Nyatakan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
3 marks
Gambar 1 menunjukkan jenis organisasi perniagaan.
b(i)
Namakan jenis organisasi perniagaan tersebut.
1 marks
b(ii)
Berikan **tiga** kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi tersebut.
3 marks
c
Pernyataan berikut berkaitan dengan pasaran.
> Pasaran merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada satu tingkat harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Berdasarkan pernyataan di atas, berikan jenis-jenis pasaran.
3 marks
210 marks
a
Terangkan **tiga** trend persekitaran perniagaan.
6 marks
b
Terangkan **dua** faktor utama yang mempengaruhi persekitaran perniagaan.
4 marks
310 marks
a
Berikan **tiga** faktor yang membolehkan sesuatu perniagaan mampu bertahan dalam industri.
3 marks
b
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif perniagaan.
> Ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART, di mana SMART merupakan akronim yang dirangka untuk membentuk objektif yang berkesan.
Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan **empat** ciri-ciri objektif yang baik.
4 marks
c
Nyatakan **tiga** kesan yang dihadapi oleh perniagaan apabila gagal mencapai matlamat dan objektif.
3 marks
410 marks
a
Maklumat berikut menunjukkan dua bahagian fungsian di sebuah kilang.
- Kewangan
- Pengeluaran
Jelaskan peranan kedua-dua bahagian fungsian tersebut.
6 marks
b
Nyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi.
4 marks
510 marks
a
Rajah berikut berkaitan dengan jenis sumber teknologi.
**Sumber Teknologi** terbahagi kepada:
- X
- Y
- Kemahiran dan pengalaman
Nyatakan dan terangkan tujuan mengurus sumber teknologi bertanda X dan Y.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Puan Maimunah bercadang untuk memulakan perniagaan salun kecantikan. Beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM35 000 dengan kadar segera. Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh tujuh bulan. Puan Maimunah menjadikan barang-barang yang berikut sebagai cagaran yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM90 000.
Jelaskan satu sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh Puan Maimunah.
3 marks
Gambar 2 menunjukkan agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi bantuan pembiayaan dan kewangan.
c(i)
Namakan agensi kerajaan di atas.
1 marks
c(ii)
Terangkan peranan agensi kerajaan di (c)(i).
2 marks
610 marks
a
Pernyataan berikut berkaitan dengan kos pengeluaran.
> Belanjawan kos ialah satu rancangan perbelanjaan yang menunjukkan kos pengeluaran untuk tempoh tertentu. Secara amnya, kos yang terlibat terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.
Huraikan **dua** jenis kos yang terlibat dalam kos pengeluaran.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Haiqal, seorang usahawan muda.
> Haiqal telah menceburi dalam bidang penyediaan makanan dengan membuka sebuah restoran selama 5 tahun. Restorannya beroperasi setiap hari dan terletak bersebelahan dengan Pasar Raya Mulia di bandar Kuala Terengganu dan mempunyai pekerja seramai 10.
Mengapakah beliau memilih lokasi tersebut?
4 marks
c
Nyatakan **dua** kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat.
2 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Gambar 3 di bawah berkaitan dengan aset yang dibeli oleh sesebuah perniagaan.
a(i)
Nyatakan jenis sumber pembiayaan yang sesuai untuk membeli aset tersebut.
1 marks
a(ii)
Berikan **dua** kelebihan dan **dua** kelemahan sumber pembiayaan tersebut.
4 marks
Gambar 4 berikut menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.
b(i)
Apakah nama agensi kerajaan tersebut?
1 marks
b(ii)
Senaraikan objektif penubuhan agensi tersebut.
4 marks
b(iii)
Nyatakan **lima** dana yang ditawarkan oleh agensi tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Perniagaan Encik Jalal.
> Encik Jalal memulakan perniagaan runcit yang dikenali sebagai Pasar Mini Jalal. Beliau membeli sebuah premis yang terletak di pinggir bandar melalui pinjaman bank. Beliau membeli sebuah van secara sewa beli untuk membolehkan beliau menghantar barang ke rumah pelanggannya. Bagi memudahkan urusan perakaunan perniagaan, beliau menggaji seorang kerani akaun dengan menyediakan kemudahan komputer dan pencetak komputer. Beliau menjual pelbagai jenis barang pengguna dan memastikan stok barang runcit sentiasa mencukupi.
a(i)
Nyatakan **empat** sumber fizikal yang dimiliki oleh Perniagaan Encik Jalal.
4 marks
a(ii)
Jelaskan bagaimana perlindungan insurans dan keselamatan membantu peniaga dalam perniagaannya.
5 marks
b
Encik Amir telah berjaya mendaftarkan perniagaannya untuk membuka Kedai Makanan Laut di Pasir Panjang, Port Dickson.
Apakah tanggungjawab yang perlu Encik Amir patuhi setelah mendaftarkan perniagaannya?
6 marks
915 marks
Promosi adalah satu proses, cara atau kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.
Terangkan kaedah promosi berikut:
a(i)
Pengiklanan
2 marks
a(ii)
Promosi jualan
2 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Rancangan Perniagaan.
> Rancangan Perniagaan membolehkan usahawan menganalisis semua aspek perniagaan dan menyediakan strategi yang berkesan untuk menangani ketidakpastian yang mungkin berlaku.
b(i)
Senaraikan **tiga** kepentingan menyediakan Rancangan Perniagaan.
3 marks
b(ii)
Nyatakan **empat** pihak berkepentingan yang memerlukan rancangan perniagaan.
4 marks
b(iii)
Apakah tujuan rancangan perniagaan disediakan oleh usahawan?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
DINS Food Processing Sendirian Berhad diasaskan pada tahun 1994 oleh seorang tokoh usahawan Melayu. Beliau telah mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger hingga membuka kilang pengeluaran daging burger pelbagai perisa. Kini jualan tahunan bagi tahun 2014 berjumlah RM2 juta manakala untung bersih meningkat bagi empat tahun berturut-turut.
Walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya, namun dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Beliau juga mengakui bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisien dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
DINs Supermarket Sendirian Berhad yang beroperasi 24 jam telah dibuka bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan antara DINS Burger dengan penjaja dan orang awam. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejuk beku digunakan.
Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasian kepakaran teknologi oleh DINs Burger adalah untuk memastikan pengeluaran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna.
Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehkan Kumpulan Dins meningkatkan eksport ke rantau ASEAN, Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea Selatan. Syarikat akan membuka 400 lagi cawangan seperti DINs Mart, yang menjual 50 jenis produk dan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
a
Wajarkah DINs Food Processing memilih pemilikan perniagaan di atas?
4 marks
b
Kirakan margin untung bersih bagi tahun 2014.
2 marks
> …bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Berdasarkan petikan kes di atas,
c(i)
Terangkan sumber pembiayaan dalam kenyataan di atas.
2 marks
c(ii)
Jelaskan **dua** jenis pembiayaan yang disediakan oleh bank di atas.
4 marks
d
Jelaskan **dua** ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri pemilik DINs Food Processing.
4 marks
e
Cadangkan **dua** jenis struktur organisasi yang diamalkan oleh DINs Food Processing.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open