1 Apakah tujuan perniagaan? flag bookmark A Meningkatkan taraf hidup masyarakat B Menawarkan barangan dan perkhidmatan C Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna D Memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Menurut buku teks, tujuan perniagaan ialah menawarkan barang atau perkhidmatan oleh peniaga atau organisasi kepada pembeli. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ialah sebab pelbagai jenis perniagaan wujud, bukan takrif tujuan perniagaan.
2 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan. - Hal ehwal syarikat dirahsiakan - Tidak bebas pindah milik syer - Liabiliti terhad Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut? flag bookmark A Syarikat Sendirian Berhad B Syarikat Awam Berhad C Milikan Tunggal D Koperasi T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad tidak perlu mendedahkan akaunnya kepada umum (hal ehwal dirahsiakan), syernya tidak boleh dipindah milik dengan bebas dan pemegang syernya berliabiliti terhad.
3 Rajah 1 menunjukkan perubahan jenis pemilikan perniagaan. **Syarikat Areed Sdn. Bhd.** → **Syarikat Areed Bhd.** Mengapakah perubahan tersebut berlaku? flag bookmark A Membolehkan ahli menanggung liabiliti terhad B Memudahkan pertukaran ahli lembaga pengarah C Menggalakkan pengumpulan modal yang lebih besar D Membenarkan kawalan ahli ke atas perjalanan syarikat T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad bertukar menjadi Syarikat Awam Berhad supaya boleh menjual syer kepada orang awam di pasaran saham, jadi modal yang lebih besar dapat dikumpul. Liabiliti terhad sudah dinikmati oleh kedua-dua bentuk syarikat.
4 Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer? flag bookmark A Syahir menjual ketam B Haris menternak udang dalam kolam C Amra memproses ikan dijadikan keropok D Lamin menghantar sayur-sayuran ke pasar T4 Bab 1.4.2 Sektor Perniagaan Sektor primer melibatkan aktiviti mendapatkan hasil daripada sumber alam seperti pertanian, perikanan dan penternakan. Menternak udang ialah sektor primer; memproses ikan ialah sektor sekunder, manakala menjual dan menghantar barang ialah sektor tertier.
5 Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan. - Puan Aini merupakan pengusaha kerepek di Parit Raja, Batu Pahat. Beliau mempunyai pekerja tetap seramai 30 orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM500 000. Apakah saiz dan sektor perniagaan tersebut? | | Saiz | Sektor | |---|---|---| | A | Kecil | Utama | | B | Kecil | Kedua | | C | Sederhana | Utama | | D | Sederhana | Kedua | flag bookmark A A B B C C D D T4 Bab 1.4.1 Saiz Membuat kerepek ialah aktiviti pembuatan, iaitu sektor kedua (sekunder). Bagi sektor pembuatan, perniagaan kecil mempunyai 5 hingga kurang 75 pekerja atau jualan RM300 000 hingga kurang RM15 juta, jadi 30 pekerja dan jualan RM500 000 ialah perniagaan kecil.
6 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kerepek Vida Rangup. - Perniagaan Kerepek Vida Rangup dimiliki oleh seorang pengusaha kilang kerepek di Parit Raja, Batu Pahat iaitu Encik Amar. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang dan kerepek ubi yang diedarkan melalui para pemborong di seluruh Malaysia. Beliau menggaji seramai 80 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM 15 juta. Saiz, skala dan sektor perniagaan Kerepek Vida Rangup ialah | | Saiz | Skala | Sektor | |---|---|---|---| | A | kecil | tempatan | tertier | | B | sederhana | kebangsaan | sekunder | | C | sederhana | negeri | primer | | D | besar | kebangsaan | sekunder | flag bookmark A A B B C C D D T4 Bab 1.4 Klasifikasi Perniagaan Kilang kerepek ialah sektor sekunder (pembuatan). Dengan 80 pekerja dan jualan RM15 juta, ia perniagaan bersaiz sederhana (75 hingga 200 pekerja atau jualan RM15 juta hingga RM50 juta). Produknya diedarkan ke seluruh Malaysia, jadi skalanya kebangsaan.
7 Gambar 1 merupakan logo sebuah agensi kerajaan. Antara berikut, yang manakah peranan agensi tersebut kepada peniaga? I. Memberi pelepasan cukai II. Memberi latihan dan seminar III. Menyediakan kemudahan infrastruktur IV. Menyediakan pusat perniagaan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan Logo itu ialah logo Majlis Perbandaran Batu Pahat, iaitu pihak berkuasa tempatan. Kerajaan tempatan membantu peniaga dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan pusat atau tapak perniagaan. Pelepasan cukai diberi oleh kerajaan pusat.
8 Berikut adalah perbualan antara 2 orang pekerja. - **Jamal:** Bagaimanakah perniagaan awak, Raj? - **Raj:** Kuantiti yang dijual setiap hari semakin berkurang. - **Jamal:** Saya telah pun menurunkan harga jualan di kedai saya. Namun orang ramai tetap tidak berminat untuk berbelanja. Mereka lebih suka menabung wang mereka. - **Raj:** Kalau keadaan ini berterusan, terpaksalah saya menutup sahaja perniagaan ini. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka? flag bookmark A Mengurangkan kadar faedah yang diberikan oleh bank B Meningkatkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank C Menggalakkan perniagaan yang memberikan tumpuan pada sektor pembuatan D Mengurangkan penggunaan tenaga pekerja asing dalam negara kita, baik dalam sektor T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Orang ramai lebih suka menabung dan kurang berbelanja. Kerajaan boleh mengurangkan kadar faedah simpanan di bank supaya menabung kurang menarik, lalu orang ramai lebih banyak berbelanja dan jualan peniaga meningkat.
9 Rajah 2 menunjukkan keadaan trend persekitaran sebuah perniagaan. Apakah faktor luaran yang menyebabkan keadaan demikian berlaku? flag bookmark A Pekerja kurang bermotivasi B Strategi pemasaran yang kurang berkesan C Kos pengeluaran semakin meningkat D Keadaan ekonomi semakin lembab T4 Bab 2.3.2 Faktor Luaran Rajah menunjukkan trend menurun. Faktor luaran datang dari luar perniagaan, seperti keadaan ekonomi yang lembab. Motivasi pekerja, strategi pemasaran dan kos pengeluaran ialah faktor dalaman.
10 Maklumat berikut merupakan kesan keadaan ekonomi yang berlaku pada tahun 2020 disebabkan isu COVID-19 yang melanda seluruh dunia. - Aktiviti perniagaan terbantut - Penduduk kehilangan pekerjaan - Kuasa beli penduduk menurun Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan keadaan tersebut? I. Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih wang II. Memberikan khidmat perundangan agar dapat mendidik pengguna III. Mengurangkan kadar cukai supaya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna IV. Meningkatkan kadar faedah supaya menggalakkan masyarakat menyimpan wang flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Mengikut skema, jawapannya II dan III. Mengurangkan kadar cukai menambah pendapatan boleh guna supaya orang ramai mampu berbelanja, dan khidmat nasihat membantu pengguna dan peniaga menghadapi keadaan itu. Meningkatkan kadar faedah (IV) menggalakkan orang menyimpan dan mengurangkan perbelanjaan, jadi ia tidak membantu.