Maklumat berikut berkaitan bentuk pemilikan perniagaan.
> Anis merupakan seorang pemilik restoran yang menjual pelbagai menu sarapan pagi. Sahabat baiknya Sara amat berminat untuk bekerjasama menguruskan restoran milik Anis. Mereka bersetuju untuk menukar nama perniagaan kepada Restoran Anissa.
Mengapakah Anis dan Sara memilih bentuk pemilikan perniagaan di atas?
4 marks
c
Jelaskan rakan kongsi aktif.
3 marks
210 marks
a
Jelaskan jenis pelepasan cukai taraf perintis.
3 marks
b
Situasi berikut berkaitan seorang usahawan.
> Masyitah merupakan usahawan pengeluar kain sutera berjenama ‘Sutera Eksklusif’. Produk beliau telah berjaya dipasarkan ke seluruh negara. Masyitah bercadang mencari pasaran baru dengan menembusi pasaran antarabangsa seperti Perancis dan Belanda.
Terangkan agensi kerajaan yang dapat membantu Masyitah menembusi pasaran antarabangsa.
5 marks
c
Jelaskan cara mengatasi pengangguran bermusim.
2 marks
310 marks
a
Rajah 1 menunjukkan titik pulang modal sebuah perniagaan barangan plastik.
Apakah P dan Q?
2 marks
b
Jelaskan kawasan Z.
4 marks
c
Jelaskan ciri-ciri fizikal sesuatu produk yang baik.
4 marks
410 marks
Gambar 1 menunjukkan proses penyelenggaraan dan baik pulih penghawa dingin di sebuah kilang.
a
Mengapakah penyelenggaraan perlu dijalankan secara berjadual?
2 marks
b
Jelaskan harta intelek.
4 marks
c
Terangkan **dua** jenis sumber pembiayaan dalaman.
4 marks
510 marks
Jadual di bawah menunjukkan butiran dalam kunci kira-kira/ penyata kedudukan kewangan.
| Butiran | Jumlah |
|---|---|
| Aset bukan semasa | RM100 000 |
| Aset semasa | RM50 000 |
| Liabiliti bukan semasa | RM80 000 |
| Liabiliti semasa | RM30 000 |
a
Hitungkan nisbah semasa berdasarkan maklumat di atas.
2 marks
Jelaskan langkah-langkah pembangunan produk baru berikut:
b(i)
Penjanaan idea
2 marks
b(ii)
Komersialisasi
2 marks
c
Terangkan kepentingan interaksi antara sebuah perniagaan dengan organisasi luar.
4 marks
610 marks
Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis penyata kewangan.
**Rajah 2** — kotak "Penyata Kewangan" bercabang (anak panah) kepada tiga kotak:
- X
- Penyata Aliran Tunai
- Kunci Kira-kira
a
Jelaskan X.
5 marks
b
Terangkan peranan fungsian kewangan bagi memastikan sumber kewangan diagihkan dengan cekap.
5 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah pasaraya.
> Miro Mart Sdn Bhd merupakan sebuah pasaraya yang beroperasi di Terengganu. Bilangan pekerja tetap seramai 200 orang dengan jualan tahunan RM30 juta.
>
> Kebelakangan ini, Miro Mart menghadapi masalah pusing ganti pekerja. Ramai yang berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih menarik di syarikat lain. Bagi mengatasi masalah ini, pengurus sumber manusia telah merancang strategi bagi mengatasi masalah ini.
a
Jelaskan perkaitan antara saiz perniagaan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
5 marks
b
Terangkan faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh Miro Mart Sdn. Bhd. sebelum menetapkan gaji yang sesuai dibayar kepada pekerjanya.
6 marks
c
Bagaimanakah usaha yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan syarikat untuk mengelakkan pekerja dari berpindah kerja ke syarikat lain?
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat minuman.
> Syarikat Minum Jus Sihat Sdn Bhd mengeluarkan Jus Pisang Susu Bermadu. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan penghantaran Jus Pisang Susu Bermadu di sekitar Kawasan Kuala Nerus, Terengganu. Misi syarikat ialah jus berkualiti tinggi dan menyediakan perkhidmatan penghantaran jus yang cekap dan mesra pelanggan. Syarikat memiliki mesin pengisar buah, mesin pembungkusan, 2 buah van dan 1 buah motosikal. Bagi melancarkan aktiviti perniagaan, syarikat perlu mengurus sumber agar dapat berfungsi dengan baik. Permintaan yang tinggi daripada penduduk di sekitar Kuala Nerus, Terengganu menyebabkan syarikat terpaksa menambah bilangan kenderaan yang digunakan. Oleh itu, syarikat sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan dan mesin.
a
Mengapakah Syarikat Minum Jus Sihat Sdn Bhd menetapkan misi bagi perniagaannya?
6 marks
b
Huraikan prosedur mengurus sumber bagi Syarikat Minum Jus Sihat Sdn Bhd.
4 marks
c
Cadangkan jenis sumber pembiayaan yang sesuai. Beri alasan anda.
5 marks
915 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Adam seorang usahawan muda yang baru memulakan perniagaan restoran berkonsepkan makanan barat. Walaupun banyak restoran lain menjual makanan yang sama, namun beliau yakin dengan keunikan resepinya dan strategi pemasaran yang dijalankan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, mampu bersaing dan menjana keuntungan. Selain itu, harga yang ditawarkan lebih menarik berbanding pesaing.
>
> Dalam tempoh 2 tahun akan datang, En Adam berhasrat membuka sebuah lagi cawangan yang baharu.
>
> Laporan kewangan yang disediakan oleh Penyelia Kewangan perniagaan Encik Adam menggambarkan kedudukan kewangan yang sangat baik dan sistematik.
>
> Disebabkan perniagaannya masih baharu dan persaingan yang sengit, beliau perlu memikirkan strategi campuran pemasaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan jualannya.
a
Jelaskan ciri-ciri keperibadian seorang usahawan yang dimiliki oleh Encik Adam.
5 marks
b
Terangkan kepentingan penyata kewangan kepada perniagaan Encik Adam.
4 marks
c
Berdasarkan petikan, huraikan elemen campuran pemasaran yang sesuai.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Aishah pemilik NS Bundle menjalankan perniagaan jualan kasut terpakai di premisnya berhampiran stadium utama negeri Terengganu. Perniagaannya juga dijalankan secara dalam talian.
Terdapat ramai pemborong besar yang menjual kasut bundle di Malaysia namun syarikat lebih memilih untuk mendapatkan bekalan kasut terpakai daripada Adela Bundle yang terletak di Selatan Thailand. Kesemua produk yang dijual merupakan kasut terpakai berjenama terkenal daripada Korea, Jepun dan negara-negara Eropah.
Terkini, jualan kasut terpakai mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat melalui dalam talian seluruh negara termasuk negara-negara luar seperti Singapura dan Brunei. Terdapat juga pembeli yang menjual semula kasut terpakai untuk mendapatkan keuntungan.
Akibat daripada peperangan yang berlaku di Ukraine telah membawa kesan besar terhadap ekonomi global. Harga kasut terpakai juga terkesan iaitu meningkat kerana kenaikan kadar pertukaran mata wang asing. NS Bundle bersama rakan strategik niaga sedang memikirkan langkah terbaik bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut:
a
Mengapakah Puan Aishah memilih Adela Bundle sebagai pemborong utama mereka?
5 marks
b
Huraikan trend persekitaran bagi perniagaan ini.
3 marks
c
Huraikan **dua** faktor luaran yang mempengaruhi perubahan kepada perniagaan.
6 marks
d
Mengapakah ramai pengguna memilih untuk membeli produk terpakai bagi kegunaan harian mereka?
3 marks
e
Jelaskan peranan rakan strategik niaga dalam membantu perniagaan Puan Aishah.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open