Selangor Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Selangor Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Pintas
Selangor Trial Modul Pintas · 2023
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Rajah 1 berkaitan dengan tujuan perniagaan.
**Rajah 1**
- Tujuan Perniagaan
- Menawarkan barang dan perkhidmatan
- **P**
- Bukan bermotif untung
Jelaskan **P**.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan satu prinsip koperasi.
> Koperasi sekolah dapat menjadi platform kepada murid untuk mendapatkan latihan keusahawanan dan memupuk nilai kerjasama antara mereka.
>
> (Sumber diubah suai: http://utusan.com.my, 30 Januari 2023)
Jelaskan prinsip-prinsip lain sesebuah koperasi.
5 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.
> Hajah Anis memiliki sebuah syarikat pelancongan di Selangor. Beliau memiliki seramai 100 orang pekerja dan jumlah jualan tahunan syarikatnya RM20 juta setahun.
Jelaskan saiz perniagaan tersebut.
2 marks
210 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Danish merupakan seorang usahawan penanaman cili padi kampung yang beroperasi di Jalan Simpang Tiga Jeram, Selangor. Produk beliau dipasarkan ke seluruh negeri Selangor.
Jelaskan perkaitan antara sektor dan skala perniagaan tersebut.
5 marks
Rajah 2 merupakan jenis pengangguran.
**Rajah 2**
| | |
|---|---|
| Pengangguran bermusim | Pengangguran kitaran |
| Pengangguran struktur | **P** |
b(i)
Jelaskan **P**.
2 marks
b(ii)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di 2(b)(i)?
3 marks
310 marks
a
Situasi berikut berkaitan dengan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan.
> Puan Awadah telah membuka sebuah kedai runcit di Klang. Setelah setahun beroperasi, beliau menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang beberapa pembekalnya. Selain itu, beliau juga kehilangan ramai pelanggan berikutan kewujudan kedai runcit yang baharu di kawasan sekitar.
Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Puan Awadah untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan bahagian fungsian sebuah perniagaan.
> Puan Amaleeya, pengeluar produk kecantikan bercadang mewujudkan bahagian fungsian baharu yang boleh meningkatkan permintaan secara besar-besaran. Bahagian fungsian ini boleh membantu beliau menghasilkan katalog untuk diedarkan ke rumah-rumah yang berhampiran dengan premis perniagaan di samping mengiklankan produk di media sosial.
b(i)
Apakah bahagian fungsian yang dicadangkan oleh Puan Amaleeya?
1 marks
b(ii)
Jelaskan peranan bahagian fungsian tersebut.
5 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan aliran perkhidmatan sebuah perniagaan.
> Encik Eijaz merupakan kerani kewangan syarikat pembekal kertas, Goldtech Paper Sdn. Bhd. Beliau telah diarahkan oleh pengurus kewangannya untuk membuat tindakan susulan selepas barang diterima oleh Syarikat Percetakan Abadi Sdn. Bhd.
Jelaskan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh Encik Eijaz.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan satu peranan pengurusan sumber manusia yang diaplikasikan dalam sebuah perniagaan.
> AMM Maritim Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan dan penyelenggaraan kapal. Syarikat menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan kepada semua pekerja. Hal ini adalah untuk memastikan pekerja bersedia untuk menghadapi cabaran industri perkapalan di samping membangunkan pekerja profesional dan berkelayakan.
Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia tersebut.
4 marks
c
Bagaimanakah perkaitan di antara pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi di sebuah kilang kasut membantu mempertingkatkan kecekapannya?
3 marks
510 marks
a
Jelaskan jenis pembiayaan overdraf.
3 marks
b
Mengapakah penyata kewangan penting kepada pihak pengurusan sesebuah perniagaan?
4 marks
c
Jelaskan peratusan pulangan atas modal.
3 marks
610 marks
a
Rajah 3 berkaitan dengan penubuhan perniagaan.
**Rajah 3**
- Penubuhan Perniagaan
- **Y**
- Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
- Akta Syarikat 2016
Terangkan akta di **Y**.
3 marks
b
Dokumen berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> **Dokumen X**
>
> Kedai Buku Juara
> 11, Jalan Kayu Arang 3, Taman Arang,
> 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
> 03-6057 8899
>
> Tarikh : 23 Julai 2023
> Kepada : Pengurus Akaun
> Pemilik mengeluarkan wang tunai sebanyak RM300 untuk kegunaan sendiri.
>
> Zara
> (Pengurus)
Mengapakah dokumen **X** perlu disimpan?
3 marks
c
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Syarikat P&C Sdn. Bhd. (P&C) merupakan pengeluar pintu keselamatan yang terkenal di Puchong, Selangor. Syarikat berjaya menghasilkan pelbagai pintu keselamatan bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Sikap pengguna yang mementingkan keselamatan tempat kediaman menyebabkan permintaan meningkat dengan banyak. Promosi secara global juga menunjukkan terdapat permintaan daripada negara jiran. Oleh itu, pihak pengurusan telah mengubah visinya menjadi pengeluar pintu keselamatan yang terbesar di rantau ASEAN menjelang tahun 2028.
>
> Bekalan bahan mentah untuk produk pintu dibeli daripada Syarikat DDD Sdn. Bhd. (DDD). Bekalan dihantar mengikut keperluan dan bayaran dibuat selepas bekalan sampai. Peningkatan harga bahan mentah menyebabkan keperluan modal yang besar untuk merealisasikan visi mereka.
a
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi Syarikat P&C Sdn. Bhd.
6 marks
b
Jelaskan peranan kerajaan dalam membantu Syarikat P&C Sdn. Bhd.
5 marks
Jelaskan perkaitan interaksi yang wujud antara;
c(i)
Bahagian fungsian belian P&C dengan bahagian fungsian jualan DDD.
2 marks
c(ii)
Bahagian fungsian kewangan P&C dengan bahagian fungsian kewangan DDD.
2 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Puan Puva memulakan perniagaan runcit kecil-kecilan yang dikenali sebagai Pasar Mini Puva. Beliau menghadapi masalah untuk bersaing dengan kedai runcit lain kerana tiada daya tarikan yang kuat. Seorang rakannya mencadangkan beliau menukar bentuk pemilikan kepada bentuk perniagaan lain yang baharu dan telah mempunyai nama yang terkenal. Beliau juga tidak perlu mengadakan promosi barangan kedainya.
>
> Puan Puva telah membeli sebuah premis perniagaan yang terletak di pinggir bandar melalui pembiayaan bank. Beliau juga telah membuat perlindungan insurans dan memastikan premis tersebut diselenggara setiap bulan. Beliau sentiasa memastikan premis tersebut bersih dan selamat.
>
> Terdapat beberapa jenis barang yang sentiasa cepat habis di kedai. Pembekal pula sering lambat membuat penghantaran atas alasan kekurangan kakitangan. Oleh itu, Puan Puva berhasrat membeli sebuah van secara sewa beli.
a(i)
Cadangkan bentuk perniagaan lain tersebut.
1 marks
a(ii)
Kemukakan alasan anda.
5 marks
b
Bagaimanakah perlindungan insurans dan keselamatan membantu perniagaan Puan Puva?
5 marks
c
Jelaskan prosedur pembiayaan sewa beli.
4 marks
915 marks
Encik Nasyran merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perkhidmatan membaiki penyaman udara kereta di Shah Alam, Selangor. Berikut merupakan analisis penyata kewangan perniagaannya untuk tempoh dua tahun.
| Nisbah Asas | 2021 | 2022 |
|---|---|---|
| Nisbah semasa | 1.5 : 1 | 2.8 : 1 |
| Peratus pulangan atas modal | 5.8% | 4.5% |
Sejak kebelakangan ini, ramai pelanggan mencadangkan supaya Encik Nasyran memberikan perkhidmatan lain yang berkaitan penyelenggaraan kereta. Oleh yang demikian, beliau perlu memikirkan strategi bagi merealisasikan perkara tersebut.
a
Jelaskan prestasi perniagaan tersebut.
6 marks
b
Jelaskan strategi yang perlu dilakukan oleh Encik Nasyran untuk merealisasikan perkara tersebut.
5 marks
c
Apakah kelebihan menjadi usahawan bagi Encik Nasyran?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Wangi Serumpun Sdn. Bhd. (SWSSB) merupakan pengeluar minyak wangi yang sudah beroperasi selama lebih sepuluh tahun di Batu 18 Hulu Langat. Perniagaan ini mempunyai pekerja seramai 150 orang yang terdiri daripada pekerja bahagian pentadbiran, operasi dan pemasaran. Menggunakan jenama '*Beauty Scents*', perniagaan ini telah mengembangkan empayarnya sehingga ke benua Eropah. Pada tahun 2022, jualan perniagaan telah mencecah sehingga 400 000 botol dengan harga RM100 seunit.
Perkembangan perniagaan yang sangat memberangsangkan, menyebabkan perniagaan memantapkan lagi strategi pemasaran. Pihak pengurusan bercadang menembusi pasaran baharu di negara-negara Arab. Namun begitu, mereka sukar membuat keputusan sama ada melantik beberapa ejen atau membuka cawangan di Dubai. Walaupun menanggung kos yang agak tinggi, pihak pengurusan merasakan pelaburan ini adalah berbaloi.
Pelaburan yang agak tinggi memerlukan Encik Muneer, pengurus kewangan membentangkan bajet yang sesuai. Namun begitu, Encik Muneer mendapati aliran tunai keluar adalah tinggi. Perkara ini boleh diatasi dengan mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. Walau bagaimanapun, disebabkan terdapat beberapa pinjaman yang masih berbaki, adalah sukar bagi perniagaan untuk mendapatkan pinjaman lain. Beliau telah mencadangkan satu lagi pembiayaan daripada institusi kewangan. Berikut merupakan petikan daripada Kunci Kira-kira SWSSB.
**Syarikat Wangi Serumpun Sdn. Bhd.**
**Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2022**
| Butir | RM |
|---|---|
| **Aset Bukan Semasa** | |
| Kenderaan | 300 000 |
| Perabot | 150 000 |
| **Aset Semasa** | |
| Bank | 200 000 |
| Akaun Belum Terima | 450 000 |
Kebelakangan ini, pihak pengurusan SWSSB mendapati terdapat trend pusing ganti pekerja pemasaran yang tinggi. Pekerja beralih kepada syarikat pesaing disebabkan penawaran gaji yang lebih tinggi. Pengurus sumber manusia perlu bertindak segera bagi menangani masalah tersebut supaya perniagaan tidak akan kehilangan pekerja mahir.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut:
a
Jelaskan klasifikasi perniagaan tersebut.
4 marks
b
Apakah keputusan yang akan dibuat oleh pihak pengurusan? Kemukakan alasan anda.
5 marks
c
Cadangkan jenis pembiayaan yang sesuai. Berikan alasan anda.
6 marks
d
Jelaskan tindakan pengurus sumber manusia SWSSB untuk mengatasi masalah tersebut.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open