Jelaskan maksud visi dan objektif sesebuah syarikat perniagaan.
4 marks
210 marks
a
Terangkan **tiga** trend persekitaran perniagaan.
6 marks
b
Jelaskan kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek trend.
4 marks
310 marks
a
Soalan 3(a) berdasarkan maklumat di bawah.
> Kedai Dobi Harum dimiliki oleh Puan Dina. Perniagaan ini menjalankan perkhidmatan mencuci pakaian dan mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 6 orang. Perniagaan ini beroperasi di Parit Raja dan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandar ini.
Jelaskan bentuk pemilikan, saiz dan skala perniagaan di atas.
6 marks
b
Nyatakan **empat** peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
4 marks
410 marks
a
Nyatakan peranan pengurusan kewangan dan pengurusan ICT dalam organisasi perniagaan.
6 marks
b
Jelaskan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
4 marks
510 marks
a
Nyatakan dan terangkan tujuan mengurus sumber teknologi dalam sesebuah perniagaan.
6 marks
b
Nyatakan **dua** jenis pembiayaan dalaman dan luaran.
4 marks
610 marks
a
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari aspek matlamat peribadi dan objektif perniagaan.
6 marks
b
Nyatakan butiran yang terkandung dalam Kunci Kira-Kira.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Berikut ialah logo sebuah pemilikan perniagaan.
a(i)
Nyata dan terangkan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan berdasarkan gambar tersebut.
5 marks
a(ii)
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Aisyah.
> Puan Aisyah ingin membuka sebuah kedai runcit dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.
Tuliskan prosedur lengkap yang perlu dilakukan oleh Puan Aisyah mendaftarkan perniagaannya.
6 marks
b
Berikut ialah carta organisasi Syarikat Pakaian Lip Lap Lip Lap.
- Ketua Pegawai Eksekutif (paling atas)
- Pengurus Pemasaran → Pekerja A
- Pengurus Pengeluaran → Pekerja B
- Di sebelah kanan carta: kotak **Visi** dengan anak panah menghala ke bawah, dari peringkat Ketua Pegawai Eksekutif hingga ke peringkat pekerja.
Jelaskan tujuan dan bagaimana visi sebuah syarikat itu ditetapkan.
4 marks
815 marks
a
Dialog berikut menunjukkan gaya pengurusan Encik Hakim dan Encik Aqil.
> **Encik Hakim:** Saya sentiasa memberi peluang dan kebebasan kepada pekerja saya untuk memberi idea dan membuat keputusan dalam kerja tetapi masih dalam pengawasan saya. Saya percaya dan yakin pekerja saya boleh melakukan kerja dengan cemerlang.
>
> **Encik Aqil:** Tapi Encik Hakim, saya lebih suka membuat keputusan sendiri tanpa perlu bertanya kepada pekerja. Lagipun saya ingin pastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai tepat pada masa. Pekerja hanya perlu ikut arahan sahaja.
Adakah anda bersetuju dengan gaya pengurusan Encik Aqil? Berikan alasan anda.
5 marks
b
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai diambil kira oleh Encik Hakim untuk bakal pekerja di syarikat beliau.
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan perakuan pendaftaran perniagaan.
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh peniaga selepas mendapat perakuan pendaftaran perniagaan tersebut.
6 marks
915 marks
Gambar berikut menunjukkan satu aktiviti di dalam sebuah premis kilang.
a(i)
Nyatakan dan jelaskan peranan bahagian fungsian yang terlibat dalam gambar tersebut.
4 marks
a(ii)
Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal yang terdapat dalam premis kilang tersebut?
5 marks
b
Situasi berikut merujuk kepada Hadi, bakal usahawan.
> Hadi baharu sahaja berhenti kerja sebagai seorang operator di sebuah kilang di Sri Gading. Beliau bercadang untuk memulakan perniagaan menjual Air Batu Campur (ABC). Anggaran modal yang diperlukan untuk membeli peralatan dan bahan mentah ialah RM3 500. Oleh itu, beliau bercadang untuk membuat pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Bandingkan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan yang dipilih oleh Hadi.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
**SYARIKAT ASAM PEDAS ROSDI'S ENTERPRISE**
> Encik Rosdi berpengalaman selama 10 tahun sebagai tukang masak utama di sebuah restoran di Muar. Pada masa lapang, Encik Rosdi rajin menelaah pelbagai jenis buku resipi masakan. Oleh kerana minat yang sangat mendalam dalam dunia masakan, Encik Rosdi mengambil inisiatif untuk mencuba pelbagai jenis masakan dan kebanyakan masakannya disukai oleh para pengunjung restoran. Antara masakan beliau yang amat digemari oleh pelanggan restoran ialah masakan asam pedas ikan merah dan pari segar. Sebenarnya, Encik Rosdi telah berjaya mencipta satu ramuan khas yang memberi rasa enak terhadap masakan asam pedas ikan segar tersebut. Pada Januari 2017, Encik Rosdi dengan berbekalkan modal sebanyak RM85 000 berkat simpanan selama 10 tahun telah memulakan restorannya sendiri yang terletak tidak jauh dari tempat kerja asalnya itu.
>
> Beliau mendaftarkan perniagaannya Syarikat Asam Pedas Rosdi's Enterprise. Menu utamanya ialah asam pedas ikan laut dan sungai segar. Dalam masa sebulan sahaja, restoran beliau sudah menjadi "viral" dan terkenal dalam kalangan pengunjung restoran. Malah restoran beliau juga mula dikenali oleh penduduk di bandar-bandar berdekatan seperti Batu Pahat dan Kluang. Pada hujung minggu, ramai orang dari bandar-bandar ini datang untuk menjamu selera masakan beliau. Memandangkan sambutan ini, pada tahun 2018 beliau membuka cawangan di kedua-dua bandar ini menggunakan tanda dagang yang sama. Jualan bersih syarikat dianggarkan sebanyak RM567 320 manakala untung kasar syarikat ialah RM455 559 setelah ditolak dengan semua kos jualan.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut.
a(i)
Huraikan ciri-ciri keperibadian yang terdapat dalam diri Encik Rosdi sebagai seorang usahawan dalam bidang makanan yang berjaya di bandar Muar.
4 marks
a(ii)
Huraikan faktor modal dan kemahiran yang dapat membantu untuk memulakan perniagaan bagi menentukan kejayaan perniagaan Encik Rosdi.
3 marks
b
Huraikan kepentingan interaksi Syarikat Asam Pedas Rosdi's Enterprise dengan pihak organisasi luar.
4 marks
c(i)
Kirakan Peratusan Margin Untung Kasar bagi syarikat Restoran Asam Pedas Rosdi's dengan menggunakan analisis nisbah untung.
4 marks
c(ii)
Huraikan persediaan dari segi faktor strategi pemasaran dan jualan bagi produk asas bagi syarikat Encik Rosdi.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open