Jelaskan matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan keuntungan.
2 marks
b
Terangkan **dua** jenis rakan kongsi.
4 marks
Gambar 1 menunjukkan iklan yang dibuat oleh sebuah pemilikan perniagaan.
c(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
c(ii)
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di 1(c)(i).
3 marks
210 marks
a
Jelaskan peranan kerajaan pusat dalam aspek perundangan untuk melindungi pengguna.
3 marks
Situasi berikut berkaitan dengan keadaan ekonomi.
| Y | Z |
|---|---|
| Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan | Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan |
b(i)
Apakah situasi **Y**?
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi situasi di (b)(i)?
3 marks
c
Jelaskan faktor luaran sesebuah perniagaan yang menyebabkan misi dan objektif perniagaan perlu dinilai semula.
3 marks
310 marks
a
Gambar 2 menunjukkan satu bahagian fungsian dalam perniagaan.
Jelaskan peranan yang dimainkan oleh bahagian fungsian tersebut.
4 marks
b
Terangkan faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan.
6 marks
410 marks
a
Huraikan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Cik Fatin dan Cik Aleeya.
> Cik Fatin dan Cik Aleeya menghasilkan baju kurung berjenama Faleeya. Selain menjual di butik mereka yang terletak di Eastern Plaza, mereka juga bercadang menjual baju kurung secara atas talian.
b(i)
Terangkan sumber fizikal yang terlibat dalam perniagaan tersebut.
4 marks
b(ii)
Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi yang diperlukan oleh mereka.
3 marks
510 marks
a
Gambar 3 menunjukkan proses penyelenggaraan dan baik pulih penghawa dingin di sebuah organisasi.
Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan berdasarkan gambar di atas.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan usahawan Encik Aidil.
> Encik Aidil telah menceburi bidang penyediaan makanan dengan membuka sebuah restoran sejak lima tahun lalu. Restorannya beroperasi setiap hari dan terletak di Bandar Siera, Kota Kinabalu. Restoran beliau mempunyai 10 orang pekerja.
b(i)
Mengapakah Encik Aidil memilih lokasi tersebut?
3 marks
b(ii)
Jelaskan kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat.
3 marks
610 marks
a
Gambar 4 berkaitan pengusaha kraf tangan dijalankan oleh seorang pengusaha.
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
6 marks
b
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penyata pendapatan yang disediakan oleh Kedai Man Man.
**Kedai Man Man**
**Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020**
| | RM |
|---|---:|
| Jualan | 30,000 |
| Tolak: Kos jualan | (9,000) |
| Jualan bersih | 21,000 |
| Tolak: Belanja operasi | (5,000) |
| **Untung bersih** | **16,000** |
Bagaimanakah penyata pendapatan tersebut dapat membantu pihak pengurusan Syarikat Man Man untuk membuat analisis kewangan?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat.
> Haziq merupakan seorang usahawan yang menceburi bidang pemprosesan keropok ikan di Semporna Sabah berjenama Berkat sejak tahun 2018. Syarikat miliknya Hazeeq Sdn. Bhd. mempunyai bilangan pekerja seramai 100 orang dengan jumlah jualan RM20 juta setahun. Perkembangan industri makanan halal yang memberangsangkan menyebabkan syarikat telah menetapkan objektif untuk memasarkan keropok ikan ke pasaran antarabangsa menjelang hujung tahun 2021. Dengan langkah ini, syarikat diunjurkan menambah bilangan pekerja kepada 200 orang dan menjangkakan keuntungan akan meningkat kepada RM35 juta setahun serta tersenarai dalam 50 syarikat teratas jumlah jualan keropok ikan di Malaysia dalam tempoh 3 tahun.
>
> Syarikat juga ingin menetapkan matlamat baharu untuk menjadi syarikat yang unggul di Malaysia dengan menggunakan teknologi pemprosesan keropok yang terbaharu dan terkini. Oleh itu, pihak syarikat bercadang menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar teknologi dari Eropah dalam tempoh terdekat.
a
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Hazeeq Sdn. Bhd.
5 marks
b
Anda berpendapat bahawa Haziq telah menetapkan objektif yang baik. Terangkan.
4 marks
c
Bersetujukah anda dengan matlamat baharu syarikat tersebut? Kemukakan alasan anda.
6 marks
815 marks
Situasi berikut berkenaan dengan Syarikat Glory Sdn. Bhd.
> Syarikat Glory Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan yang menjual kertas hiasan dinding di Daerah Tawau. Pada tahun 2016, Syarikat Glory Sdn. Bhd. telah mula beroperasi dan mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak RM300 000. Pada tahun 2017, Syarikat Glory Sdn. Bhd. mula mengadakan promosi yang agresif untuk meningkatkan jualan. Jumlah jualan pada tahun 2017 ialah sebanyak RM500 000. Namun pada tahun 2018, akibat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan dan kekurangan pembekal Syarikat Glory Sdn. Bhd. hanya mencapai jumlah jualan sebanyak RM400 000 dan terus menurun kepada RM250 000 pada tahun 2020 disebabkan oleh penyebaran wabak Covid 19 yang melanda di seluruh dunia.
a
Apakah trend perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Glory Sdn Berhad? Berikan alasan.
4 marks
b
Bagaimanakah bahagian fungsian pemasaran Syarikat Glory Sdn Bhd dapat membantu meningkatkan jumlah jualan tahunan pada tahun 2021?
5 marks
c
Jelaskan tujuan penggunaan teknologi maklumat bagi Syarikat Glory Sdn Bhd.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan En. Mohd Selamat.
> Minat En. Mohd Selamat dalam memulakan perniagaan basikal elektrik tercetus pada 2018. Beliau menjual basikal elektrik itu secara dalam talian terutama menerusi Facebook. Jualan basikal elektriknya mendapat sambutan terutama di Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang. Beliau mampu menjual sehingga 180 basikal elektrik yang berharga antara RM1,300 hingga RM1,800 sebuah dalam tempoh sebulan bergantung kepada jenis model. Beliau bercadang ingin membesarkan perniagaanya dan membuat pembiayaan.
a
Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi oleh En. Mohd Selamat untuk mendaftarkan perniagaan beliau.
5 marks
b
Terangkan kepentingan interaksi yang wujud antara En. Mohd Selamat dengan organisasi luar semasa mengurus perniagaan beliau.
4 marks
c
Nyatakan prosedur yang perlu dipatuhi oleh En. Mohd Selamat untuk mendapatkan sumber pembiayaan daripada institusi kewangan.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Anding merupakan seorang Pengurus Sumber Manusia di Syarikat D'Lima Sdn. Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri yang beroperasi di Bandar Alor Setar, Kedah. Sejak permulaan operasi pada lapan tahun yang lepas, produktiviti dan prestasi perniagaan berada dalam kedudukan yang baik. Maklumat perniagaan pada tahun 2018 adalah seperti berikut:
| | |
|---|---|
| Bilangan pekerja | 80 orang |
| Jumlah jualan tahunan | RM20 juta |
| Sektor | Pembuatan dan pengilangan |
| Pasaran | Seluruh Malaysia |
Namun sejak kebelakangan ini, perniagaan telah menghadapi masalah disiplin dan pengekalan tenaga kerja. Keadaan ini telah menjejaskan prestasi produktiviti dan pencapaian keseluruhan perniagaan. Walaupun pelbagai program latihan dan pembangunan telah dikendalikan oleh perniagaan, namun tahap prestasi dan produktiviti pekerja masih menurun. Pihak pengurusan telah mengarahkan Encik Anding dan pasukannya untuk mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini.
**Bilangan pekerja yang terlibat sepanjang Januari – Mei 2021**
| Jenis masalah dan disiplin pekerja | Januari | Februari | Mac | April | Mei |
|---|---:|---:|---:|---:|---:|
| Ponteng kerja | 4 | 5 | 8 | 6 | 7 |
| Mencuri alat pejabat | 8 | 2 | 8 | 6 | 4 |
| Ingkar arahan | 4 | 2 | 4 | 4 | 3 |
| Salah guna aset syarikat | 5 | 2 | 6 | 4 | 3 |
| Bergaduh dengan pekerja | 4 | 1 | 5 | 3 | 2 |
| **Jumlah** | **25** | **12** | **31** | **23** | **19** |
Selain daripada menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh bahagian sumber manusia, pihak pengurusan Syarikat D'Lima Sdn Bhd turut meminta nasihat daripada bahagian pengurusan kewangan. Nasihat tersebut adalah berkaitan dengan cadangan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan produk baharu bagi meningkatkan jualan serta keuntungan syarikat. Bahagian kewangan bersetuju dengan cadangan tersebut. Pihak pengurusan juga meminta bahagian pemasaran menggiatkan aktiviti promosi di media sosial.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan klasifikasi Syarikat D'Lima Sdn Bhd.
4 marks
b
Apakah agensi kerajaan yang dapat membantu Syarikat D'Lima Sdn Bhd memasarkan produk keluarannya ke pasaran antarabangsa?
Jelaskan peranan agensi tersebut kepada Syarikat D'Lima Sdn Bhd.
5 marks
c
Jelaskan tindakan yang wajar diambil oleh Encik Anding untuk menangani masalah dalam pengurusan sumber manusia.
5 marks
d
Mengapakah bahagian kewangan bersetuju dengan cadangan bahagian penyelidikan dan pembangunan?
4 marks
e
Jelaskan kelebihan lokasi yang dipilih di Syarikat D'Lima Sdn Bhd.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open