Pahang Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Pahang Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Pahang Trial Modul Pintas · 2023
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
- Entiti berasingan
- Q
- R
Terangkan Q dan R.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.
> Sambal Nyet Berapi merupakan sambal yang boleh dimakan terus dengan nasi atau dijadikan pes sambal tumis. Sambal Nyet Berapi yang diusahakan oleh Khairulaming telah mencapai pulangan jualan RM14 juta. Manakala pekerja pula berkembang daripada 8 orang kepada 50 orang. Oleh itu produk sambal dapat dipasarkan secara pos sahaja ke seluruh negara.
>
> (Dipetik dan diubahsuai daripada mStar, Selasa 2 Ogos 2022)
Terangkan klasifikasi perniagaan tersebut.
6 marks
210 marks
a
Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan.
Jelaskan faktor yang boleh dikawal oleh organisasi yang menyebabkan persekitaran perniagaan meningkat.
6 marks
b
Gambar berikut berkaitan dengan suatu perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Derian Kasmira Sdn. Bhd.
- Tahun 2020: pengeluaran 25,000 keping durian crepe sebulan
- Tahun 2021: pengeluaran 60,000 keping durian crepe sebulan
Terangkan ciri objektif yang telah dicapai oleh Syarikat Derian Kasmira Sdn. Bhd.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan tujuan bahagian Fungsian Sumber Manusia.
4 marks
b
Rajah berikut berkaitan dengan langkah-langkah pembangunan produk baharu.
**Penjanaan Idea → X → Pembangunan produk dan pengujian konsep → Pembangunan strategi pemasaran → Analisis perniagaan → Y → Ujian pemasaran → Z**
Terangkan langkah yang berlaku di X, Y dan Z.
6 marks
410 marks
Gambar berikut menunjukkan orang pekerja di sebuah tapak pembinaan.
a
Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia yang terdapat dalam gambar tersebut.
4 marks
b
Terangkan faktor penentu dalam sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan.
6 marks
510 marks
a
Rajah menunjukkan jenis sumber teknologi dalam sebuah perniagaan.
**Sumber Teknologi** bercabang kepada tiga kotak:
- P
- Lesen Perisian
- Q
Jelaskan P dan Q.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Encik Aizan merupakan seorang kontraktor yang mendapat tender untuk membina sebuah masjid di daerah Maran. Beliau diberikan tempoh setahun untuk menyiapkan projek berkenaan. Beliau memerlukan 2 buah traktor dan sebuah jentolak yang akan digunakan sepanjang tempoh masa berkenaan.
Jelaskan jenis pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Encik Aizan.
6 marks
610 marks
Terangkan kepentingan penyata kewangan kepada pihak berikut:
a(i)
Pihak pengurusan
2 marks
a(ii)
Pemegang saham
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.
> Celine ingin membuka perniagaan atas nama Celly Bakery Sdn Bhd. Beliau perlu mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanakah prosedur pendaftaran yang perlu dilakukan oleh Celine?
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis bentuk pemilikan perniagaan.
> Syarikat Teguh Jati Sdn Bhd merupakan pengeluar perabot jati di Temerloh, Pahang. Syarikat ini mempunyai pekerja tetap seramai 80 orang. Pada tahun 2022, jumlah jualan tahunan mencapai RM20 juta. Permintaan yang tinggi dari seluruh negara menyebabkan syarikat ini cuba menghasilkan perabot jati dengan lebih cepat dan berkualiti. Pihak pengurusan syarikat telah bekerjasama dengan Syarikat Teknologi Thailand dengan menubuhkan Syarikat Jati Tech Sdn Bhd bagi berkongsi teknologi serta kos yang terlibat dalam pengeluaran. Semua pekerja telah diberikan gaji yang lebih kompetitif berdasarkan kemahiran yang dimiliki bagi memastikan tidak berlakunya pemberhentian pekerja yang berkemahiran secara tiba-tiba.
a
Jelaskan klasifikasi bagi Syarikat Teguh Jati Sdn Bhd.
4 marks
b
Mengapakah Syarikat Teguh Jati berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Teknologi Thailand dalam pembuatan perabot?
6 marks
c
Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia yang terlibat dalam situasi di atas.
5 marks
815 marks
Matahari Bridal Sendirian Berhad adalah perniagaan yang membekalkan barang-barang perkahwinan untuk pasaran di sekitar bandaraya Kuantan. Permintaan barang-barang pengantin berkurang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020 kerana perniagaan tidak boleh membuka kedai seperti biasa.
Prestasi kewangan Syarikat Matahari Sdn Bhd untuk tahun 2019 dan tahun 2020 ditunjukkan seperti di bawah:
| Perkara | Tahun 2019 | Tahun 2020 |
|---|---|---|
| Pusing ganti stok | 4 kali | 2 kali |
| Jualan Bersih | RM 350 000 | RM 210 000 |
| Jumlah Aset | RM 460 000 | RM 300 000 |
a
Berdasarkan maklumat tersebut, berikan komen berkaitan dengan pusing ganti stok.
3 marks
b
Justifikasikan Nisbah Pusing Ganti Aset Matahari Bridal Sdn Bhd.
8 marks
c
Bagaimana Matahari Bridal Sdn Bhd dapat meningkatkan prestasi perniagaan tersebut?
4 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Kamal.
> Kamal merupakan seorang tukang masak di Burger King. Setelah berkhidmat selama 10 tahun, beliau ingin memulakan perniagaan beliau sendiri. Beliau bercadang memulakan perniagaan ini berdekatan dengan sebuah kolej di Kuantan. Modal permulaan yang diperlukan adalah sebanyak RM50 000. Namun begitu wang simpanannya tidak dapat menampung keperluan modal dan menggaji pekerja.
a
Selain dari faktor yang telah diberikan, terangkan faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh Kamal sebelum memulakan perniagaan.
6 marks
b
Cadangkan sumber pembiayaan yang boleh digunakan oleh Kamal untuk merealisasikan hasratnya. Berikan alasan.
3 marks
c
Bagaimanakah faktor dalaman dapat membantu Kamal untuk memulakan perniagaan beliau?
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Azmi telah mendapat pampasan akibat pemberhentian kerja. Beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan namun bimbang perniagaan mengalami kegagalan kerana kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Azmi sangat tertarik untuk menyertai perniagaan air boba *Tealeaf*. Berikut adalah iklan berkenaan *Tealeaf* yang diperolehi dari internet:
**Hubungi kami: 03 5777777**
- Boleh menggunakan cap atau rahsia dagangan *Tealeaf*
- Boleh mengikut sistem yang telah ditetapkan *Tealeaf*
- *Tealeaf* mengenakan kawalan berterusan terhadap perniagaan
Pada awalnya perniagaan *Tealeaf* milik Azmi berjalan dengan lancar dan mendapat keuntungan yang tinggi. Setelah menjalankan perniagaan selama beberapa tahun Azmi telah menerima teguran dari pemilik jenama *Tealeaf* kerana hasil keuntungan perniagaannya semakin menurun. Encik Azmi juga sering menerima komen negatif dari pengguna ekoran mutu servis pekerjanya.
Berikut adalah laporan kewangan perniagaan yang diusahakan oleh Azmi:
| Butiran | 2021 (RM) | 2022 (RM) |
|---|---|---|
| Kos jualan | 80000 | 60000 |
| Aset semasa | 75000 | 50000 |
| Liabiliti semasa | 30000 | 25000 |
| Stok purata | 18000 | 15000 |
Setelah bermesyuarat dengan pihak pengurusan *Tealeaf* Encik Azmi mencadangkan agar pemilik jenama meningkatkan promosi untuk meningkatkan jualan.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut.
a
Jelaskan bentuk lain pemilikan perniagaan yang diceburi oleh Encik Azmi.
3 marks
b
Jelaskan kesan kepada pemilik jenama *Tealeaf* jika prestasi perniagaan Azmi semakin menurun.
3 marks
c
Justifikasikan prestasi perniagaan bagi tahun 2021 dan 2022.
5 marks
d
Cadangkan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi nisbah kecairan.
5 marks
e
Pada pendapat anda, mengapakah Encik Azmi mencadangkan kepada pihak *Tealeaf* untuk menjalankan pengiklanan sebagai kaedah promosi?
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open