Maklumat berikut berkaitan dengan Restoran Buluh Perindu.
- Mempunyai 2 orang tukang masak dan 3 orang pelayan restoran
- Diuruskan oleh pemilik restoran, iaitu Puan Sharifah
a
Nyatakan jenis milikan perniagaan Restoran Buluh Perindu.
1 marks
b
Apakah kelebihan dan kekurangan jenis milikan perniagaan tersebut?
6 marks
c
Berikan tiga kaedah perniagaan bagi Organisasi Bukan Bermotifkan Untung.
3 marks
210 marks
a
Nyatakan definisi pengurusan sumber manusia.
2 marks
b
Terangkan tiga jenis bentuk gaji kepada pekerja.
6 marks
c
Nyatakan dua jenis faedah yang boleh ditawarkan oleh majikan kepada pekerja bagi memastikan kesetiaan pekerja.
2 marks
310 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perusahaan Kek Bahirah.
- Memastikan sekurang-kurangnya mencapai jualan RM30 000 sebulan
- Mengeluarkan kek yang berkualiti sahaja
- Memastikan mencapai jualan 100 000 kek dalam masa 5 tahun
a
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan bagi Perusahaan Kek Bahirah.
6 marks
b
Lakarkan graf Titik Pulang Modal (TPM). *(Huraikan graf anda dalam perkataan: label setiap paksi, garis-garis yang dilukis dan labelnya, bentuk / arah setiap garis, dan kedudukan titik TPM.)*
4 marks
410 marks
a
Rajah 1 berkaitan dengan jenis sumber teknologi.
**Rajah 1** (carta: kotak "Sumber Teknologi" di atas, bercabang ke tiga kotak di bawahnya)
- X
- Y
- Kemahiran dan Pengalaman
Nyatakan dan terangkan tujuan pengurusan sumber teknologi bertanda **X** dan **Y**.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Puan Hawa bercadang untuk memulakan perniagaan salun kecantikan. Beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM35 000 dengan kadar segera. Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh tujuh bulan. Puan Hawa menjadikan emas dan jam tangan yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM90 000 sebagai cagaran.
Jelaskan satu sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh Puan Hawa.
4 marks
510 marks
a
Terangkan tiga kekuatan diri usahawan.
6 marks
b
Senaraikan empat kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat.
4 marks
610 marks
a
Terangkan dua kepentingan rancangan perniagaan.
4 marks
b
Senaraikan elemen dalam rancangan pentadbiran dan rancangan pemasaran.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Encik Amirul Ahmadi merupakan pemilik Perusahaan Yummy&Hommey Sdn. Bhd. Beliau ingin mengembangkan perniagaan beliau ke pasaran yang lebih luas bagi meningkatkan hasil jualan.
a
Terangkan dua perancangan yang boleh diambil oleh Encik Amirul Ahmadi bagi merealisasikan hasrat beliau.
4 marks
b
Huraikan satu sumber pembiayaan perniagaan yang boleh digunakan oleh Encik Amirul Ahmadi bagi menampung kos mengembangkan Perusahaan Yummy&Hommey Sdn. Bhd.
3 marks
c
Terangkan prosedur am mendapatkan sumber pembiayaan untuk sebuah perniagaan.
8 marks
815 marks
a
Jelaskan tujuan bahagian-bahagian fungsian diwujudkan dalam sebuah organisasi.
4 marks
b
Terangkan tiga jenis struktur organisasi.
6 marks
c
Jelaskan lima ciri keperibadian yang dimiliki oleh seorang usahawan.
5 marks
915 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Jofan Berhad.
> Syarikat Jofan Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluaran dan penjualan tayar untuk pasaran tempatan. Pengarah urusan syarikat ialah Encik Irfan Muizz. Syarikat ini mempunyai beberapa jabatan iaitu jabatan pengeluaran, jabatan pemasaran, jabatan kewangan dan jabatan sumber manusia. Jabatan pengeluaran diketuai oleh Encik Amirul Hakim, seorang jurutera yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
>
> Pengurus jabatan pemasaran ialah Puan Alianatashya dan dibantu oleh dua orang eksekutif pemasaran, iaitu Cik Aini dan Encik Faris. Jabatan kewangan pula diketuai oleh Encik Haziq Imran yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal syarikat. Encik Danial bertugas sepenuhnya terhadap hal ehwal kewangan syarikat selain bertugas sebagai penyelia pengeluaran. Puan Abby menjalankan tugas sebagai pengurus pengambilan pekerja dan menyediakan latihan kepada para pekerja Syarikat Jofan Berhad.
Lakar dan labelkan carta organisasi Syarikat Jofan Berhad. *(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — jawatan dan nama dalam setiap kotak, kotak di aras paling atas dan di aras-aras bawahnya, serta siapa melapor kepada siapa.)*
7 marks
b
Bincangkan dua elemen campuran pemasaran bagi memasarkan tayar.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
**Perniagaan Satey Ayam Yo’De Menjadi Mangsa Tiruan**
> Perniagaan Satey Ayam Yo’De di Sentul, Kuala Lumpur yang cukup terkenal di negeri ini memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan jenama itu tanpa sebarang kebenaran.
>
> Meskipun telah membuat pendaftaran cap dagangan dan mempunyai hak eksklusif dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tujuh tahun lalu, perniagaan Satey Ayam Yo’De telah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak jenama itu bagi mengaut keuntungan yang mudah.
>
> Perniagaan Satey Ayam Yo’De yang telah bertapak semenjak 20 tahun yang lalu telah terkenal di negeri ini menyebabkan ramai yang meniru dan menggunapakai jenama itu. Aiman Hakim, pewaris perniagaan dan merupakan anak kepada Allahyarham Dollah Sidek mengatakan bahawa Satey Ayam Yo’De sudah diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh didapati di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
>
> Aiman Hakim menegaskan bahawa hanya dua cawangan dibuka di Selangor dan satu di Kuala Lumpur manakala di Negeri Sembilan dan lain-lain perniagaan Satey Ayam Yo’De ialah tiruan.
>
> Oleh itu, Aiman Hakim telah dihubungi oleh pihak berkuasa dan terpaksa beberapa kali ke pejabat kerajaan untuk menerangkan dan menunjukkan bukti hanya tiga sahaja cawangan Satey Ayam Yo’De yang asli dan selainnya ialah tiruan.
>
> Dua cawangan Satey Ayam Yo’De terletak di Jalan Kapar, Klang dan di Seksyen 13, Shah Alam manakala satu di Sentul, Kuala Lumpur. Aiman Hakim juga berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti berhutang dan menyamar sebagai pihak Satey Ayam Yo’De seterusnya mencalarkan imej perusahaan itu.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut:
a(i)
Nyatakan jenis Perniagaan Satey Ayam Yo’De.
1 marks
a(ii)
Jelaskan dua kelebihan jenis milikan perniagaan tersebut.
4 marks
b(i)
Nyatakan prosedur mengurus sumber teknologi tersebut.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengenai sumber teknologi tersebut.
3 marks
c
Terangkan tiga bahagian fungsian utama yang terdapat dalam Perniagaan Satey Ayam Yo’De.
3 marks
d
Jelaskan kesan kepada Perniagaan Satey Ayam Yo’De akibat menjadi mangsa perniagaan tiruan.
3 marks
e
Wajarkah perniagaan Satey Ayam Yo’De menukar perniagaannya kepada francais? Berikan alasan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open