Negeri Sembilan Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Negeri Sembilan Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
Gambar 1 berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.
a(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kekurangan bentuk pemilikan di 1(a)(i).
4 marks
b
Jelaskan tentang skala perniagaan antarabangsa.
2 marks
c
Logo 1 berkaitan dengan sektor perniagaan.
Huraikan sektor tersebut.
3 marks
210 marks
Gambar 2 menunjukkan perubahan sektor ekonomi yang menyebabkan berlakunya pengangguran di Malaysia.
a(i)
Apakah pengangguran yang berlaku akibat perubahan tersebut?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di 2(a)(i)?
4 marks
Maklumat berikut berkaitan situasi ekonomi semasa di Malaysia.
> SHAH ALAM - Penganalisis meramalkan gelombang peningkatan harga barangan termasuk makanan di negara ini dijangka berterusan sehingga awal tahun hadapan. Keadaan ini mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya.
>
> (Sumber diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my/agro 08 Julai 2022)
b(i)
Apakah situasi ekonomi yang berlaku?
1 marks
b(ii)
Jelaskan tindakan kerajaan bagi mengatasi situasi tersebut.
4 marks
310 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan Syarikat Manja Sdn. Bhd.
- Mencapai jualan susu tepung bayi tertinggi dalam tempoh 4 tahun di seluruh Malaysia.
- Menguasai 60% syer pasaran berbanding pesaing.
Penetapan objektif syarikat tersebut adalah mengikut ciri-ciri objektif yang baik. Jelaskan.
6 marks
b
Dialog berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam sebuah perniagaan.
> **Arif:** Ezzah, saya perlukan maklumat pembekal untuk membuat tempahan bahan mentah. Awak hantar melalui e-mel nanti ya.
>
> **Ezzah:** Baiklah, Arif. Saya akan hantar dengan segera.
Apakah bahagian fungsian yang berkaitan dengan Arif? Jelaskan.
4 marks
410 marks
a
Gambar 3 menunjukkan dua perniagaan dalam industri yang sama.
Bagaimanakah bahagian fungsian jualan bagi perniagaan di atas berinteraksi?
4 marks
b
Terangkan faktor penetapan gaji yang perlu dipertimbangkan oleh sesebuah organisasi perniagaan.
6 marks
510 marks
Perbualan berikut tentang pengurusan suatu sumber.
> **Pelajar perempuan:** Bagaimanakah Encik Chow menguruskan aset yang ada di bahagian operasi pengeluaran?
>
> **Encik Chow:** Mudah saja. Saya sentiasa menjalankan prosedur yang berkesan ke atas semua aset tersebut.
a(i)
Apakah jenis sumber bagi aset tersebut?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah Encik Chow menguruskan sumber di 5(a)(i)?
5 marks
b
Jelaskan tanggungjawab usahawan selepas menubuhkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
4 marks
610 marks
a
Pernyataan berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan.
> Yassmin memiliki Diploma Teknologi Maklumat dan pernah bekerja sebagai pengaturcara komputer di MYGO Solutions selama 5 tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Pendidikan. Kini beliau adalah seorang guru bagi mata pelajaran Sains Komputer.
Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Yassmin.
4 marks
b
Jelaskan kelebihan pengiklanan dalam mempromosikan perniagaan.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Pernyataan berikut berkaitan satu bentuk pemilikan perniagaan.
> Riduan dan Ah Chong menubuhkan perniagaan "*Friends Cyber Cafe*" yang menyediakan perkhidmatan penggunaan internet dan permainan komputer sejak tahun 1998. Akibat pengurusan yang tidak cekap dan perkembangan dalam kemajuan teknologi telah menyebabkan perniagaan mereka mengalami penurunan keuntungan.
Bagaimanakah faktor dalaman menyebabkan berlakunya penurunan keuntungan perniagaan tersebut?
4 marks
c
Terangkan faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Riduan dan Ah Chong jika ingin mengubah objektif perniagaan.
6 marks
815 marks
Rajah 1 berkaitan proses bahagian fungsian pengeluaran bagi Perusahaan Sos Cili Mok Yam.
a
Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian tersebut melaksanakan tugas di X dan Y?
6 marks
b
Carta 1 menunjukkan syer pasaran industri pembuatan perabot di Port Dickson.
Jelaskan tentang syer pasaran berdasarkan carta tersebut.
5 marks
c
Jelaskan perbezaan stok bergerak pantas dan stok bergerak perlahan.
4 marks
915 marks
Qimee Enterprise dan Zikriy Enterprise adalah dua perniagaan menjual pakaian. Berikut adalah petikan penyata kewangan Qimee Enterprise.
**Qimee Enterprise**
**Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2021**
| | RM |
|---|---:|
| Jualan | 26 000 |
| Tolak: Kos Jualan | 18 000 |
| Untung Kasar | 8 000 |
| Tolak: Belanja | 2 000 |
| Untung Bersih | 6 000 |
**Qimee Enterprise**
**Kunci Kira-Kira pada 30 September 2021**
| | RM |
|---|---:|
| Kenderaan | 22 000 |
| Akaun Belum Terima | 3 000 |
| Bank | 7 000 |
| Inventori | 4 000 |
| Modal | 27 000 |
| Untung Bersih | 6 000 |
| Akaun Belum Bayar | 3 000 |
Maklumat yang diberi oleh Zikriy Enterprise bagi tahun berakhir 30 September 2021:
- Nisbah semasa : 1:1
- Pulangan atas modal : 20%
Hitung nisbah bagi Qimee Enterprise:
a(i)
Nisbah semasa
3 marks
a(ii)
Pulangan atas modal
3 marks
b
Perniagaan manakah yang lebih baik dalam pengurusan kewangan? Berikan alasan anda.
4 marks
c
Jelaskan kesan peningkatan pendapatan isi rumah terhadap persekitaran perniagaan.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan One Nee Team Beauty merupakan sebuah perniagaan produk kecantikan yang diasaskan oleh Cik Azwani pada tahun 2019. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dalam situasi pandemik, beliau terus memacu perniagaannya dengan jayanya sehingga menjadi salah sebuah perniagaan yang berjaya menguasai syer pasaran berbanding pesaing lain. Pengalaman Cik Azwani yang pernah berkhidmat sebagai pengurus pemasaran dengan syarikat kosmetik di ibu negara menjadi kekuatan kepada beliau untuk menguruskan One Nee Team Beauty sehingga menjadi jenama produk yang semakin popular di Malaysia.
Baru-baru ini, Cik Azwani telah berjaya menerima Anugerah Usahawan Muda peringkat Negeri Sembilan dalam majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Negeri Sembilan 2021. Anugerah ini diberikan kepada usahawan yang telah memberi sumbangan yang banyak kepada masyarakat khususnya ketika berlaku pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020 hingga 2021. Setelah menerima anugerah tersebut, beliau semakin bersemangat untuk meneruskan sumbangannya sebagai usahawan kepada masyarakat berbilang bangsa.
Apabila jenama One Nee Team Beauty semakin popular dan mempunyai ramai pelanggan, beliau bercadang untuk menukar bentuk pemilikan perniagaannya. Rakan beliau, Cik Rogayyah telah menawarkan diri untuk menjadi rakan kongsi yang boleh menyumbangkan banyak modal kepada perniagaan kosmetik ini. Walaubagaimanapun, Cik Azwani lebih tertarik untuk menukar milik perniagaannya kepada sebuah syarikat sendirian berhad kerana mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan tawaran Cik Rogayyah.
Setelah berjaya menukar bentuk pemilikan perniagaannya dengan menggunakan nama Syarikat One Nee Beauty Sdn. Bhd., Cik Azwani telah memperkenalkan beberapa jawatan pentadbiran seperti dalam rajah berikut:
**Syarikat One Nee Beauty Sdn. Bhd.** (carta organisasi)
- Pengurus Besar (di atas)
- Pengurus Produk Wanita
- Pengurus Produk Lelaki
- Pengurus Produk Kanak-kanak
(Ketiga-tiga pengurus produk berada pada aras yang sama di bawah Pengurus Besar.)
Walaubagaimanapun, setelah beberapa bulan menguruskan syarikat ini, Cik Azwani merasakan bahawa struktur organisasi Syarikat One Nee Beauty Sdn. Bhd. perlu diubah kepada struktur organisasi baharu agar pengurusan perniagaan lebih berfokus dan mudah dipraktikkan.
Selain itu, Syarikat One Nee Beauty Sdn. Bhd. juga mengalami persaingan yang sengit akibat daripada pertambahan usahawan kosmetik dalam pasaran tempatan. Justeru, beliau merasakan perlu ada satu bahagian fungsian bagi meningkatkan kualiti produknya supaya dapat berdaya saing.
Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan kekuatan diri usahawan yang dimiliki oleh Cik Azwani.
4 marks
b
Jelaskan sumbangan Cik Azwani kepada masyarakat.
4 marks
c
Anda berpendapat keputusan Cik Azwani menukar bentuk pemilikan perniagaan kepada syarikat sendirian berhad adalah bijak.
Kemukakan alasan anda.
5 marks
d
Huraikan struktur organisasi baharu yang diperlukan oleh Syarikat One Nee Beauty Sdn. Bhd.
*(Jika anda menggunakan rajah, huraikan rajah itu dalam perkataan.)*
3 marks
e(i)
Nyatakan satu bahagian fungsian yang perlu diwujudkan seperti yang dicadangkan oleh Cik Azwani.
1 marks
e(ii)
Sekiranya anda adalah pengurus bahagian fungsian di (e)(i), berikan cadangan yang dapat membantu masalah kualiti produk perniagaan tersebut.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open