Gambar di bawah menunjukkan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.
Jelaskan perkembangan sektor perniagaan di X.
3 marks
c
Jelaskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam perniagaan.
4 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Imran.
> Encik Imran menjalankan perusahaan minuman kesihatan. Beliau mempunyai 30 orang pekerja dan mendapat jumlah jualan tahunan RM750,000. Pasaran minuman kesihatan beliau dapat menampung permintaan dari negeri Johor, Melaka dan Pahang.
Terangkan saiz dan skala perniagaan Encik Imran.
4 marks
b
Terangkan **dua** ciri objektif yang baik bagi sesebuah perniagaan.
4 marks
c
Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua buah organisasi perniagaan.
Bagaimanakah bahagian fungsian kewangan Gambar 2 berinteraksi dengan Gambar 1?
2 marks
310 marks
a
Gambar adalah dialog antara dua orang rakan perniagaan.
Andaikan anda Joyce, jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hasil jualannya.
5 marks
Syarikat Sekar Sdn Bhd telah menetapkan objektif seperti berikut:
- Menubuhkan banyak cawangan yang mampu di seluruh negara
- Mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta
- Pengeluaran menjadi produk kesukaan penduduk seluruh Malaysia
b(i)
Berikan **dua** sebab Syarikat Sekar Sdn Bhd tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
2 marks
b(ii)
Kegagalan mencapai objektif perniagaannya telah memberikan kesan kepada keseluruhan Syarikat Sekar Sdn Bhd.
Apakah kesan yang dialami itu?
3 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan perniagaan milik Encik Salman.
| Tahun | Keterangan |
|---|---|
| 2018 | Memulakan perniagaan menternak kambing dengan modal permulaan daripada simpanan sendiri sebanyak RM 20,000. |
| 2019 | Menambahkan bilangan ternakan kambing berikutan permintaan yang meningkat semasa musim perayaan. |
| 2021 | Menghasilkan kambing perap sejuk beku dan berusaha meluaskan pasaran ke seluruh negeri Johor. |
Jelaskan ciri keperibadian usahawan yang dimiliki Encik Salman.
4 marks
b
Gambar di bawah menunjukkan satu produk sebuah perniagaan.
Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi produk tersebut.
3 marks
c
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada usahawan.
3 marks
510 marks
a
Jelaskan matlamat peribadi seseorang usahawan menceburi bidang perniagaan.
Maklumat di bawah berkenaan dokumen perniagaan.
**Dokumen A**
> SALINAN — **RESIT** — R : 01/08
> PEMBEKAL ALATAN PEJABAT REMY, NO. 34, WISMA BALAKONG, 43300 SELANGOR
> Tarikh : 15 Julai 2018
> Diterima : MEGAH TRADING
> Ringgit Malaysia : Satu Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Enam Sahaja
> Tujuan : Menjelaskan sepenuh invois INV1010
> RM1 296.00
> Tunai / No. cek : MB 234120
> Kelly, Pengurus
**Dokumen B**
> **MEMO** — M001
> PEMBEKAL ALATAN PEJABAT REMY, NO. 34, WISMA BALAKONG, 43300 SELANGOR, 03-766 7566
> Tarikh : 1 Julai 2018
> **Peringatan :** Pemilik memasukkan tunai RM10 000 ke dalam akaun bank perniagaan sebagai modal tambahan dan mengeluarkan tunai di tangan untuk bayaran balik belanja tunai runcit sebanyak RM210.
> Kelly, Pengurus
Jelaskan kegunaan jenis dokumen di atas dalam sesebuah perniagaan.
4 marks
c
Bagaimanakah seseorang majikan dapat memastikan pekerjanya itu kekal dalam organisasi mereka?
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perniagaan yang ingin ditubuhkan Irfan dan Rayyan.
> Irfan dan Rayyan bercadang membuka sebuah perniagaan mengeluarkan pakaian sukan. Jumlah modal yang disumbangkan oleh Irfan dan Rayyan untuk memulakan perniagaan ialah sebanyak RM150,000. Mereka turut bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada agensi kerajaan. Bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan, mereka telah menghadiri latihan kemahiran anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA). Irfan dan Rayyan juga berhasrat memilih lokasi yang sesuai untuk membuka kilang.
a(i)
Berikan dua cadangan bentuk milikan perniagaan jenis perkongsian yang sesuai ditubuhkan oleh Irfan dan Rayyan.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan jawapan di 7(a)(i), pilih bentuk milikan yang paling sesuai. Berikan alasan.
5 marks
b
Jelaskan akta yang berkaitan dengan penubuhan perniagaan tersebut.
3 marks
c
Mengapakah faktor lokasi perlu dipertimbangkan oleh Irfan dan Rayyan untuk memulakan perniagaan?
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkenaan dua buah syarikat.
> Puan Zaharah merupakan pengurus kewangan Syarikat Pertiwi Sdn Bhd sementara Encik Raj pula adalah pengurus kewangan Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd. Jadual di bawah adalah maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan kedua-dua perniagaan tersebut bagi tempoh enam bulan pertama.
| Butir | Syarikat Pertiwi Sdn Bhd (RM) | Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd (RM) |
|---|---:|---:|
| Jumlah jualan | 240 000 | 250 000 |
| Kos jualan | 140 000 | 130 000 |
| Untung kasar | 100 000 | 120 000 |
| Modal | 176 000 | 200 000 |
| Premis perniagaan | 200 000 | 320 000 |
| Untung bersih | 48 000 | 47 000 |
a
Jelaskan peranan pengurusan kewangan bagi kedua-dua syarikat tersebut.
4 marks
b(i)
Hitung margin untung bersih Syarikat Pertiwi Sdn Bhd dan Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd.
2 marks
b(ii)
Perniagaan manakah yang menunjukkan prestasi perniagaan yang lebih baik? Berikan alasan anda.
6 marks
c
Adakah faktor gaya pengurusan dapat membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd? Jelaskan.
3 marks
915 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan syarikat NZ Design Sdn Bhd.
> NZ Design Sdn Bhd merupakan syarikat reka bentuk hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan utama iaitu merancang, menghias ruang dalaman dan memasang perabot untuk dapur, ruang tamu dan premis perniagaan mengikut cita rasa pelanggan. Syarikat ini mempunyai 50 orang pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam merancang konsep dan mereka bentuk hiasan dalaman. Perkhidmatan terbaik yang ditawarkan menyebabkan NZ Design semakin terkenal dan mencapai jumlah jualan tahunan sehingga RM5 juta, jauh melebihi pesaingnya. Justeru, pengurusan sumber manusia perlu memastikan pekerja sedia ada kekal bekerja dengan syarikat. NZ Design Sdn Bhd juga menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi bagi melancarkan urusan perniagaan.
a
Jelaskan saiz perniagaan bagi syarikat NZ Design Sdn Bhd.
4 marks
b
Pada pendapat anda, apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan sumber manusia bagi memastikan kesetiaan pekerja? Jelaskan.
5 marks
c
Bagaimanakah perkaitan sumber fizikal dan sumber teknologi yang ada dalam syarikat NZ Design Sdn Bhd dapat membantu melancarkan operasi perniagaan?
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
MaMa Food Industrial Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar dodol pelbagai perisa yang beroperasi di Merlimau, Melaka yang diasaskan oleh Puan Sukinah. Syarikat ini telah beroperasi selama 10 tahun dan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 2020 menunjukkan peningkatan untung bersih kerana kejayaan dalam pengurusan strategi pemasaran.
MaMa Food Industrial Sdn Bhd berhasrat meluaskan lagi pasaran ke peringkat global serta merancang untuk membuka beberapa pejabat urusan di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Arab Saudi. Beliau merancang untuk menjual dodol melalui atas talian dengan mewujudkan laman web iaitu “MaMa Dodol”. Keadaan ini bertepatan dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang menginginkan suatu perkhidmatan beli-belah yang boleh memudahkan mereka.
Dengan sasaran matlamat yang telah dirancang, MaMa Food Industrial Sdn Bhd perlu meluaskan ruang kerja serta membeli mesin pengadun dodol bagi menampung kapasiti pengeluaran yang semakin bertambah. Modal tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM 300 000 dan Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk memohon pembiayaan daripada institusi kewangan iaitu Bank Rakyat untuk menampung kos peralatan yang hendak dibeli.
MaMa Food Industrial Sdn Bhd telah mematuhi segala peruntukan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1987 dalam aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Selain itu, bangunan kilang MaMa Food Industrial Sdn Bhd juga dilengkapi dengan alat pemadam api, kamera litar tertutup dan mempunyai laluan kecemasan serta mesin-mesin diselenggara dengan baik.
Berikut merupakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan oleh MaMa Food Industrial Sdn Bhd bagi melancarkan urusan perniagaan *(gambar peralatan ini ditunjukkan di soalan (a))*.
Selain daripada itu, perniagaan juga menggunakan perisian perakaunan berbayar bagi merekodkan segala urusan kewangan perniagaan termasuklah pembayaran gaji, pembayaran bahan bekalan dan penerimaan hasil jualan.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut.
a
Jelaskan kelebihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam operasi perniagaan.
4 marks
b
Apakah yang perlu dilakukan oleh MaMa Food Industrial Sdn Bhd untuk menembusi pasaran baharu?
3 marks
c
Bagaimanakah Puan Sukinah memastikan pengurusan sumber fizikal sentiasa dalam keadaan baik?
4 marks
d(i)
Kenal pasti jenis sumber pembiayaan yang telah dipilih oleh MaMa Food Industrial Sdn Bhd tersebut.
1 marks
d(ii)
Apakah kelebihan membuat pemilihan sumber pembiayaan tersebut?
4 marks
e
Jelaskan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open