Mengapakah semakin ramai pengusaha ceburi perniagaan milikan tunggal masa kini?
4 marks
> Kajian pasaran menunjukkan bahawa sistem perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera.
b(i)
Nyatakan peranan francaisor dalam perniagaan francais.
2 marks
b(ii)
Mengapakah perniagaan francaisi sangat popular pada masa kini?
4 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan isu inflasi negara kita.
> Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. Inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi, katanya. "Inflasi yang tinggi menjejaskan kuasa beli bermakna apa yang anda boleh beli dengan RM100 sekarang, nilainya mungkin akan lebih rendah pada masa depan,"
a
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah ekonomi di atas?
4 marks
b
Mengapakah kerajaan menggubal undang-undang berkaitan dengan perlindungan pengguna?
6 marks
310 marks
Rajah 1 di bawah menunjukkan perancangan sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
**Rajah 1** — sebuah piramid tiga aras (dari puncak ke dasar):
- Aras atas (puncak): Visi
- Aras tengah: Misi
- Aras bawah (dasar): **X**
a(i)
Apakah **X**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kesan kepada perniagaan jika gagal mencapai situasi di 3(a)(i).
3 marks
b
Terangkan faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan persekitaran perniagaan itu.
6 marks
410 marks
a
Gambar 1 di bawah berkaitan aset perniagaan.
Cadangkan jenis pembiayaan yang sesuai bagi membeli aset di atas.
4 marks
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari segi aspek
b(i)
Matlamat peribadi
3 marks
b(ii)
Objektif perniagaan
3 marks
510 marks
a
Gambar 2 menunjukkan perniagaan menjual *burger*.
Terangkan kaedah promosi yang dapat membantu perniagaan di atas.
4 marks
b
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaannya.
4 marks
c
Mengapakah usahawan memainkan peranan penting kepada masyarakat setempat?
2 marks
610 marks
Berikut merupakan maklumat bagi seorang usahawan.
> Encik Tumatik merupakan pemilik kedai Roti Sedap. Baru-baru ini, kedai roti beliau telah tular dalam media sosial sehingga menyebabkan berlaku peningkatan permintaan yang mendadak. Untuk memenuhi permintaan, beliau bercadang untuk meningkatkan pengeluaran produk tersebut dengan membesarkan kawasan operasi pengeluaran. Bagi mencapai tujuannya, beliau memerlukan modal tambahan sebanyak RM20 000.
a
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah Encik Tumatik mendapatkan sumber pembiayaan perniagaannya?
5 marks
b
Bagaimanakah proses mendaftarkan perniagaan milikan tunggal?
5 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan impian perniagaan Puan Sandra.
> Puan Sandra berminat menghasilkan pelbagai jenis rekaan pakaian. Pakaian-pakaian rekaan beliau sering mendapat pujian daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Rakan-rakan Puan Sandra menggalakkan beliau untuk membuka perniagaan butik pakaian kerana rakan-rakannya yakin pakaian-pakaian yang direka oleh Puan Sandra akan laris di pasaran. Berbekalkan modal berjumlah RM80 000, Puan Sandra ingin menubuhkan sebuah perniagaan bagi membekalkan pakaian pelbagai jenis rekaan kepada pelanggan-pelanggannya.
a
Cadangkan kepada Puan Sandra jenis perniagaan yang sesuai ditubuhkan. Berikan alasan anda.
4 marks
b
Huraikan ciri-ciri keperibadian usahawan yang perlu dimiliki oleh Puan Sandra untuk menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan.
6 marks
c
Jelaskan cabaran yang mungkin dihadapi oleh Puan Sandra apabila menubuhkan perniagaan bersaiz kecil ini.
5 marks
815 marks
Gambar 3 menunjukkan sebuah syarikat pengeluaran produk kereta Perodua Myvi.
a
Mengapakah pengurusan sumber manusia penting bagi syarikat di atas?
4 marks
b
Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi perniagaan di atas.
5 marks
c
Jelaskan kelebihan kepada syarikat ini apabila usahawan mengurus sumber di (b).
6 marks
915 marks
Maklumat berikut diperolehi daripada laporan penyata kewangan Syarikat Perabot Jimmy Sendirian Berhad.
| Butiran | Tahun 2022 (RM) | Tahun 2023 (RM) |
|---|---|---|
| Untung Kasar | 155 000 | 186 000 |
| Jualan Bersih | 190 000 | 240 000 |
| Untung Bersih | 140 000 | 200 000 |
| Kos jualan | 250 000 | 270 000 |
| Modal Awal | 450 000 | 420 000 |
Berdasarkan laporan kewangan tersebut, pihak pengurusan mendapati perniagaan masih tidak mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan. Sehubungan itu, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menambah baik objektif perniagaan tersebut.
a
Hitungkan margin untung bersih bagi tahun 2022 dan tahun 2023.
4 marks
b
Jelaskan trend persekitaran perniagaan Syarikat Perabot Jimmy Sendirian Berhad.
4 marks
c
Berikan cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan yang berprestasi rendah.
3 marks
d
Mengapakah penyata pendapatan digunakan oleh usahawan dalam menganalisis operasi kewangan perniagaan?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Butik Trend Kini dimiliki oleh Puan Anie dan Puan Watie. Butik ini menawarkan pelbagai koleksi pakaian yang menarik dan terkini yang beroperasi di bandar Tawau. Butik Trend Kini diuruskan oleh enam orang pekerja yang berpengalaman. Selain itu, butik ini juga turut menerima tempahan menjahit pelbagai jenis pakaian. Koleksi hasil rekaan pekerja di butik ini mendapat sambutan pelanggan di sekitar Sabah. Bahagian fungsian pengeluaran sangat teliti dalam membuat pemilihan fabrik dan sentiasa memantau hasil kerja para pekerja mereka. Tindakan ini bagi memastikan koleksi di Butik Trend Kini akan sentiasa menjadi pilihan para pelanggannya. Baru-baru ini, Puan Anie telah membaca sebuah artikel berkaitan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
> **Peniaga digalak daftar perniagaan dengan PLT**
>
> **Ia membolehkan SSM menyalurkan maklumat dan mengumumkan bantuan ditawarkan: Hamzah**
>
> KUCHING: Peniaga sektor perniagaan kecil dan sederhana serta atas talian di seluruh negeri ini digalakkan mendaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
>
> Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin berkata, ia akan membolehkan SSM menyalurkan maklumat selain mengumumkan bantuan ditawarkan.
>
> "Kalau mereka tidak berdaftar, kita tidak tahu mereka ini berminat atau tidak kerana banyak lagi bantuan akan kita salurkan." Sebab itu kita galak peniaga berdaftar agar mendapat maklumat mengenai bantuan dan kursus kita boleh beri dengan kerjasama SSM termasuk bantuan kerajaan negeri," katanya.
>
> Beliau berkata demikian pada sidang media pada Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SM Sarawak di Plaza Merdeka, di sini, semalam.
>
> Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Mohd Naroden Majais, Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol.
>
> Hamzah berkata, SSM akan berkongsi maklumat peniaga mendaftar menerusi PLT itu kepada kerajaan negeri. Meskipun PLT mula diperkenalkan pada 2013 yang mana perundangannya terpakai di seluruh negara, namun setakat Oktober 2015 katanya, sejumlah 6 363 sahaja yang telah berdaftar di SSM.
>
> "Kita berharap agar anggaran kira-kira 90 000 peniaga sama ada kecil atau sederhana di seluruh pelosok Sarawak akan berdaftar dengan PLT," katanya.
>
> PLT merupakan sebuah entiti perniagaan menawar konsep tanggungan terhad, namun pentadbiran berbeza berbanding syarikat apabila urusan dalaman adalah lebih fleksibel.
>
> Sementara itu Naroden berkata, Sarawak dianggarkan mempunyai kira-kira 90 000 usahawan kecil dan sederhana. Menurut beliau, kebanyakan golongan itu merupakan usahawan di peringkat desa belum berdaftar, selain peniaga atas talian sambilan seperti kakitangan kerajaan, golongan suri rumah dan belia baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
>
> Naroden memberitahu, kefahaman mengenai untung niaga atas talian semakin meningkat di Sarawak, khususnya celik teknologi maklumat atau golongan muda memandangkan liputannya lebih meluas serta tanpa sempadan.
>
> "Perniagaan atas talian lebih efektif kerana tidak membabitkan kos yang banyak, namun liputan (pasaran) adalah lebih meluas," katanya.
>
> *(Sumber: https://tusanterne.com.my/2015/11/15/penings-digalak daftar perningen-dengan-plt)*
Beliau telah berbincang dengan Puan Watie berkenaan artikel tersebut. Puan Anie dan Puan Watie telah membuat perbandingan antara Perkongsian Liabiliti Terhad dengan milikan perniagaan mereka kini. Mereka mendapati PLT mempunyai lebih banyak kelebihan dan bersepakat untuk membuat pertukaran daripada perkongsian biasa kepada Perkongsian Liabiliti Terhad. Mereka berharap dengan keputusan ini, Butik Trend Kini akan terus dapat berkembang dengan lebih baik. Memandangkan permintaan terhadap koleksi pakaian dan tempahan pakaian di Butik Trend Kini semakin meningkat, pihak pengurusan memerlukan lebih ramai pekerja bagi memastikan tempahan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, mereka juga perlu menyediakan lebih banyak stok pakaian untuk dipamerkan di butik. Puan Watie telah mengiklankan jawatan kosong di Butik Trend Kini di surat khabar.
> **Butik Trend Kini**
>
> No. 88, Jalan Pesisiran, 86020 Tawau, Sabah
>
> ***JAWATAN KOSONG***
>
> **Pereka Fesyen**
>
> - Mempunyai sijil/diploma/ijazah
> - Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
> - Mempunyai kemahiran rekaan & jahitan
> - Waktu kerja yang fleksibel
> - Boleh bekerja lebih masa
> - KWSP & PERKESO disediakan
>
> **Pembantu Butik**
>
> - Mempunyai sijil
> - Boleh bekerja lebih masa
> - Waktu kerja yang fleksibel
> - Mempunyai kemahiran rekaan & jahitan
> - KWSP & PERKESO disediakan
>
> Email permohonan ke: *[email protected]*
Puan Anie dan Puan Watie telah mengatur sesi temu duga untuk memilih calon yang sesuai. Mereka yakin pemilihan pekerja yang berkebolehan dapat meningkatkan lagi kejayaan Butik Trend Kini.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan saiz dan skala perniagaan Butik Trend Kini.
4 marks
b
Anda bersetuju dengan keputusan Puan Anie dan Puan Watie untuk mengubah milikan perniagaan menjadi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)? Jelaskan alasan anda.
6 marks
c
Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan di Butik Trend Kini.
6 marks
d
Jelaskan bahagian fungsian yang terlibat dalam perniagaan Butik Trend Kini.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open