Selangor Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Selangor Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas Set 1
Selangor Trial Modul Pintas Set 1 · 2022
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a(i)
Gambar 1 berkaitan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Jelaskan hak anggota pemilikan perniagaan tersebut.
3 marks
a(ii)
Apakah kelebihan pemilikan perniagaan tersebut?
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kilat Kilat, yang menyediakan perkhidmatan pembersihan di Petaling Jaya, Selangor.
| | |
|---|---|
| **Jenis Perkhidmatan** | Pembersihan rumah; Pembersihan selepas baikpulih; Pembersihan pejabat |
| **Bilangan pekerja** | 28 orang |
| **Jumlah jualan tahunan** | RM2.5 juta |
| **Lokasi perkhidmatan** | Seluruh Lembah Klang |
Terangkan saiz Perniagaan Kilat Kilat.
3 marks
210 marks
a
Jelaskan peranan kerajaan negeri dalam meningkatkan perniagaan.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif sebuah perniagaan pakaian.
- Menjual 10 000 helai pakaian sebulan
- Memastikan pakaian yang ditawarkan menggunakan kain berkualiti, selesa dan selamat untuk bayi
- Memudahkan pembelian secara bersemuka di cawangan kedai kami atau secara dalam talian.
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan tersebut.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan tujuan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia kepada perniagaan.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan interaksi dengan organisasi luar.
> Sofea Florist merupakan kedai menjual bunga segar untuk majlis perkahwinan. Perniagaan ini mendapat bekalan bunga terus daripada Cameron Flower Trading. Sofea Florist sentiasa memastikan mereka mendapat bekalan bunga yang segar supaya dapat memuaskan hati pelanggan setianya.
Terangkan interaksi tersebut.
6 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan di sebuah perniagaan.
> Hadeef baru sahaja menamatkan diploma dalam bidang perakaunan. Beliau telah menerima tawaran bekerja sebagai kerani di tapak pembinaan di Mantap Kukuh Enterprise. Beliau ditawarkan dengan bayaran berikut:
| Butiran | RM |
|---|---:|
| Gaji tetap | 1 100 |
| Elaun telefon | 50 |
| Elaun tambang | 150 |
| **Jumlah** | **1 300** |
Adakah wajar Hadeef menerima tawaran tersebut? Kemukakan alasan anda.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sumber teknologi.
> Encik Aidid merupakan pemilik Teras Cetak Enterprise sebuah perniagaan yang menghasilkan buku-buku cerita yang bermutu. Beliau bimbang produknya akan jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, beliau telah bertindak mendaftarkan semua produknya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
b(i)
Mengapakah Encik Aidid bertindak sedemikian?
4 marks
b(ii)
Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh Encik Aidid bagi tujuan tersebut?
2 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Puan Nilawati ingin memulakan perniagaan mengubah suai rumah kediaman di Kajang. Beliau memerlukan modal untuk menampung sebahagian kos operasi. Beliau bercadang mendapatkan pembiayaan dari Bank AAA Berhad.
Cadangkan jenis pembiayaan tersebut. Jelaskan.
5 marks
b
Bagaimanakah analisis penyata pendapatan membantu operasi kewangan sesebuah perniagaan?
5 marks
610 marks
a
Jelaskan keberuntungan perniagaan kepada seseorang usahawan.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Puan Chin dan Puan Daisy menjalankan perniagaan pengeluaran makanan sejak tahun 2010. Mereka bercadang untuk menukar bentuk pemilikan perniagaan daripada perkongsian kepada syarikat sendirian berhad.
Jelaskan prosedur pemerbadanan syarikat tersebut.
4 marks
c
Nyatakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Rizal, Lily dan Usu Sakinah telah menubuhkan sebuah pusat peranginan di Hulu Langat, Selangor sejak tahun 2015. Rizal merupakan seorang pengurus merangkap pengurus sumber manusia manakala Lily adalah tukang masak profesional dan Usu Sakinah adalah pakar dalam bidang pengemasan bilik. Mereka menetapkan visi perniagaan ialah untuk menjadi sebuah pusat peranginan yang terkenal di seluruh negeri Selangor. Namun begitu, disebabkan Covid-19, mereka terpaksa mengubah visi perniagaan. Selain itu, beberapa orang pelanggan terpaksa menangguhkan tempahan dan ada juga yang membatalkannya. Situasi ini berlarutan sehinggakan pihak pengurusan terpaksa memberhentikan sebahagian pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
a
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan tersebut.
5 marks
b
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi tersebut.
6 marks
c
Jelaskan tindakan Rizal dalam peranannya memberhentikan pekerja.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Encik Hisyam memulakan perniagaan dengan membuka sebuah restoran, Restoran Warisan Mama di bandar Kajang. Beliau telah membuat pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian. Di samping itu beliau sedang mencari dua orang cef bagi membantu perniagaannya itu. Berikut adalah maklumat jawatan kosong yang diiklankan melalui aplikasi carian pekerjaan.
> **RESTOREN WARISAN MAMA**
>
> **JAWATAN KOSONG**
>
> **CEF RESTORAN**
>
> - DIPLOMA KULINARI
> - GAJI RM2500 – RM3000
>
> *(Iklan dihiasi dengan dua gambar kartun cef.)*
a
Jelaskan aplikasi teknologi maklumat yang digunakan oleh Encik Hisyam bagi mendaftarkan perniagaannya.
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh Encik Hisyam setelah mendaftarkan perniagaannya.
5 marks
915 marks
Perniagaan Aura Cantik Enterprise yang dimiliki oleh Puan Badariah menjual pelbagai jenis produk kecantikan pada harga yang berpatutan. Perniagaan sering memberikan potongan harga pada musim perayaan. Perniagaan juga dijalankan secara dalam talian. Permintaan yang semakin meningkat menyebabkan Puan Badariah memerlukan modal pusingan yang tinggi. Oleh itu, beliau berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan dengan memohon mengeluarkan wang melebihi jumlah akaun semasa dari pihak bank.
Berikut merupakan maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan perniagaan Aura Cantik Enterprise:
| Butiran | 2019 (RM) | 2020 (RM) |
|---|---:|---:|
| Kos jualan | 40 000 | 60 000 |
| Untung bersih | 25 000 | 45 000 |
| Modal awal | 100 000 | 150 000 |
a(i)
Hitungkan peratusan pulangan atas modal bagi tahun 2019 dan 2020.
3 marks
a(ii)
Jelaskan prestasi perniagaan berdasarkan 9 (a) (i).
3 marks
b
Apakah jenis pembiayaan tersebut? Jelaskan.
5 marks
c
Terangkan elemen campuran pemasaran bagi perniagaan Aura Cantik Enterprise.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Hazli merupakan seorang pemilik kedai dobi layan diri Papa Laundry. Sejak lima tahun lalu beliau telah berjaya membuka dua buah kedai dobi layan diri. Berikut merupakan jualan yang telah dicapai oleh Papa Laundry untuk tiga tahun di kedua-dua cawangannya.
Trend perniagaan yang memberangsangkan di kawasan bandar membuatkan Encik Hazli bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan di Kajang, Selangor. Beliau memerlukan suntikan modal tambahan untuk tujuan tersebut. Encik Hazli mempunyai simpanan perniagaan yang dijadikan sebagai simpanan kecemasan terutamanya untuk menampung kos-kos yang tidak dijangka. Beliau masih memikirkan sama ada menggunakan sumber pembiayaan tersebut atau memohon pinjaman dari bank perdagangan sebagai sumber pembiayaan lain.
Baru-baru ini telah berlaku kejadian samun yang melibatkan pelanggan di cawangan Seri Kembangan. Kejadian tersebut menjadi tular dengan begitu pantas ke seluruh negara. Walaupun kejadian itu berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis, tetapi pihak berkuasa gagal mengesan mereka yang bertanggungjawab kerana kualiti rakaman yang tidak jelas. Encik Hazli perlu bertindak bagi memastikan peristiwa tersebut tidak berulang dengan menguruskan sumber fizikal di premisnya.
Encik Hazli mendapati jualan di cawangan Seri Kembangan mengalami penurunan yang ketara. Oleh kerana cawangan tersebut merupakan penyumbang terbesar jualan, Encik Hazli sedar bahawa dia perlu segera menyelesaikan masalah ini. Isteri Encik Hazli mencadangkan supaya mereka berpindah ke lokasi lain yang lebih selamat. Namun begitu Encik Hazli berpendapat menjalankan promosi secara agresif adalah lebih sesuai.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan sektor perniagaan yang diceburi oleh Encik Hazli.
2 marks
b
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi trend perniagaan di kedua-dua cawangan Papa Laundry.
4 marks
c
Sekiranya anda adalah Encik Hazli, sumber pembiayaan manakah yang akan anda pilih? Kemukakan alasan.
4 marks
d
Cadangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh Encik Hazli supaya peristiwa tersebut tidak berulang.
5 marks
e
Mengapakah Encik Hazli berpendapat sedemikian?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open