Apakah perbezaan bagi kedua-dua jenis organisasi di atas?
4 marks
Gambar 2 menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.
b(i)
Nyatakan jenis pemilikan perniagaan tersebut.
1 marks
b(ii)
Senaraikan ciri-ciri bentuk perniagaan yang dinyatakan di 1(b)(i).
2 marks
b(iii)
Jelaskan kelebihan pemilikan perniagaan di 1(b)(i).
3 marks
210 marks
a(i)
Jelaskan kesan deflasi kepada kegiatan ekonomi sesebuah negara.
2 marks
a(ii)
Terangkan jenis pengangguran yang sering dihadapi oleh sesebuah negara.
4 marks
b
Gambar 3 berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan.
Jelaskan peranan agensi tersebut dalam membantu usahawan.
4 marks
310 marks
a(i)
Jelaskan tujuan penetapan misi dan objektif sesebuah perniagaan.
2 marks
a(ii)
Nyatakan kesan kepada sesebuah syarikat perniagaan sekiranya objektif tersebut tidak dapat dicapai.
3 marks
Gambar 4 menunjukkan aktiviti yang dijalankan dalam suatu bahagian fungsian.
b(i)
Apakah bahagian fungsian yang berperanan menjalankan aktiviti di atas?
1 marks
b(ii)
Terangkan **dua** tujuan bahagian fungsian di atas.
4 marks
410 marks
a
Jelaskan kepentingan peniaga berinteraksi dengan pihak pembekal.
2 marks
b
"PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM PERNIAGAAN."
Berikan definisi pengurusan sumber manusia.
3 marks
Situasi di bawah menunjukkan seorang usahawan produk minuman kesihatan.
> Puan Airin bercadang untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan berasaskan timun untuk kegunaan harian.
>
> Produk tersebut akan dijual di kedai sekitar Kangar, Perlis. Beliau juga bercadang menjual produk tersebut secara dalam talian.
c(i)
Nyatakan **tiga** sumber fizikal yang diperlukan oleh Puan Airin.
3 marks
c(ii)
Jelaskan **dua** tujuan mengurus sumber fizikal.
2 marks
510 marks
a
Senaraikan **dua** jenis sumber pembiayaan dalaman perniagaan.
2 marks
b
Rajah 1 merupakan prosedur am bagi mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.
**Rajah 1** (carta alir, dari atas ke bawah):
1. **A**
2. Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
3. **B**
4. Pembiayaan diluluskan
Terangkan proses yang perlu dilakukan di **A** dan **B**.
4 marks
c
"SYARIKAT PERWIRA MEMPEROLEH UNTUNG BERSIH SEBANYAK RM304,084 MANAKALA JUALAN BERSIH ADALAH RM567,320."
Kirakan peratus margin untung bersih bagi Syarikat Perwira.
4 marks
610 marks
a
Nyatakan **tiga** ciri keperibadian yang dimiliki oleh seorang usahawan.
3 marks
b
Rajah 2 menunjukkan proses penubuhan syarikat milikan tunggal.
**Rajah 2** (carta alir mengikut urutan):
1. **X**
2. **Y**
3. Hantar kepada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
4. **Z**
5. Mendapatkan Borang D, iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan
Berdasarkan Rajah 2 di atas, nyatakan proses bagi **X**, **Y** dan **Z**.
3 marks
c
Dokumen perniagaan merupakan rekod maklumat urusniaga perniagaan sama ada secara tunai atau kredit. Oleh itu, dokumen-dokumen tersebut perlu difailkan secara sistematik bagi memudahkan penyata kewangan disediakan.
Senaraikan **empat** dokumen perniagaan yang perlu disimpan dengan lengkap oleh sesebuah perniagaan.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Hanie Mochi Boba.
> Puan Hanie merupakan pengeluar Mochi Boba yang terkenal di Kangar. Syarikat ini telah meluaskan sayapnya dengan membekalkan Mochi Boba di beberapa buah rangkaian hotel di kawasan Utara Semenanjung. Disebabkan perniagaan semakin maju, syarikat telah mencapai keuntungan tahunan sebanyak 16 juta dan telah menggaji seramai 80 orang pekerja.
a(i)
Huraikan klasifikasi saiz yang tepat bagi Perniagaan Hanie Mochi Boba.
3 marks
a(ii)
Apakah skala yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan? Berikan **tiga** alasan yang sesuai.
4 marks
b
Terangkan faktor luaran yang boleh memberi kesan positif kepada syarikat Puan Hanie agar lebih maju dalam perniagaan Mochi Boba.
8 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Mawar Kejora Berhad.
> Syarikat Mawar Kejora Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluaran dan penjualan pelbagai jenis lampu untuk pasaran tempatan. Pengarah urusan syarikat ialah Cik Wina. Syarikat mempunyai beberapa jabatan iaitu Jabatan Pentadbiran, Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Pengeluaran.
>
> Jabatan Pentadbiran diketuai oleh Encik Mokhtar manakala Jabatan Sumber Manusia diketuai oleh Encik Anthony yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal pengurusan pekerja. Cik Manoj, seorang jurutera berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik pula mengetuai Jabatan Pengeluaran.
>
> Cik Manoj dibantu oleh dua orang penyelia pengeluaran iaitu Cik Ainul dan Encik Razman. Encik Rashdan pula bertugas sebagai penyelia jabatan sumber manusia.
Berdasarkan maklumat di atas,
a(i)
Namakan struktur organisasi yang diamalkan oleh Syarikat Mawar Kejora Berhad.
1 marks
a(ii)
Lakar dan labelkan carta organisasi Syarikat Mawar Kejora Berhad. *(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — setiap kotak dengan jawatan dan nama pemegangnya, kotak di aras paling atas, kotak-kotak di aras bawahnya, dan siapa melapor kepada siapa.)*
7 marks
b(i)
Berikan maksud rancangan perniagaan.
2 marks
b(ii)
Senaraikan kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan.
5 marks
915 marks
Gambar 5 menunjukkan sumber fizikal di sebuah kilang mengetin nanas.
a(i)
Kenal pasti sumber fizikal yang diperlukan dalam perniagaan tersebut.
4 marks
a(ii)
Jelaskan perkaitan antara sumber fizikal dengan sumber teknologi dalam perniagaan tersebut.
3 marks
b
Terangkan **empat** campuran pemasaran yang diperlukan agar keuntungan dapat ditingkatkan.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Raimy Eshak bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai kewangan selama 5 tahun. Dia kemudiannya berhenti kerja kerana ingin memulakan perniagaan yang didaftarkan dengan kebenaran syarikat induk. Encik Raimy Eshak yakin dapat menjayakan perniagaannya disebabkan pengalamannya selama 5 tahun dalam bidang kewangan. Pelbagai bantuan diberikan oleh syarikat induk bagi memastikan Family Food Mart mengikut piawaian yang ditetapkan.
Family Food Mart telah beroperasi selama 4 tahun di Taiping, Perak dan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 2021 menunjukkan peningkatan untung bersih kerana kejayaan dalam pengurusan strategi pemasaran.
Encik Raimy Eshak telah menyewa sebuah premis perniagaan dengan sewa RM3,400 sebulan. Dia telah membuat beberapa kerja pengubahsuaian agar menjadi sebuah pasar mini yang dapat menempatkan pelbagai barangan keperluan harian.
Encik Raimy Eshak dibantu oleh beberapa orang pekerja yang sangat dedikasi dan setia dalam menjalankan tugas. Berikut merupakan sistem penggajian yang diamalkan oleh Family Food Mart.
| Nama Pekerja | Jawatan | Gaji (RM) |
|---|---|---|
| Raimy Eshak | Pengurus | 6,500 |
| Sara Qistina | Pengurus Pentadbiran / Kewangan | 4,200 |
| Danish Hakim | Pengurus Pemasaran / Jualan | 4,200 |
| Zaki Esmail | Penyelia | 35 sehari |
| Rushdi Ali | Pekerja Operasi | 15 sejam |
| Aminah Hassan | Pekerja Operasi | 15 sejam |
| Melor Ariff | Pekerja Operasi | 15 sejam |
Pada peringkat awal operasi bangunan baharu, aktiviti jualan berjalan agak perlahan. Bilangan pengunjung tidak ramai tetapi semakin meningkat dari sehari ke sehari. Atas saranan pekerjanya, Encik Raimy Eshak telah menggiatkan aktiviti mempromosikan kedainya termasuk memasang lampu berwarna-warni di kedai, memberi diskaun dan sebagainya. Selain itu, dia juga mengedarkan risalah kepada penduduk setempat dan di kawasan kejiranan yang lain. Hasil daripada kegiatan promosi yang dijalankan, jumlah pelanggan semakin ramai dan ini telah meningkatkan jumlah jualan.
Jadual di bawah merupakan maklumat kewangan Family Food Mart selama 2 tahun.
| Butiran | Tahun 2020 (RM) | Tahun 2021 (RM) |
|---|---|---|
| Untung kasar | 370 000 | 495 000 |
| Jualan bersih | 450 000 | 627 000 |
| Untung bersih | 120 000 | 286 000 |
| Kos jualan | 80 000 | 132 000 |
| Modal awal | 50 000 | 55 000 |
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut.
a
Jelaskan jenis milikan perniagaan Family Food Mart.
3 marks
b
Terangkan faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan Encik Raimy Eshak.
4 marks
c
Apakah faktor yang menyebabkan pembayaran gaji berbeza-beza antara pekerja-pekerja Family Food Mart?
3 marks
d
Kenal pasti jenis pembiayaan luaran yang boleh diperoleh Encik Raimy Eshak bagi mendapatkan tambahan modal.
4 marks
e
Hitungkan peratusan nisbah pulangan atas modal Family Food Mart bagi tahun 2020 dan 2021. Berikan justifikasi kedudukan kewangan berdasarkan nisbah tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open