Pahang Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Pahang Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Pahang Trial Modul Pintas · 2022
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Jelaskan ciri utama perkongsian liabiliti terhad.
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
**Syarikat Kejora Berhad**
| Butiran | Maklumat |
|---|---|
| Produk | Pengeluar bekas tin untuk makanan, cat dan bahan kimia |
| Jumlah pekerja | 250 orang pekerja tetap |
| Jumlah jualan tahunan | RM 51 juta |
| Pasaran | Seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura |
b(i)
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
3 marks
b(ii)
Terangkan klasifikasi perniagaan 1(b)(i).
4 marks
210 marks
Situasi berikut berkaitan dengan jenis gaya pengurusan.
| Situasi | Keterangan |
|---|---|
| **Situasi I** | Encik Hadi membenarkan pekerjanya keluar masuk premis mengikut sesuka hati mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan. |
| **Situasi II** | Puan Jeslina menegaskan semua pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti sepanjang bulan Mei ini kerana belum mencapai sasaran yang ditetapkan. |
Jelaskan gaya pengurusan berikut:
a(i)
Situasi I
2 marks
a(ii)
Situasi II
2 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan FD Gemilang.
> Perniagaan FD Gemilang mengeluarkan jus minuman jenama Power. Perniagaan ini mempunyai kos tetap sebanyak RM100 000. Harga jualan seunit jus minuman yang dikenakan adalah sebanyak RM10 dan kos berubah seunit yang ditanggung sebanyak RM6.
b(i)
Hitungkan titik pulang modal (TPM).
3 marks
b(ii)
Bagaimana cara yang boleh diambil oleh Perniagaan FD Gemilang bagi meningkatkan hasil jualan?
3 marks
310 marks
a
Jelaskan kawalan semasa yang terdapat dalam proses pengeluaran.
5 marks
b
Gambar 1 berkaitan dengan aktiviti perniagaan Encik Amir.
Apakah saluran agihan bagi perniagaan Encik Amir? Kemukakan alasan.
5 marks
410 marks
a(i)
Mengapakah penghargaan menjadi salah satu aspek penting dalam pengelolaan sumber manusia bagi sesebuah perniagaan?
3 marks
a(ii)
Gambar 2 berkaitan dengan situasi memadamkan kebakaran.
Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia tersebut.
3 marks
b
Terangkan faktor penentu sistem penggajian.
4 marks
510 marks
a
Gambar 3 menunjukkan salah satu jenis sumber teknologi.
Huraikan jenis sumber tersebut.
3 marks
b
Mengapakah peniaga memilih sumber pembiayaan Ar-Rahnu?
4 marks
c
Maklumat menunjukkan jenis penyata kewangan.
**Penyata kewangan**
- Penyata Pendapatan
- **X**
- Kunci Kira-kira
Jelaskan **X**.
3 marks
610 marks
a
Terangkan perbezaan stok bergerak pantas dan stok bergerak perlahan.
4 marks
b
Gambar 4 menunjukkan sejenis produk yang dijual di Kedai Foto Ehsan.
Jelaskan ciri fizikal produk tersebut.
3 marks
c
Jelaskan elemen rancangan pentadbiran yang terdapat dalam rancangan perniagaan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan.
> Encik Chong ialah seorang pengusaha kilang minyak pelincir kenderaan di Kuantan, Pahang. Beliau telah mengedarkan minyak pelincirnya ke seluruh Malaysia. Beliau mempunyai pekerja tetap seramai 100 orang. Hasil jualan tahunannya adalah sebanyak RM 20 juta. Kebelakangan ini, Encik Chong menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan pasaran kerana mesin tidak dapat berfungsi dengan baik.
a
Tentukan saiz dan sektor perniagaan Encik Chong. Berikan komen.
4 marks
b
Berdasarkan jawapan di 7(a), terangkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan Encik Chong.
6 marks
c
Jelaskan prosedur yang perlu diambil oleh Encik Chong untuk mengatasi masalah tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Cik Janny.
> Cik Janny memulakan perniagaan roti dan kek dengan menggunakan wang simpanan peribadi RM10 000. Modal simpanan masih belum mencukupi untuk membeli pelbagai jenis mesin dan peralatan bernilai RM20 000. Beliau membuat keputusan untuk mendapatkan mesin tersebut secara bayaran ansuran. Ekoran kenaikan kos bahan mentah Cik Janny juga perlu bijak dalam memilih pembekal yang dapat menawarkan pada harga rendah bagi meminimumkan kos pengeluaran dan meningkatkan hasil jualan.
a(i)
Apakah sumber pembiayaan luaran yang sesuai dipilih oleh Cik Janny?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan sumber pembiayaan yang dipilih.
4 marks
b
Galurkan tatacara pembelian bahan mentah yang harus diikuti oleh Cik Janny.
5 marks
c
Jelaskan kepentingan interaksi organisasi luar dengan Cik Janny.
5 marks
915 marks
a
Jelaskan konsep nisbah kecekapan.
3 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat yang dipetik dari penyata kedudukan kewangan perniagaan pakaian.
| Butiran | Perniagaan Hamidah Textile | Perniagaan Hana Boutique & Fashion |
|---|---|---|
| Aset Semasa | 100 000 | 85 000 |
| Ekuiti Pemilik | 120 000 | 108 000 |
| Liabiliti Semasa | 25 000 | 17 000 |
**Jadual 1**
b(i)
Hitungkan nisbah semasa perniagaan Hamidah Textile dan Hana Boutique & Fashion.
5 marks
b(ii)
Tentukan prestasi perniagaan manakah lebih baik.
1 marks
c
Cadangkan cara yang boleh diambil oleh perniagaan berprestasi rendah untuk meningkatkan operasi perniagaan.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Idris merupakan seorang Chef dalam bidang *pastry dan bakery* yang telah diberhentikan kerja dengan pampasan berjumlah RM200 000 kerana kemelesetan ekonomi. Beliau telah berjumpa dengan sahabat lamanya, Farid merupakan seorang pembantu akauntan yang telah berhenti kerja untuk menceburi bidang perniagaan. Mereka bersetuju untuk menyumbangkan modal sebanyak RM50 000 seorang untuk membuka perniagaan pizza sejuk beku dengan menggunakan nama Farich Frozen Pizza. Visi perniagaan Farich Frozen Pizza ialah 'Menjadi sebuah perniagaan sejuk beku tersohor di Malaysia'. Mereka mengambil pekerja dari kalangan lepasan SPM yang menunggu tawaran untuk menyambung pengajian.
Berikut adalah carta jualan Perniagaan Farich Frozen Pizza:
Kebelakangan ini Farich Frozen Pizza kerap mendapat rungutan daripada pembeli berkenaan dengan layanan pekerja dan kualiti pizza yang kurang memuaskan. Setelah menyiasat, mereka mendapati beberapa masalah berpunca dari sikap pekerja.
Beberapa pekerja telah menunjukkan risalah kerja kosong daripada kedai pizza berhampiran dan mereka tertarik kepada tawaran tersebut.
| Anna's Pizza | Farich Frozen Pizza |
|---|---|
| Jawatan kosong: Pembantu Kedai | Jawatan kosong: Penghantar Pizza |
| **Syarat kelayakan:** | **Syarat kelayakan:** |
| • Warganegara Malaysia | • Warganegara Malaysia |
| • Berumur antara 20 hingga 30 tahun | • Insurans kelompok |
| • Gaji bermula RM1600.00 sebulan | • Mempunyai lesen memandu |
| • Penginapan / Uniform / Pengangkutan disediakan | • Sekurang-kurangnya mempunyai SPM |
| • Suntikan thypoid ditanggung oleh majikan | • Gaji bermula RM1500.00 |
| Berminat!! Hubungi kami: Puan Ana – 017 7654321 | Hubungi: En Idris – 011 8765432, En Farid – 012 3434954 |
Hal ini telah menyebabkan visi perniagaan Farich Frozen Pizza sukar untuk dicapai. Idris dan Farid berbincang untuk mencari penyelesaian masalah ini.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.
a
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan Farich Frozen Pizza.
4 marks
b
Apakah trend perniagaan Farich Frozen Pizza? Beri alasan anda.
3 marks
c
Jelaskan tindakan yang boleh dikenakan kepada pekerja Farich Frozen Pizza.
5 marks
d
Wajarkah pekerja memilih tawaran yang diiklankan tersebut?
5 marks
e
Jelaskan kesan kegagalan mencapai visi perniagaan kepada Farich Frozen Pizza.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open