Kedah Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Peningkatan Prestasi
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Kedah Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Modul Peningkatan Prestasi
Kedah Trial Modul Peningkatan Prestasi · 2022
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Jelaskan hak pemegang saham dalam Syarikat Berhad.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Jeruk Mak Limah.
> Mak Limah mempunyai pekerja tetap seramai 80 orang dan mempunyai jualan tahunan sebanyak RM 30 juta setahun.
Terangkan cabaran perniagaan tersebut.
4 marks
c
Jelaskan peranan kerajaan dalam aspek perlindungan pengguna.
3 marks
210 marks
a
Apakah tujuan penetapan misi dalam sesebuah perniagaan?
3 marks
b
Rajah 1 menunjukkan syer pasaran bagi perniagaan kurier di negeri Kedah.
Jelaskan syer pasaran bagi Mesra Ekspress.
3 marks
Gambar 1 berkaitan dengan bahagian fungsian dalam perniagaan.
c(i)
Apakah bahagian fungsian tersebut?
1 marks
c(ii)
Jelaskan peranan bahagian fungsian di 2(c)(i).
3 marks
310 marks
a
Mengapakah sumber fizikal perlu diselenggara dan dibaikpulih dengan baik?
3 marks
b
Gambar 2 berkaitan sumber pembiayaan.
Jelaskan kekuatan sumber pembiayaan tersebut.
3 marks
c
Apakah perbezaan jenis-jenis stok.
4 marks
410 marks
a
Jelaskan keupayaan membina jenama sebagai satu kekuatan yang perlu ada pada seorang usahawan.
3 marks
b
Gambar 3 menunjukkan sebuah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Kasih Berjaya.
Terangkan strategi pemasaran yang diperlukan oleh syarikat tersebut.
4 marks
c
Dokumen 1 berkaitan dengan dokumen perniagaan Syarikat Jannah.
> **MEMO** (M001)
>
> Syarikat Jannah
> Lorong 3 Taman Ria
> 08000 Sungai Petani Kedah.
> 04-4887799
>
> Tarikh : 1 Julai 2022
>
> **Peringatan :**
>
> Pemilik memasukkan tunai RM 10 000 ke dalam akaun bank perniagaan sebagai modal tambahan dan mengeluarkan tunai ditangan untuk bayaran balik belanja tunai runcit sebanyak RM 210.
>
> *KAMIL* (tandatangan)
> Pengurus
*Dokumen 1*
Jelaskan dokumen di atas.
3 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan Kedai Roti Paung Azah.
> Kedai Roti Paung Azah telah terkenal di daerah Kulim Bandar Baru, Kedah. Rotinya telah dipasarkan ke negeri Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
Jelaskan skala perniagaan tersebut.
3 marks
b
Rajah 2 merupakan langkah-langkah pembangunan produk baharu.
1. penjanaan idea →
2. penyaringan idea →
3. pembangunan produk dan pengujian konsep →
4. pembangunan strategi pemasaran →
5. analisis perniagaan →
6. pembangunan produk →
7. ujian pemasaran →
8. **X**
*Rajah 2*
Jelaskan X.
3 marks
c
Mengapakah keuntungan penting dalam sesebuah perniagaan?
4 marks
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan seorang majikan.
> Penyelia membuat laporan kepada Puan Misriana berkaitan pekerja yang hadir lewat dan sering menimbulkan masalah dalam kilang. Ini berpunca daripada kebebasan yang diberikan oleh Puan Misriana kepada pekerjanya.
a
Huraikan gaya pengurusan tersebut.
3 marks
b
Jelaskan kepentingan penyata kewangan perniagaan kepada kerajaan.
3 marks
c
Mengapakah syarikat induk memberikan hak jenamanya dalam perniagaan francais?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan aspek guna tenaga dalam perniagaan.
> KAJANG - Majikan sebuah kilang di sini, disiasat di bawah Akta Kerja 1955 kerana membuat pembayaran gaji secara tunai tanpa kerelaan pekerja dan tidak memberikan salinan penyata gaji. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, Ahmad Mudi Onn Nor berkata, Ops Banteras bermula jam 9 pagi itu dijalankan hasil daripada aduan yang diterima dengan memfokuskan kepada elemen buruh paksa melalui penguatkuasaan akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
>
> "Kilang yang mengeluarkan sarung tangan ini telah dikesan melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 iaitu gaji dibayar tunai tanpa persetujuan pekerja, gagal memberikan salinan kontrak perkhidmatan dan penyata gaji kepada pekerja," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
>
> Kesan daripada masalah yang timbul majikan telah mengambil keputusan untuk menggantikan penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan mesin berteknologi tinggi.
>
> (Sumber: Diubahsuai daripada Sinar Harian bertarikh 21 April 2022, Khamis.)
a
Jelaskan kesan tindakan majikan apabila situasi ini berlaku.
6 marks
b
Bagaimanakah pengelolaan sumber manusia dari aspek sistem penggajian boleh dilakukan oleh majikan?
4 marks
c
Jelaskan jenis pengangguran yang boleh berlaku kesan daripada keputusan tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Sesedap Rasa merupakan pengeluar serunding daging dan ayam di Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi antara tiga pengeluar serunding terbaik di Malaysia menjelang tahun 2025.
>
> Objektif Syarikat Sesedap Rasa adalah seperti berikut:
>
> - Menetapkan sasaran pengeluaran serunding daging dan ayam sebanyak 230 000 unit pada tahun 2020.
> - Peningkatan untung sebanyak 10% pada setiap tahun.
> - Peningkatan jualan pada musim perayaan.
>
> Dalam tempoh tiga tahun beroperasi, Syarikat Sesedap Rasa berjaya menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh. Syarikat Sesedap Rasa bercadang untuk menaikkan kadar gaji minimum sesuai dengan ketetapan kerajaan.
a
Terangkan ciri-ciri objektif yang ingin dicapai oleh Syarikat Sesedap Rasa.
6 marks
b
Bagaimanakah faktor luaran dapat membantu syarikat mencapai sasaran tersebut?
5 marks
c
Jelaskan faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh syarikat tersebut.
4 marks
915 marks
Maklumat berikut merupakan penyata pendapatan sebuah perniagaan.
**Perniagaan Restoran Nasi Arab Balqis Enterprise**
**Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Dis**
| | 2020 (RM) | 2021 (RM) |
|---|---:|---:|
| Jualan | 142 000 | 150 000 |
| Tolak: Kos Jualan | 72 000 | 85 000 |
| Untung Kasar | 70 000 | 65 000 |
| Tolak: Belanja | 20 000 | 17 500 |
| Untung Bersih | 50 000 | 47 500 |
a(i)
Hitungkan Peratusan Untung Tokokan pada tahun 2020 dan 2021
4 marks
a(ii)
Tafsirkan prestasi perniagaan tersebut di 9 (a)(i).
5 marks
b
Cadangkan tindakan yang akan diambil untuk meningkatkan jualan perniagaan tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan Zariya & Rakan - Rakan merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan perabot pasang siap hiasan dalaman untuk rumah kediaman. Perniagaan ini mempunyai 35 orang pekerja dan beroperasi di Taman Cendana, Sungai Petani, Kedah. Perniagaan ini menerima tempahan pelanggan dari seluruh negeri Kedah.
Setelah beroperasi selama 5 tahun, perniagaan ini menunjukkan perkembangan yang positif dan menunjukkan peningkatan jualan pada setiap tahun. Sejak dua tahun kebelakangan ini Perniagaan Zariya & Rakan - Rakan telah mula menerima tempahan perabot hiasan dalaman daripada pejabat sekitar negeri Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat Puan Zariya dan semua rakan kongsinya bersetuju untuk menukar bentuk milikan perniagaan mereka kepada Syarikat Zariya Rias Sendirian Berhad.
Jumlah pengeluaran yang semakin meningkat menyebabkan Syarikat Zariya Rias Sendirian Berhad bercadang untuk menambah bilangan aset yang sedia ada. Ahli Lembaga Pengarah sedang mempertimbangkan dua tawaran iklan seperti di bawah :
Ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berkembang pada masa ini telah membuka peluang kepada perkembangan perniagaan. Justeru itu, syarikat ingin menambah modal berbentuk wang tunai bagi menaiktaraf teknologi maklumat dan komunikasi.
Bagi mendapatkan kelulusan pinjaman tersebut, pihak bank telah meminta Syarikat Zariya Rias Sendirian Berhad untuk mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Baru-baru ini, premis syarikat telah mengalami kebakaran kecil menyebabkan beberapa buah mesin pembuatan perabot telah terbakar. Namun syarikat tidak terjejas dengan kejadian ini kerana telah bersedia dengan perlindungan insurans.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut :
a
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan baharu yang dipilih oleh syarikat tersebut.
3 marks
b
Cadangkan jenis pembiayaan yang patut dipilih oleh Ahli Lembaga Pengarah. Kemukakan alasan anda.
4 marks
c
Jelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh syarikat tersebut untuk mendapatkan pinjaman.
4 marks
d
Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dapat membantu perniagaan.
4 marks
e
Sejauhmanakah prosedur menguruskan aset menggunakan insurans dan keselamatan membantu syarikat tersebut?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open