Apakah jenis pengangguran tersebut? flag bookmark A Kitaran B Struktur C Teknologi D Bermusim T4 Bab 2.1.3 Peranan Kerajaan dari Aspek Guna Tenaga Mengikut skema, insentif supaya majikan terus mengekalkan pekerja walaupun di luar musim digunakan untuk mengatasi pengangguran bermusim.
9 Apakah kelebihan pengambilan pekerja dari luar organisasi? I. Kemahiran baharu dan terkini II. Melahirkan idea baharu III. Pengeluaran stereotaip IV. Kos merekrut pekerja rendah flag bookmark A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan Pekerja dari luar membawa kemahiran baharu dan idea baharu. Kos merekrut dari luar biasanya lebih tinggi.
10 Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi sesebuah organisasi? I. Garis panduan dalam pengurusan organisasi II. Pernyataan ringkas menerangkan tujuan III. Rancangan jangka masa pendek IV. Memastikan hala tuju perniagaan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan Visi menjadi garis panduan pengurusan dan memastikan hala tuju perniagaan. Pernyataan ringkas tentang tujuan ialah misi, dan visi ialah rancangan jangka panjang.