Jelaskan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia pada era 1990-an.
3 marks
c
Terangkan dua cara mengatasi pengangguran yang terdapat di negara ini.
4 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Kedai Pakaian Sabel.
| | |
|---|---|
| Jumlah Jualan Tahunan | RM 15 juta |
| Bilangan pekerja tetap | 35 orang |
| Pasaran jualan baju | Batu Pahat, Johor |
| Promosi jualan | Diskaun harga dan cabutan bertuah |
Huraikan skala perniagaan di atas.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Perusahaan Makanan Ringan Sasha.
- Memastikan sekurang-kurangnya mencapai jualan RM30 000 sebulan.
- Mengeluarkan produk makanan ringan berasaskan ubi kayu yang berkualiti sahaja.
- Memastikan mencapai jualan 100 000 pek makanan ringan dalam masa 5 tahun.
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan bagi Perusahaan Makanan Ringan Sasha.
4 marks
c
Setiap bahagian fungsian saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
Nyatakan kepentingan interaksi dengan organisasi luar.
3 marks
310 marks
a
Nyatakan aliran barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan.
5 marks
Perniagaan Cemerlang Sdn. Bhd. telah menetapkan objektif seperti berikut:
- Menubuhkan seberapa banyak cawangan yang mampu di seluruh negara
- Mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM3 juta
- Produk pengeluaran akan menjadi produk kesukaan penduduk Malaysia
b(i)
Kegagalan mencapai objektif telah memberikan kesan kepada keseluruhan Perniagaan Cemerlang Sdn. Bhd. Apakah kesan tersebut?
3 marks
b(ii)
Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak pengurusan Perniagaan Cemerlang Sdn. Bhd. untuk menangani kegagalan tersebut?
2 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri keperibadian usahawan.
> Encik Amin telah melaburkan kesemua wang simpanannya dalam bidang hartanah semasa ekonomi negara berkembang maju kerana beliau percaya dapat mengaut keuntungan pada masa akan datang.
Jelaskan ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Amin.
4 marks
b
Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi yang digunakan dalam sesebuah perniagaan.
3 marks
c
Terangkan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
3 marks
510 marks
a
Nyatakan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari aspek keberuntungan perniagaan.
Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen perniagaan yang perlu disimpan oleh sesebuah perniagaan.
> Kedai Seramik Sharifah menjual 50 set pinggan mangkuk kepada Kedai Yana pada harga RM7,500 secara kredit.
Jelaskan dokumen perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh Kedai Seramik Sharifah.
4 marks
c
Terangkan maksud gaji asas.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan perniagaan Encik Yunus.
> Encik Yunus merupakan seorang pemilik sebuah perniagaan yang menjual makanan nasi ayam yang baru beroperasi di daerah Batu Pahat. Pada peringkat awal idea penubuhan perniagaan, beliau telah mendapat tawaran untuk membuka perniagaan tersebut bersama-sama dengan rakan karib beliau iaitu Encik Hasnun. Walau pun begitu, Encik Yunus tidak menerima tawaran tersebut dan beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara milikan tunggal.
>
> Encik Yunus telah menghadapi masalah dalam proses pendaftaran perniagaan. Beliau tidak dapat menyediakan dokumen lengkap bagi tujuan pendaftaran tersebut. Beliau telah dinasihati untuk memenuhi akta yang berkaitan penubuhan perniagaan yang telah ditadbir oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
>
> Encik Yunus perlu memilih lokasi perniagaan yang strategik. Beliau telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan beliau di Medan Niaga Bandar Batu Pahat yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat.
a(i)
Jelaskan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan yang dijalankan oleh Encik Yunus.
2 marks
a(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah Encik Yunus tidak menerima tawaran daripada Encik Hasnun?
5 marks
b
Jelaskan akta yang perlu dipatuhi oleh Encik Yunus.
3 marks
c
Huraikan kelebihan lokasi perniagaan yang dipilih oleh Encik Yunus.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Purnama Sdn Bhd telah menghadapi masalah dalam proses perancangan membuat bajet kewangan perniagaan kerana kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang pengurusan kewangan. Pihak pengurusan syarikat telah mengambil keputusan untuk mengambil seorang kakitangan baru yang berpengalaman bagi memenuhi keperluan dalam bahagian tersebut.
>
> Pada tempoh perakaunan berakhir tahun 2021, bahagian kewangan syarikat telah mengeluarkan data kewangan bagi tahun 2020 dan 2021 sebagai perbandingan prestasi syarikat. Maklumat adalah seperti berikut:
| Butiran | Tahun 2020 | Tahun 2021 |
|---|---:|---:|
| Tunai di bank | 250 318 | 210 433 |
| Penghutang | 15 700 | 18 174 |
| Stok | 122 570 | 113 476 |
| Pemiutang | 13 450 | 17 276 |
| Jualan bersih | 692 470 | 650 453 |
| Untung kasar | 483 050 | 420 000 |
| Untung bersih | 328 450 | 233 370 |
> Kesan dari penurunan prestasi semasa perniagaan, pihak pengurusan telah mengambil keputusan drastik dengan memotong elaun pekerja serta memaksa pekerja bekerja lebih masa. Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja.
a
Jelaskan peranan bahagian pengurusan kewangan.
4 marks
b(i)
Hitungkan nisbah peratusan margin untung bersih perniagaan dalam tahun 2021.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan nisbah semasa perniagaan, jelaskan tahun yang menunjukkan kemampuan perniagaan dapat membayar pinjaman jangka pendek dengan lebih baik.
6 marks
c
Terangkan gaya pengurusan yang diamalkan pihak pengurusan Syarikat Purnama Sdn Bhd.
3 marks
915 marks
a
Maklumat berikut berkaitan Syarikat Cucian Bersih Sdn Bhd.
> Syarikat Cucian Bersih Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan cucian bersih untuk kenderaan, rumah dan pejabat. Tenaga pekerja tetap yang dimiliki adalah seramai 70 orang dan beroperasi di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2021 jumlah pendapatan tahunan yang diperoleh syarikat adalah sebanyak RM3.5 juta dan meningkat sebanyak 20% daripada tahun sebelumnya.
Terangkan saiz dan skala perniagaan Syarikat Cucian Bersih Sdn Bhd.
4 marks
b
Gambar berkaitan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Huraikan aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dipatuhi oleh majikan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.
5 marks
Maklumat berkaitan Agensi Pengiklanan MOST.
> Agensi Pengiklanan MOST sebuah agensi pengiklanan yang menyediakan iklan untuk pelanggan yang ingin terlibat dalam pengeluaran pelbagai industri dan produk. Syarikat menyewa bangunan dan kemudahan untuk menjalankan operasi. Syarikat sentiasa memastikan peralatan untuk menghasilkan iklan seperti kamera dan komputer perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
c(i)
Apakah sumber fizikal dan teknologi yang terlibat dalam membantu Agensi Pengiklanan MOST dalam menjalankan operasi perniagaan?
2 marks
c(ii)
Jelaskan perkaitan di antara pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam meningkatkan kecekapan Agensi Pengiklanan MOST.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
> Syarikat Hana Bakery Enterprise ditubuhkan pada tahun 2015, yang dimiliki oleh Puan Rohana dan dibantu oleh suami dan anak-anaknya. Syarikat ini mempunyai pekerja tetap seramai 35 orang dan pekerja sambilan 15 orang terdiri daripada penduduk tempatan. Lokasi perniagaan Hana Bakery terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Syarikat ini mengeluarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) seperti bakeri berjenama HANA BAKERY. Syarikat Hana Bakery Enterprise mengeluarkan pelbagai jenis bakeri. Pasaran utama produk syarikat adalah di sekitar Parit Raja Batu Pahat, Muar dan Kluang Johor. Pada peringkat awal penubuhan dan pemasaran Syarikat, produk Hana Bakery telah mendapat sambutan dan tempahan daripada pelanggan. Jualan produk sangat menggalakkan semasa musim perayaan dan majlis perkahwinan atau keraian.
>
> Berikut adalah data jualan tahunan syarikat dari tahun 2016-2021:
| Tahun | Jualan tahunan (RM) |
|---|---:|
| 2016 | 750,000 |
| 2017 | 780,000 |
| 2018 | 850,000 |
| 2019 | 870,000 |
| 2020 | 871,000 |
| 2021 | 869,000 |
> Sejak 3 tahun kebelakangan ini, jualan tahunan syarikat tidak menunjukkan peningkatan berbanding 3 tahun sebelumnya. Syarikat Hana Bakery Enterprise bercadang untuk berpindah ke lokasi yang baru di Pasir Gudang, Johor Bahru bagi meluaskan pasaran di seluruh negeri Johor bagi meningkatkan jualan syarikat. Oleh yang demikian syarikat bercadang untuk menambah baik struktur operasi dan pemasaran syarikat.
>
> Pada awal penubuhan Syarikat Hana Bakery Enterprise menggunakan jentera dan mesin terpakai bagi menjalankan operasi pengeluaran produk. Sebahagian jentera dan mesin yang digunakan telah rosak dan perlu diselenggara, ini memerlukan kos yang tinggi. Sehubungan dari itu, syarikat memerlukan mesin baru bagi menjalankan operasi pengeluaran syarikat. Namun begitu, syarikat memerlukan sumber modal pembiayaan daripada pihak Maybank. Syarikat juga bercadang untuk menambah barisan 3 produk bakeri yang baharu dan terkini mengikut permintaan dan kehendak pasaran. Syarikat telah menghantar beberapa pekerja menghadiri kursus pembuatan dan penghasilan produk bakeri anjuran MARA bagi meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran bakeri. Pihak syarikat juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk baharu bagi meningkatkan kualiti. Syarikat juga akan menggunakan strategi pemasaran dan operasi terkini dengan mengaplikasi ICT. Syarikat menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan TikTok sebagai strategi pemasaran terkini.
**Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:**
a
Terangkan tujuan utama penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam perniagaan Syarikat Hana Bakery Enterprise.
4 marks
b
Jelaskan pembangunan produk HANA BAKERY dan pasaran baharu syarikat.
3 marks
c
Terangkan prosedur menguruskan sumber fizikal yang perlu dilakukan oleh Syarikat Hana Bakery Enterprise.
4 marks
d(i)
Nyatakan satu jenis pembiayaan yang telah digunakan oleh Syarikat Hana Bakery Enterprise.
1 marks
d(ii)
Huraikan jenis pembiayaan dalaman dan luaran yang sesuai untuk sesebuah perniagaan.
4 marks
e
Terangkan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan perniagaan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open