Berdasarkan Gambar 1 kenal pasti sektor yang terlibat.
Terangkan sektor perniagaan yang terlibat dalam gambar di atas.
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan Syarikat U8 Sendirian Berhad.
> Selain memasarkan produknya di dalam negara, Syarikat U8 Sendirian Berhad, pengeluar pelbagai komponen kereta motor turut mengeksport produknya ke Eropah.
Jelaskan kelebihan skala perniagaan yang berkenaan kepada Syarikat U8 Sendirian Berhad.
4 marks
c
Rajah 1 berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.
**Rajah 1**
- Kotak kiri: "Melibatkan persetujuan dua pihak tentang bayaran, prosedur, hak dan tanggungjawab"
- Anak panah dari kotak kiri ke dua kotak di kanan: **Francaisor** dan **X**
Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan tersebut kepada pihak X.
4 marks
210 marks
a
Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis agensi di Malaysia.
Apakah peranan agensi dalam gambar di atas?
3 marks
Rajah berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.
- Kotak atas: **Trend Persekitaran Perniagaan**
- Tiga cabang di bawahnya: **Trend Meningkat**, **Trend Mendatar** dan **X**
b(i)
Apakah X?
1 marks
b(ii)
Jelaskan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan berlakunya situasi X.
6 marks
310 marks
a
Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat AZAC.
> Syarikat AZAZ ialah pengeluar kasut sukan berjenama AZAC di Perlis. Maklumat berikut berkaitan dengan kos dan harga jualan kasut sukan tersebut:
| Butiran | Nilai |
|---|---|
| Kos tetap | RM50,000 |
| Kos berubah seunit | RM25 |
| Harga jualan seunit | RM50 |
Lakarkan graf Titik Pulang Modal bagi pengeluaran kasut sukan bagi Syarikat AZAC. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: label setiap paksi, setiap garis yang anda lukis — namanya dan di mana garis itu bermula pada paksi — serta titik yang anda labelkan.)*
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bahagian fungsian sebuah syarikat.
> Dr. Shukri telah berjaya mencipta sejenis krim anti penuaan berasaskan bahan semula jadi, *Putri*. Setelah menjalani beberapa tahap ujian, didapati krim tersebut dapat mengurangkan kedutan muka sehingga 50%. Baru-baru ini krim anti penuaan *Putri* mendapat pengiktirafan Anugerah Ciptaan Terbaik daripada sebuah badan penganugerahan antarabangsa. Kejayaan ini mendorong Dr. Shukri mencipta lebih banyak formulasi baharu.
b(i)
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
1 marks
b(ii)
Jelaskan tujuan bahagian fungsian tersebut diwujudkan.
5 marks
410 marks
a
Terangkan maksud Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP).
2 marks
b
Gambar 2 berkaitan pengurusan sumber sebuah organisasi perniagaan yang mampan.
Bagaimanakah organisasi perniagaan tersebut menguruskan sumber manusia bagi mengekalkan prestasi sedia ada?
4 marks
c
Gambar 3 dan 4 menunjukkan sumber yang digunakan dalam sebuah perniagaan.
Bezakan kedua-dua sumber tersebut.
4 marks
510 marks
a
Apakah maksud penyata kewangan?
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan akta yang perlu dipatuhi oleh usahawan yang ingin memulakan perniagaan.
> **Akta Pendaftaran Perniagaan 1956**
Terangkan **dua** akta yang berkaitan penubuhan sesebuah entiti perniagaan selain dari akta tersebut.
4 marks
Gambar 3 menunjukkan sejenis aset perniagaan.
c(i)
Tentukan jenis pembiayaan yang sesuai bagi membeli aset di atas.
1 marks
c(ii)
Jelaskan kelebihan menggunakan kaedah pembiayaan tersebut.
3 marks
610 marks
a
Nyatakan **dua** dokumen perniagaan yang perlu disimpan.
2 marks
b
Jelaskan jenis-jenis stok untuk memulakan perniagaan.
4 marks
Jadual di bawah menunjukkan maklumat kewangan Syarikat Sinar Sdn. Bhd.
| Butiran | 2018 (RM) | 2019 (RM) |
|---|---|---|
| Kos jualan | 80000 | 60000 |
| Aset semasa | 75 000 | 50 000 |
| Liabiliti semasa | 30 000 | 25 000 |
| Stok purata | 18 000 | 15 000 |
c(i)
Hitungkan nisbah kecekapan bagi kedua-dua tahun tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Q & Q.
> Syarikat Q & Q Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2017 di Gurun, Kedah merupakan pengeluar produk kraftangan berasaskan buluh, rotan dan mengkuang. Hasil keluaran syarikat ini telah dijual kepada pengusaha pusat pelancongan dalam negara serta berjaya menembusi pasaran negara Brunei dan Singapura. Syarikat telah memperoleh jualan tahunan RM17 juta pada tahun 2018.
>
> Sejak akhir- akhir ini perniagaan Syarikat Q & Q Sdn Bhd telah mengalami masalah untuk meluaskan pasaran di kedua-dua negara jiran tersebut. Dengan peningkatan kos pengeluaran dan persaingan dengan Negara seperti Indonesia menyebabkan hasil jualan pada tahun 2019 merosot kepada RM15 juta. Ternyata Negara Indonesia menawarkan produk kraftangan lebih menarik pada harga lebih rendah.
a
Jelaskan cabaran yang dihadapi Syarikat Q & Q Sdn Bhd berdasarkan saiz perniagaan mereka.
3 marks
b
Adakah Syarikat Q & Q Sdn Bhd layak mendapat pelepasan cukai berdasarkan aktiviti perniagaannya? Berikan alasan anda.
4 marks
c
Bagaimanakah Syarikat Q & Q dapat mengatasi masalah yang dihadapinya?
8 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Maira, seorang graduan lulusan Ijazah Perakaunan.
> Maira, seorang graduan yang baharu menamatkan pengajian Ijazah Perakaunan telah menerima tawaran pekerjaan bagi jawatan eksekutif akaun daripada dua syarikat yang berbeza. Maira sedang mempertimbangkan untuk menerima salah satu tawaran tersebut dengan menyenaraikan kelebihan dan kekurangan kedua-dua syarikat tersebut.
| Syarikat A | Syarikat B |
|---|---|
| Syarikat yang terkenal dan kukuh | Syarikat yang baharu beroperasi (belum mencapai setahun) |
| Hanya ditugaskan untuk menjaga bahagian kawalan kredit sahaja | Ditugaskan mengawal bahagian kredit, dan membantu menyediakan penyata kewangan |
| Terletak di bandar dan jauh daripada rumah serta terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas | Berdekatan rumah, hanya 10 minit perjalanan dan tiada kesesakan lalu lintas |
| Kos pengangkutan tinggi | Kos pengangkutan rendah |
| Gaji ditawarkan RM2000 | Gaji ditawarkan RM1800 |
a
Cadangkan syarikat yang patut dipilih oleh Maira. Kemukakan alasan anda.
5 marks
b
Jelaskan jenis-jenis penggajian dan faedah yang wajib dinikmati oleh seorang pekerja di Syarikat A dan B.
8 marks
c
Senaraikan bidang tugas yang perlu dilakukan Maira sekiranya menerima tawaran bekerja di Syarikat A.
Jelaskan kegunaan penyata di 9(a) kepada pihak yang berkepentingan dalam perniagaan.
4 marks
d
Huraikan kepentingan penyata di atas kepada Perniagaan Melur Enterprise.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
> Encik Hamidi merupakan seorang graduan Universiti di dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau telah mewarisi perniagaan kedai runcit milik ayahnya di Tambun, Pulau Pinang. Dengan menggunakan ilmu pengetahuan semasa pengajian, Encik Hamidi telah mengurus perniagaan tersebut dan kini 2 tahun kemudian, usahanya telah menampakkan hasil. Beliau telah berjaya menaiktaraf kedai runcitnya menjadi sebuah pasar raya dan menambah bilangan pekerja kepada 10 orang. Kini pada tahun 2022, perniagaannya telah mencapai jualan tahunan tertinggi iaitu sebanyak RM 315 000.
>
> Bagi memastikan kos jualan yang sentiasa terkawal, Encik Hamidi telah mengenalpasti kos – kos yang terlibat di dalam penyata aliran tunai perniagaannya. Berikut adalah beberapa kos yang telah diambil daripada Penyata Alir Tunai:
| Bil | Item | Jumlah |
|---|---|---|
| 1 | Gaji pekerja | RM 12,000 |
| 3 | Belian Barang Niaga | RM 19 500 |
| 4 | Insurans | RM 650 |
| 5 | Bil utiliti | RM 450 |
> Encik Hamidi berhasrat menambah satu lagi cawangan di Kulim, Kedah lantas melakukan tinjauan awal di kawasan tersebut sebelum memutuskan lokasi yang akan dipilih. Beliau percaya ciri-ciri lokasi yang tepat sangat penting untuk memastikan kejayaan untuk cawangan keduanya. Selain itu Encik Hamidi juga sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa interaksi yang baik perniagaannya dengan organisasi luar adalah amat penting untuk dipelihara.
>
> Baru-baru ini Encik Hamidi telah menemui rakan lamanya Encik Azman seorang ejen insurans. Encik Azman menerangkan pentingnya untuk Encik Hamadi mendapatkan perlindungan insurans terhadap bangunan kedai dan stok barang niaganya. Encik Azman juga menasihatinya pentingnya aspek keselamatan di dalam premis. Encik Hamidi masih berfikir untuk menerima nasihat Encik Azman kerana ia akan menambahkan kos perniagaannya.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a(i)
Jelaskan saiz perniagaan yang diusahakan oleh Encik Hamidi.
2 marks
a(ii)
Jelaskan cabaran yang dihadapi Encik Hamidi berdasarkan saiz perniagaan di 10(a)(i).
2 marks
b
Anda bersetuju dengan Encik Hamidi bahawa ciri-ciri lokasi yang tepat perlu dipertimbangkan untuk membuka cawangan baharu. Berikan alasan anda.
3 marks
c
Terangkan jenis sumber fizikal dalam perniagaan Encik Hamidi serta prosedur mengurusnya.
4 marks
d
Jelaskan **dua** jenis kos yang ditanggung oleh perniagaan Encik Hamidi.
4 marks
e
Pada pendapat anda, apakah implikasi kepada perniagaan Encik Hamidi sekiranya beliau tidak menerima nasihat Encik Azman?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open