Melaka Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Melaka Trial 2022 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Melaka Trial Ujian Diagnostik · 2022
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi.
Apakah perbezaan bagi kedua-dua jenis organisasi di atas?
4 marks
b
Nyatakan maksud perniagaan francais.
2 marks
c
Jelaskan kebaikan perniagaan francais kepada francaisor.
4 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan situasi ekonomi di Malaysia.
> **Kadar Inflasi Ogos 2022 di Malaysia kini 4.7%**
>
> **Putrajaya 23 Sept –** Malaysia mencatatkan peningkatan kadar inflasi pada bulan Ogos iaitu 4.7% berbanding Julai iaitu sebanyak 4.4%. Kadar inflasi masih tinggi berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan input pengeluaran dan harga bahan api.
>
> (Sumber: Diubah dagangnews.com, 22 Sep 2022)
a
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya situasi tersebut.
4 marks
b
Bagaimanakah pihak kerajaan mengatasi masalah tersebut?
6 marks
310 marks
a
Visi, misi dan objektif perniagaan merupakan perancangan yang digunakan oleh organisasi perniagaan dalam mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Jelaskan maksud misi sesebuah perniagaan.
2 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Minuman Sedap.
> Syarikat Minuman Sedap bermatlamat untuk mencapai keuntungan sebanyak RM50 000 sebulan. Namun atas ketidakcekapan pengurusan, Syarikat Minuman Sedap hanya dapat mencapai keuntungan sebanyak RM30 000 sebulan.
b(i)
Jelaskan langkah penyelesaian yang boleh digunakan oleh Syarikat Minuman Sedap apabila gagal mencapai sesuatu matlamat perniagaan.
4 marks
b(ii)
Terangkan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan.
4 marks
410 marks
Gambar di bawah menunjukkan satu bahagian fungsian dalam perniagaan.
a
Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bahagian fungsian tersebut.
4 marks
b
Terangkan tiga kaedah yang digunakan untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perniagaan.
6 marks
510 marks
> Pn. Dira merupakan seorang Pegawai Sumber Manusia di sebuah syarikat di bawah seliaan En. Jamal. Beliau bertanggungjawab merekrut pekerja baharu. Pn. Dira sering mengamalkan sikap pilih kasih semasa proses pengambilan pekerja baharu dan kenaikan pangkat bagi pekerja sedia ada. Beliau memberikan keutamaan kepada ahli keluarga sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan dan kenaikan pangkat walaupun ada calon lain dari dalam atau luar organisasi yang lebih berkelayakan dan kompeten.
Merujuk situasi di atas, sila jawab soalan berikut:
a
Kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan oleh Pn. Dira.
2 marks
b
Jelaskan kesan negatif yang akan timbul apabila Pn. Dira mengamalkan sikap pilih kasih.
6 marks
c
Pada pendapat anda, apakah tindakan wajar yang perlu diambil oleh En. Jamal untuk menangani sikap Pn. Dira dalam proses pengambilan pekerja baharu?
2 marks
610 marks
Situasi berikut berkaitan Harraz Printing Enterprise.
> Harraz Printing Enterprise menjalankan perniagaan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Perniagaan ini menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk mencetak buku, majalah dan menyiapkan tempahan. Penyelenggaraan mesin dilakukan secara berkala oleh juruteknik terlatih. Buku, majalah dan tempahan yang telah disiapkan disimpan di stor bagi mengelakkan masalah kecurian. Perniagaan ini menerima tempahan di dalam talian sahaja supaya tempahan dapat dilakukan dengan teratur.
a
Huraikan sumber fizikal yang dimiliki Harraz Printing Enterprise.
6 marks
b
Mengapakah mesin perlu diselenggara?
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
> Gambar di bawah menunjukkan sumber pembiayaan luaran. Puan Husna bercadang untuk memulakan perniagaan kedai gunting rambut Muslimah. Beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM 50,000 dengan kadar segera. Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh 1 tahun, Encik Hisham menjadikan barang-barang berikut sebagai cagaran yang dianggarkan RM 60,000.
a(i)
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk situasi di atas? Berikan contoh institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan di atas.
2 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan sumber pembiayaan yang dijalankan di (a)(i).
5 marks
b(i)
Gambar di bawah menunjukkan agensi yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan.
Apakah bentuk kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh agensi di atas kepada usahawan untuk memulakan perniagaan?
2 marks
b(ii)
Jelaskan kekuatan dan kelemahan bagi sumber pembiayaan di 7(b)(i).
Hitungkan peratus untung bersih dan peratus pulangan atas modal.
6 marks
b
Jelaskan prestasi kedudukan kewangan MawarKasih Enterprise berdasarkan nisbah keberuntungan di atas.
3 marks
c
Terangkan dua faktor persekitaran yang mempengaruhi keperluan perniagaan MawarKasih Enterprise untuk mengubah visi, misi dan objektif perniagaannya.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Norman, seorang usahawan.
> Encik Norman baru sahaja memulakan perusahaan menghasilkan jersi bola sepak berjenama PUMA. Beliau mensasarkan sekolah di sekitar Melaka untuk saiz pasarannya.
a(i)
Tiga jenis dokumen perniagaan yang perlu disimpan oleh Encik Norman.
3 marks
a(ii)
Dua dokumen yang perlu digunakan dalam urus niaga kredit antara Encik Norman dengan pihak sekolah.
2 marks
b
Gambar di bawah menunjukkan salah satu faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.
Bezakan jenis stok Gambar A dan Gambar B.
4 marks
c
Situasi di bawah berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
> Setelah menamatkan persekolahan, Maria ingin memulakan perniagaan nasi lemak atas talian. Namun begitu, dia belum berani untuk memulakan perniagaan tersebut.
Huraikan faktor penyumbang yang dapat membantu Maria memulakan perniagaan tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Alin's Crispy Sendirian Berhad diasaskan pada tahun 2016 oleh seorang tokoh usahawan Melayu. Beliau telah mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual ayam crispy hingga membuka kilang pengeluaran ayam crispy pelbagai perisa di Ayer Keroh, Melaka. Kini jualan tahunan bagi tahun 2021 berjumlah RM1.5 juta manakala untung bersih meningkat bagi empat tahun berturut-turut.
Selain membuat jualan di premis, Alin's Crispy Sendirian Berhad menggunakan Facebook dan Instagram untuk mempromosikan produknya dan berkomunikasi dengan pelanggan. Alin's Crispy akan memperkenalkan ayam crispy perisa Korea melalui media sosial. Beliau juga bersedia menerima tempahan secara atas talian.
Alin's Crispy Sendirian Berhad ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka satu lagi kilang di Sarawak bagi memenuhi permintaan di sekitar Sarawak dan Sabah. Perniagaan Alin's Crispy telah menyediakan rancangan perniagaan yang menjelaskan secara terperinci tentang visi, misi, dan objektif perniagaan. Rancangan perniagaan yang disediakan akan digunakan untuk meyakinkan pihak berkepentingan seperti bank dan pelabur supaya dapat memberikan pembiayaan sebanyak RM500 000 bagi membeli mesin dan peralatan serta beberapa aset lain yang akan digunakan untuk menjalankan perniagaan.
Perniagaan Alin's Crispy telah mempunyai jenama yang kukuh di negeri Melaka. Mereka telah membuat pendaftaran cap dagangan dan mempunyai hak eksklusif dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) lima tahun lalu. Banyak permintaan daripada peniaga untuk menjual ayam crispy dengan menggunakan nama Alin's Crispy di mana dapat meluaskan perniagaan ayam crispy secara tidak langsung.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Nyatakan jenis milikan perniagaan Alin's Crispy. Huraikan kelebihan pemilikan perniagaan tersebut.
4 marks
b
Apakah trend perniagaan Alin's Crispy bagi tempoh empat tahun tersebut? Beri alasan anda.
2 marks
c
Cadangkan kaedah promosi lain yang boleh dilaksanakan oleh perniagaan Alin's Crispy untuk meningkatkan jualan produknya.
4 marks
d
Terangkan kepentingan penyediaan rancangan perniagaan kepada perniagaan Alin's Crispy.
5 marks
e
Wajarkah perniagaan Alin's Crispy memfrancaiskan perniagaannya? Berikan alasan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open