1 Apakah tujuan sesebuah perniagaan dijalankan? flag bookmark A Meningkatkan taraf hidup B Mewujudkan peluang pekerjaan C Menggalakkan persaingan yang sihat D Menawarkan barang dan perkhidmatan T4 Bab 1.1 Tujuan Perniagaan Tujuan utama perniagaan ialah menawarkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna untuk memenuhi keperluan serta kehendak mereka.
2 Apakah kelebihan milikan tunggal berbanding perkongsian? flag bookmark A Liabiliti terhad B Modal lebih besar C Jangka hayat berterusan D Mudah membuat keputusan T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Milikan tunggal mudah membuat keputusan kerana tiada perkongsian kuasa dengan rakan niaga. Liabiliti terhad pula hanya untuk syarikat berhad, bukan milikan tunggal.
3 Pilih padanan yang betul. flag bookmark A Rentak Setia Sendirian Berhad: Hal ehwal kewangan diumumkan; Inovasia Berhad: Hal ehwal syarikat dirahsiakan B Rentak Setia Sendirian Berhad: Bilangan pemegang syer tidak terhad; Inovasia Berhad: Bilang pemegang syer terhad C Rentak Setia Sendirian Berhad: Syer boleh dijual kepada orang awam; Inovasia Berhad: Syer tidak boleh dijual kepada orang awam D Rentak Setia Sendirian Berhad: Syer boleh dipindah milik dengan kebenaran; Inovasia Berhad: Syer boleh dipindah milik dengan bebas T4 Bab 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad tidak boleh jual syer kepada awam dan pindah milik syer memerlukan kebenaran ahli, manakala Berhad membenarkan pindah milik syer secara bebas.
4 Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan pengilangan. | Syarikat | Jualan tahunan | Pekerja tetap | |---|---|---| | I | RM500 000 | 20 orang | | II | RM20 juta | 80 orang | Manakah klasifikasi perniagaan yang betul? flag bookmark A I: Sederhana; II: Besar B I: Kecil; II: Besar C I: Kecil; II: Sederhana D I: Besar; II: Sederhana T4 Bab 1.4.1 Saiz I: Jualan RM500 000 (< RM5 juta) dan 20 pekerja (< 75) diklasifikasikan sebagai kecil. II: Jualan RM20 juta dan 80 pekerja termasuk dalam lingkungan sederhana, bukan besar.
5 Gambar berikut merupakan logo sebuah perniagaan. Apakah skala perniagaan tersebut? flag bookmark A Kebangsaan B Negeri C Global D Zon T4 Bab 1.5 Skala Perniagaan FELDA diiktiraf di peringkat antarabangsa, menunjukkan skala perniagaannya adalah global.
6 Gambar berikut merupakan logo agensi kerajaan. Apakah peranan agensi tersebut? flag bookmark A Menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian B Memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan C Meningkatkan nilai perkembangan keluaran tehadap minyak sawit Malaysia D Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan tenaga elektrik T4 Bab 2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan SIRIM bertanggungjawab dalam pensijilan dan penetapan piawaian, memastikan produk di pasaran mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi. - Masalah peningkatan harga barang secara berterusan - Kuasa beli pengguna menurun Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini? I Meningkatkan kadar cukai II Meningkatkan kadar faedah III Meningkatkan aktiviti import IV Meningkatkan perbelanjaan kerajaan flag bookmark A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Kenaikan cukai dan kadar faedah mengurangkan perbelanjaan agregat, justeru menstabilkan harga serta meningkatkan kuasa beli. Langkah III dan IV pula akan menambah permintaan dan memburukkan inflasi.
8 Maklumat berikut berkaitan trend persekitaran perniagaan. > MIDF Research menjangkakan kenaikan harga barang meningkat sebanyak 2% dalam bulan Januari 2026 berbanding tahun 2025. Peningkatan harga ini menjejaskan permintaan dalam pasaran domestik di Malaysia kerana kuasa beli penduduk yang semakin merosot. Apakah trend persekitaran perniagaan dan faktor luaran yang mempengaruhinya? flag bookmark A Trend meningkat dan dipengaruhi oleh faktor sosiobudaya B Trend mendatar dan dipengaruhi oleh faktor teknologi C Trend menurun dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi D Trend meningkat dan dipengaruhi oleh faktor persaingan T4 Bab 2.2.2 Trend Menurun Kenaikan harga menyebabkan kuasa beli penduduk merosot, maka permintaan pasaran domestik menurun. Ini ialah trend menurun yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi.
9 Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi. > Peningkatan harga minyak mentah di pasaran global serta gangguan rantaian bekalan makanan telah menyebabkan kos bahan mentah bagi industri pembuatan makanan di Malaysia meningkat sebanyak 15%. Kesannya peniaga menaikkan harga jualan produk bagi menampung kos operasi mereka. Bagaimanakah kerajaan menangani isu tersebut? flag bookmark A Memperkasakan Akta Kontrak 1950 bagi mengawal elemen perjanjian antara pembekal dan peniaga B Meningkatkan kadar faedah simpanan bagi menggalakkan penduduk menyimpan wang di bank C Memberikan subsidi kepada pengeluar bagi mengawal kenaikan kos pengeluaran barang D Melaksanakan dasar fiskal bagi meningkatkan pendapatan pengguna T4 Bab 2.1.4 Peranan Kerajaan dari Aspek Ekonomi Subsidi kepada pengeluar mengurangkan beban kos bahan mentah, membolehkan harga jualan kekal stabil walaupun kos pengeluaran meningkat.
10 Pilih pasangan yang betul. flag bookmark A Faktor Dalaman: Kewangan; Faktor Luaran: Teknologi Maklumat B Faktor Dalaman: Ekonomi; Faktor Luaran: Pemasaran C Faktor Dalaman: Pengeluaran; Faktor Luaran: Ekologi D Faktor Dalaman: Teknologi; Faktor Luaran: Politik T4 Bab 2.3.1 Faktor Dalaman T4 Bab 2.3.2 Faktor Luaran Pasangan yang betul ialah C kerana faktor dalaman perniagaan merangkumi pengeluaran, manakala faktor luaran merangkumi ekologi.