1 Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan? flag bookmark A Pembuatan B Perkilangan C Penternakan D Pendidikan T4 Bab 1.0.2 Aktiviti Perniagaan Pendidikan memberi perkhidmatan (pengajaran), bukan menghasilkan barang. Pembuatan, perkilangan dan penternakan menghasilkan barang.
2 Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri rakan kongsi. > Rakan kongsi yang menyumbangkan nama tetapi tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan. Apakah jenis rakan kongsi tersebut? flag bookmark A Rakan kongsi aktif B Rakan kongsi lelap C Rakan kongsi biasa D Rakan kongsi nominal T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Rakan kongsi nominal hanya meminjamkan namanya (biasanya nama terkenal) kepada perniagaan tetapi tidak menyumbang modal atau terlibat dalam operasi.
3 Antara yang berikut, yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan? I. Bilangan pekerja tetap II. Jumlah modal yang dilaburkan III. Bilangan cawangan perniagaan IV. Jumlah jualan tahunan perniagaan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.4.1 Saiz Saiz perniagaan di Malaysia ditentukan berdasarkan bilangan pekerja tetap sepenuh masa (I) dan jumlah jualan tahunan (IV).
4 Logo 1 menunjukkan sebuah agensi yang berperanan membantu pengeluar tempatan menembusi pasaran global. Bagaimanakah agensi tersebut berperanan? flag bookmark A Menyediakan bantuan prasarana B Menyediakan kemudahan pembiayaan C Memperkenalkan teknologi pengeluaran baharu D Mengekalkan hubungan antara pengimport dan pengeksport T4 Bab 2.1.2 Peranan Kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi MATRADE membantu pengeksport Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, antaranya dengan menghubungkan dan mengekalkan hubungan antara pengeksport tempatan dengan pengimport di luar negara.
5 Encik Akif mempunyai sebuah syarikat yang menjual produk kraf tangan buatan Malaysia ke luar negara. Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah jenis pelepasan cukai yang layak dinikmati oleh syarikat Encik Akif? flag bookmark A Elaun cukai B Taraf perintis C Potongan cukai D Pengecualian cukai T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Syarikat yang mengeksport produk tempatan layak mendapat potongan cukai (potongan dua kali) atas perbelanjaan mempromosikan eksport.
6 Gambar 1 menunjukkan aktiviti pertanian. Apakah perkembangan sektor perniagaan di Malaysia yang bersesuaian dengan gambar di atas? flag bookmark A Era 1990-an B Selepas merdeka C Era kemerdekaan D Menjelang abad ke-21 T4 Bab 1.7.1 Selepas Merdeka Selepas merdeka, ekonomi Malaysia bergantung kepada sektor pertanian seperti kelapa sawit dan getah. Era 1990-an menumpukan perindustrian, dan abad ke-21 kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Mahdi. > Encik Mahdi mengalami masalah kemerosotan jualan akibat pengedaran bahan publisiti yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut? flag bookmark A Pemasaran B Pengagihan C Pengeluaran D Khidmat pelanggan T4 Bab 4.2.8 Bahagian Fungsian Pemasaran Bahan publisiti ialah sebahagian daripada aktiviti promosi, iaitu tanggungjawab bahagian pemasaran.
8 Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan? flag bookmark A Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan B Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga C Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang D Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan Kerajaan mempengaruhi perniagaan secara menyeluruh melalui dasar (seperti cukai dan insentif) dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua perniagaan.
9 Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan? flag bookmark A Daya saing B Jangka masa C Boleh diukur D Boleh dicapai T4 Bab 3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu Visi, misi dan objektif perlu mengambil kira daya saing perniagaan dalam pasaran. Jangka masa, boleh diukur dan boleh dicapai ialah ciri SMART bagi objektif, bukan faktor.
10 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan. > Objektif syarikat adalah untuk meningkatkan penguasaan pasaran dari 5% (2020) kepada 8% (2021). Apakah ciri SMART tersebut? flag bookmark A Spesifik B Munasabah C Jangka masa D Boleh diukur T4 Bab 3.3.2 M - Measureable (Boleh Diukur) Objektif menggunakan angka yang jelas (dari 5% kepada 8%), jadi pencapaiannya boleh diukur.