1 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan koperasi? flag bookmark A Nora menjual saham yang dilabur B Zaki membayar cukai persendirian C Jamal dan Kamal menyumbang modal bersama D Amir memberi pendapat semasa mesyuarat agung T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Ahli koperasi berhak memberi pendapat dan mengundi dalam mesyuarat agung (satu ahli satu undi). Menjual saham ialah ciri syarikat awam, dan menyumbang modal bersama ialah ciri perkongsian.
2 Maklumat di bawah merupakan dialog antara Ahmad dan Nabil. - Ahmad: Nabil, bagaimana dengan prestasi perniagaan kamu sekarang? - Nabil: Bolehlah Ahmad, untung pun sedikit sahaja. Kamu pula bagaimana? - Ahmad: Biasalah Nabil. Perniagaan secara kongsi ini, untung pun kongsi juga. Apakah kelemahan lain yang dihadapi oleh Ahmad? flag bookmark A Maklumat perniagaan didedahkan B Liabiliti tidak terhad C Kongsi untung D Cukai tinggi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Ahmad menjalankan perkongsian. Selain berkongsi untung, kelemahan lain perkongsian ialah liabiliti tidak terhad: rakan kongsi menanggung hutang perniagaan sehingga harta peribadi.
3 Maklumat berikut berkaitan dengan En. Manaf. - En. Manaf menerima latihan dan bimbingan daripada syarikat induk untuk menguruskan perniagaan yang dijalankan. Apakah bentuk perniagaan yang diceburi oleh En. Manaf? flag bookmark A Syarikat Berhad B Usahasama C Perkongsian D Francais T4 Bab 1.3.1 Francais Dalam francais, francaisi menerima latihan dan bimbingan daripada francaisor (syarikat induk) untuk menjalankan perniagaan.
4 Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan. - Kedai Sukan Sri Sukma menjual pelbagai jenis alatan sukan raket dan mempunyai pekerja seramai 25 orang. Pilih klasifikasi perniagaan yang terlibat. | | Sektor | Saiz | |---|---|---| | A | Sekunder | Sederhana | | B | Primer | Sederhana | | C | Utama | Kecil | | D | Tertier | Kecil | flag bookmark A A B B C C D D T4 Bab 1.4 Klasifikasi Perniagaan Kedai menjual barang (perdagangan), iaitu sektor tertier. Dalam sektor perkhidmatan, 5 hingga kurang daripada 30 pekerja ialah saiz kecil, jadi 25 pekerja ialah perniagaan kecil.
5 Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Mamee. - Bermula dari Melaka ke seluruh Malaysia, jenama makanan ringan Mamee kini berada di pasaran 80 buah negara. - Sumber sinarharian.com.my, 16 September 2020 Apakah skala pasaran yang terlibat? flag bookmark A Global B Zon C Negeri D Kebangsaan T4 Bab 1.5.2 Pasaran Antarabangsa Mamee dipasarkan di 80 buah negara di serata dunia, jadi skalanya global.
6 Era 1990-an Antara berikut, yang manakah terlibat dengan situasi tersebut? flag bookmark A Melibatkan pihak kerajaan dan swasta B Meneroka alam semulajadi C Sektor dagangan dan peruncitan D Penyumbang utama eksport negara T4 Bab 1.7.2 Era 1990-an Pada era 1990-an, sektor pembuatan berkembang pesat dan menjadi penyumbang utama eksport negara.
7 Situasi manakah menunjukkan masalah pengangguran struktur dapat diatasi? flag bookmark A Subsidi upah diberi kepada usahawan B Pekerja mempunyai pelbagai kemahiran C Teknologi terkini digunakan sepenuhnya D Kadar faedah pinjaman meningkat T4 Bab 2.1.3 Peranan Kerajaan dari Aspek Guna Tenaga Pengangguran struktur berlaku apabila kemahiran pekerja tidak sepadan dengan keperluan industri. Jika pekerja mempunyai pelbagai kemahiran, mereka boleh bertukar kerja, jadi masalah ini dapat diatasi.
8 Trend persekitaran mendatar berlaku apabila... flag bookmark A sumber manusia yang produktif. B jualan meningkat 10% setiap bulan. C prestasi perniagaan masih konsisten. D pengurusan perniagaan yang cekap. T4 Bab 2.2.3 Trend Mendatar Trend mendatar bermaksud prestasi perniagaan tidak naik dan tidak turun, iaitu kekal konsisten. Jualan naik 10% setiap bulan ialah trend meningkat.
9 Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan. - • Wujud hubungan baik antara majikan dengan pekerja - • Masih wujud risiko kegagalan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan Apakah gaya pengurusan yang digambarkan di atas? flag bookmark A Autokratik B Sokongan C Demokratik D Sederhana T5 Bab 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan Gaya sokongan menjaga hubungan baik antara majikan dan pekerja, tetapi kerana pekerja kurang diarah, masih ada risiko matlamat tidak tercapai.
10 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan perubahan persekitaran perniagaan dari aspek undang-undang? I. Lambakan barang import II. Pembangunan dalam teknologi III. Kewujudan sistem perniagaan secara adil IV. Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan Undang-undang perniagaan mewujudkan sistem perniagaan yang adil dan melindungi hak semua pihak. Lambakan barang import dan pembangunan teknologi bukan kesan undang-undang.