arrow_back

Sabah Trial 2024 Perniagaan Kertas 1 · SMEKTAR

Perniagaan

Sabah Trial 2024 Perniagaan Kertas 1 · SMEKTAR

  • Percubaan Sabah SMEKTAR
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Gambar 1 menunjukkan penubuhan sebuah organisasi. Apakah kaedah yang digunakan oleh organisasi tersebut dalam menjalankan perniagaan?
2
Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan. - Dikenakan cukai pendapatan individu - Dimiliki dan diurus oleh seorang pemilik sahaja - Sumber pembiayaan seperti simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara-mara Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
3
Gambar 2 berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan pemilikan tersebut? I. Cukai pendapatan yang rendah II. Tiada had maksimum pemegang saham III. Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan IV. Modal daripada jualan syer terhad kepada 10 orang
4
Antara berikut, yang manakah cabaran perniagaan bersaiz sederhana?
5
Maklumat berikut berkaitan dengan Raja Roti Telur. > Encik Akmal merupakan seorang pengusaha kilang Raja Roti Telur di Lahad Datu, Sabah. Raja Roti Telur diedarkan melalui pemborong di seluruh Malaysia. Beliau menggaji seramai 77 orang pekerja tetap di kilangnya. Jualan tahunan beliau ialah sebanyak RM18 juta. Apakah saiz dan skala perniagaan tersebut? | | Saiz | Skala | |---|---|---| | A | Kecil | Tempatan | | B | Sederhana | Kebangsaan | | C | Besar | Kebangsaan | | D | Sederhana | Negeri |
6
Bagaimanakah sesebuah negara dikatakan mencapai guna tenaga penuh?
7
Antara berikut, yang manakah peranan kerajaan dalam menangani isu deflasi? I. Memberi nasihat dan perundangan II. Melaksanakan dasar kerajaan III. Meningkatkan kadar cukai IV. Melaksanakan dasar fiskal
8
Maklumat berikut merupakan faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. > Keadaan politik yang tidak stabil dan diburukkan lagi dengan ekonomi yang lembap serta perlahan merupakan faktor yang mempengaruhi trend perniagaan di sesebuah negara. Apakah perubahan tersebut?
9
Antara berikut, yang manakah kesan perubahan dari aspek pasaran? I. Pembangunan dalam teknologi II. Kadar pengangguran berkurang III. Memperkukuh pertumbuhan ekonomi IV. Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
10
Antara berikut, yang manakah pelaksanaan dasar fiskal oleh kerajaan dalam membantu perkembangan ekonomi negara? I. Menambah peruntukan perbelanjaan kerajaan untuk menggalakkan sesuatu sektor perniagaan II. Kerajaan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan kuasa beli pengguna III. Kerajaan mengurangkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran IV. Bank Negara Malaysia meningkatkan kadar faedah semasa
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Perniagaan

Lihat semua kertas Perniagaan →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google