arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2026 Perniagaan Kertas 1

Perniagaan

Negeri Sembilan Trial 2026 Perniagaan Kertas 1

  • Percubaan Negeri Sembilan
  • 40 soalan
  • Ada penerangan
1
Logo 1 berkaitan dengan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung. Apakah kaedah perniagaan organisasi tersebut?
2
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis rakan kongsi. > Aley ingin menyumbang modal dalam perniagaan rakannya namun tidak mahu terlibat dalam pengurusan dan ingin mengehadkan risiko tanggungan. Apakah rakan kongsi tersebut?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. > Encik Roslan bercadang untuk menambah modal tunai dengan menerbitkan syer kepada ahli keluarga dan rakan-rakan rapatnya. Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
4
Gambar 1 merupakan satu bentuk perniagaan lain. Antara berikut, manakah kelebihan kepada peniaga yang menyertai pelawaan tersebut? I Risiko kegagalan perniagaan adalah rendah II Menikmati ekonomi bidangan III Dapat menembusi pasaran baharu IV Peniaga tidak perlu banyak pengalaman
5
Aktiviti manakah yang **betul** tentang sektor sekunder?
6
Antara berikut, manakah pernyataan yang **benar** tentang perkaitan antara penawaran, bentuk pemilikan, klasifikasi dan skala perniagaan? I Perkongsian boleh menawarkan perniagaan menjual barang dan perkhidmatan II Penawaran perkhidmatan diklasifikasikan sebagai sektor pembekalan tenaga III Saiz perniagaan yang kecil hanya boleh berada dalam skala tempatan sahaja IV Bentuk perniagaan boleh berubah apabila saiz perniagaan bertambah besar
7
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. > Syarikat Mesra Berhad merupakan pengeluar produk makanan sejuk beku berasaskan ayam segar untuk beberapa daerah di Selangor. Perniagaan mempunyai 50 orang pekerja tetap dan 24 orang pekerja sambilan. Manakah pasangan yang **betul**? Saiz – Skala
8
Apakah akta berkaitan perlindungan pengguna yang membuat pembelian barang secara ansuran?
9
Gambar 2 berkaitan sebuah perniagaan yang mendapat pelepasan cukai kerajaan. Apakah jenis pelepasan tersebut?
10
Apakah agensi yang berperanan untuk memastikan piawaian produk bermutu tinggi?
Ada 30 soalan lagi — log masuk untuk jawab seluruh kertas secara percuma

Selepas log masuk, keputusan disimpan, jawapan salah dimasukkan ke Kesilapan, dan anda boleh sambung di telefon lain.

Lagi kertas Perniagaan

Lihat semua kertas Perniagaan →
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.

Log Masuk

Log masuk dengan akaun Google anda untuk teruskan

Teruskan dengan Google