Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di atas.
6 marks
b
Rajah 1 berikut menunjukkan skala perniagaan.
**Rajah 1**
- Antarabangsa
- Zon
- X
*(Rajah 1 ialah carta: kotak "Antarabangsa" di atas bercabang dengan anak panah ke dua kotak di bawah, iaitu "Zon" dan "X".)*
Jelaskan X.
4 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan sebuah syarikat.
> Syarikat Abdullah menjalankan perniagaan mengeluarkan jus minuman berasaskan buah-buahan tempatan jenama “Fruity Juicy”. Setelah dua tahun memasarkan produknya ke seluruh Malaysia, beliau berhasrat untuk meluaskan pasarannya ke Indonesia dan Brunei. Namun, beliau perlukan bantuan daripada agensi kerajaan untuk merealisasikan impiannya.
Jelaskan peranan agensi kerajaan tersebut.
6 marks
b
Rajah 2 berkaitan struktur organisasi.
**Rajah 2**
- Pengurus Besar
- Pengurus Alatan Sukan
- Pengurus Barangan Elektrik
- Pengurus Pakaian Dewasa
*(Rajah 2 ialah carta organisasi: kotak "Pengurus Besar" di atas bersambung dengan garisan ke tiga kotak di bawah pada aras yang sama.)*
Jelaskan jenis struktur organisasi tersebut.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan tujuan penetapan misi perniagaan.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan Titik Pulang Modal (TPM) Perniagaan ZBT.
| | |
|---|---|
| Kos Tetap | RM 6 000.00 |
| Titik Pulang Modal (hasil) | RM 12 000.00 |
| Titik Pulang Modal (unit) | 2 400 unit |
Lakarkan graf Titik Pulang Modal.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label kedua-dua paksi, garisan-garisan yang dilukis dan labelnya, nilai yang ditanda pada paksi, kedudukan titik pulang modal, dan kawasan yang berlorek jika ada.)*
4 marks
410 marks
a
Gambar 2 menunjukkan jenis sumber fizikal.
Terangkan X dan Y.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Miro Sports merupakan sebuah perniagaan yang menjual pelbagai peralatan sukan. Sejak akhir-akhir ini, Miro Sports menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu menjelaskan hutang kepada pembekal. Hutang tersebut perlu dijelaskan dengan segera. Namun, baki akaun semasa di bank masih tidak mencukupi.
Cadangkan jenis pembiayaan luaran yang sesuai.
6 marks
510 marks
a
Dialog yang berikut berkaitan dengan interaksi bahagian fungsian dalam organisasi dengan organisasi luar.
> **Encik Alif:** Selamat pagi, Encik Baem. Saya ingin membuat tempahan 100 ekor ikan patin untuk kegunaan restoran saya. Berapakah jumlah bayaran untuk tempahan tersebut?
>
> **Encik Baem:** Selamat pagi. Saya berikan harga RM 3 000 bagi 100 ekor ikan patin. Saya akan menghantar ikan tersebut ke restoran selepas Encik Alif membuat pembayaran.
>
> **Encik Alif:** Saya setuju dengan harga yang diberikan. Saya akan membuat pembayaran sekarang.
Terangkan interaksi yang terlibat antara Encik Alif dan Encik Baem.
4 marks
b
Jelaskan perbezaan antara jualan langsung dan promosi jualan.
6 marks
610 marks
a
Terangkan kepentingan penyata kewangan kepada pemegang saham.
4 marks
b
Rajah 3 berkaitan dengan bahagian fungsian dalam proses aliran barang dan perkhidmatan.
**Rajah 3**
| X | Y | Z |
|---|---|---|
| Penerimaan pesanan daripada pengguna | Pesanan bahan mentah | Penghantaran invois kepada pembeli dan penerima bayaran |
Terangkan bahagian fungsian **X**, **Y** dan **Z**.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Kedai Anakku Comel Sendirian Berhad menjual barangan bayi yang terkenal di Terengganu. Semua barangan bayi dijahit sendiri oleh 25 orang pekerja yang bertauliah dalam bidang jahitan. Jumlah jualan tahunan ialah sebanyak RM 1.5 juta. Pengurus Besar iaitu Puan Hazana berhasrat untuk menaikkan gaji pekerjanya memandangkan sambutan pakaian bayi yang menggalakkan. Beliau turut menawarkan percutian kepada pekerja yang proaktif.
a
Jelaskan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan di atas.
Anda bersetuju dengan tindakan Puan Hazana menawarkan jenis faedah tersebut kepada pekerjanya. Jelaskan.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan perniagaan Amira Enterprise.
> Amira Enterprise merupakan sebuah perniagaan pengeluar pakaian sukan muslimah. Pada tahun 2023, perniagaan ini mensasarkan pengeluaran sebanyak 10 000 helai. Objektif ini ditetapkan kerana Amira Enterprise yakin hasil rekaan pakaiannya dapat menepati citarasa pengguna. Amira Enterprise juga berusaha untuk kekal berdaya saing dalam industri dengan mendaftarkan reka bentuk pakaian sukan muslimah secara sah.
a
Jelaskan kesan kepada Amira Enterprise jika objektif di atas tidak tercapai.
6 marks
b
Bagaimanakah Amira Enterprise dapat bersaing dalam industri?
5 marks
c
Terangkan prosedur mengurus sumber teknologi.
4 marks
915 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Shahriman.
> Encik Shahriman ialah seorang usahawan yang baru sahaja membuka sebuah kedai basikal di Taman Daya Bakti, Marang. Perniagaan beliau telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Beliau sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengalaman menguruskan perniagaan. Beliau juga sentiasa berhubung dengan rakan pesaing untuk mendapatkan maklumat terkini perniagaan mereka. Mereka sama-sama mencari idea untuk mengukuhkan jenama basikal mereka dalam pasaran. Beliau juga berhasrat menambah modal dan ingin membuat pinjaman daripada agensi-agensi yang sesuai. Beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan untuk dikemukakan kepada pihak pembiaya.
a
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang peniaga setelah memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan.
4 marks
b
Terangkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Shahriman sebelum memohon pinjaman.
6 marks
c
Mengapakah Encik Shahriman perlu menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap sebelum memohon pinjaman?
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Nawoks Travel Sendirian Berhad telah beroperasi selama 10 tahun di bangunan milik sendiri di Kuala Terengganu. Pakej pelancongan yang ditawarkan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sehingga syarikat berjaya membuka cawangan di lapan buah negeri. Syarikat menawarkan pakej pelancongan dalam negeri serta luar negara.
Pada tahun 2018, syarikat mula menghadapi masalah yang berpunca daripada dua orang agen pelancongan yang pecah amanah. Siasatan dalaman yang dijalankan menunjukkan sebanyak RM2.5 juta bayaran pelanggan tidak dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat tetapi dipindahkan ke beberapa akaun persendirian.
Kesannya banyak pakej ke luar negara terpaksa dibatalkan dan ini telah menimbulkan rungutan pelanggan. Ramai pelanggan telah membuat laporan polis. Kesannya syer pasaran perniagaan menjunam dengan teruk. Jumlah pelanggan bagi pasaran pelancongan negara adalah seramai 400,000 pelanggan. Jumlah ini tidak termasuk pelancong Singapura dan Brunei seramai 70,000 orang yang menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan Malaysia.
Lembaga Pengarah syarikat terpaksa mengambil tindakan segera dengan menggantung tugas pengurus kewangan lama selama 3 bulan. Encik Talib seorang Pengurus Pemasaran syarikat yang berpengalaman dalam bidang perakaunan telah dilantik sebagai pengurus kewangan yang baharu.
Selepas 3 bulan, kewangan syarikat telah menunjukkan pemulihan. Namun begitu, syarikat memerlukan suntikan dana tambahan sebanyak RM600,000 bagi membolehkannya terus beroperasi seperti biasa. Beberapa buah bank telah menyatakan minat untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman syarikat.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Huraikan faktor dalaman yang menyebabkan Syarikat Nawoks Travel menghadapi masalah.
3 marks
b
Bagaimanakah pengurusan syarikat boleh berperanan untuk membantu mencegah masalah pecah amanah daripada berulang?
5 marks
c
Bagaimanakah cara Nawoks Travel meningkatkan syer pasaran?
2 marks
d
Jelaskan jenis pembiayaan yang paling sesuai dipilih oleh Syarikat Nawoks Travel.
6 marks
e
Jelaskan prosedur permohonan pembiayaan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open