Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah Syarikat Ketupat Sdn. Bhd.
> Encik Zainal membuka sebuah kilang ketupat palas sejuk beku di Simpang Empat, Perlis. Beliau dibantu oleh 80 orang pekerja tetap bagi memudahkan penghasilan ketupat palas untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menikmati jualan tahunan RM18 juta. Permintaan ketupat palasnya mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar termasuklah dari negeri Perlis dan Kedah. Oleh itu Encik Zainal bercadang untuk menambah modal tambahan dengan menerbitkan syer.
Huraikan skala dan saiz perniagaan di atas.
6 marks
210 marks
a
Keratan akhbar di bawah berkaitan dengan suatu keadaan ekonomi semasa.
> JUMLAH penganggur di negara ini terus meningkat kepada 951,000 orang bagi Mac 2023 berbanding 821,500 tempoh sama tahun lalu dipengaruhi oleh impak negatif ekonomi dunia dan Perang diantara Rusia dan Ukraine.
>
> *Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2023 @ 1:31 PM*
Jelaskan peranan kerajaan dalam mengatasi masalah di atas.
3 marks
b
Maklumat di bawah berkaitan dengan Danial, seorang usahawan jus kesihatan.
> Danial merupakan usahawan pengeluar jus kesihatan berjenama BotaniGold. Produknya berjaya dipasarkan seluruh negara. Danial bercadang mencari pasaran baharu dengan menembusi pasaran antarabangsa seperti Mexico dan Portugal.
Nyatakan peranan agensi kerajaan yang dapat membantu Danial.
3 marks
c
Terangkan **dua** kekurangan sumber manusia luaran.
4 marks
310 marks
Gambar 1 menunjukkan organisasi bermotifkan untung dan organisasi bukan bermotifkan untung.
a
Terangkan perbezaan diantara organisasi di atas.
4 marks
b
Senaraikan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan bagi OBU.
3 marks
c
Apakah peranan utama bahagian fungsian pengeluaran?
3 marks
410 marks
a
Senaraikan **empat** kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
4 marks
b
Gambar 2 menunjukkan sejenis sumber fizikal.
Nyatakan **dua** prosedur menguruskan sumber di atas.
2 marks
Gambar 3 menunjukkan empat rekaan corak jersi bola sepak.
c(i)
Apakah sumber teknologi yang berkaitan dengan di dalam gambar di atas?
1 marks
c(ii)
Jelaskan tentang pengurusan sumber teknologi tersebut.
3 marks
510 marks
a
Apakah jenis pembiayaan yang sesuai untuk membeli sebuah lori.
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Sara.
> Puan Sara merupakan pemilik Butik Sara di Bayan Baru, Pulau Pinang. Beliau ingin mengembangkan perniagaan butiknya dengan membuka satu lagi cawangan di Georgetown, Pulau Pinang tetapi menghadapi masalah kekurangan modal. Dia bercadang untuk mendapatkan pinjaman.
Jelaskan kepada Puan Sara mengenai prosedur am untuk mendapatkan sumber pembiayaan perniagaan.
4 marks
c
Senaraikan **tiga** kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat.
3 marks
610 marks
Rajah berkaitan dengan langkah-langkah pembangunan produk bahan dalam pasaran.
**Rajah** — langkah-langkah pembangunan produk (mengikut urutan anak panah):
1. **X**
2. Penyaringan Idea
3. Pembangunan produk dan pengujian
4. **Y**
5. Analisis perniagaan
6. Pembangunan produk
7. Ujian pemasaran
8. Komersialisasi
a(i)
Jelaskan X.
2 marks
a(ii)
Bagaimanakah bahagian fungsian yang terlibat dalam proses Y boleh membantu perniagaan?
2 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan persediaan memulakan perniagaan.
> Encik Fauzi dan Encik Nizar bersetuju untuk memulakan perniagaan Cafe Hipster di Arau, Perlis. Encik Fauzi telah memberi cadangan kepada Encik Nizar untuk mendaftarkan perniagaan cafe mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
b(i)
Mengapakah Encik Fauzi memberi cadangan tersebut?
4 marks
b(ii)
Nyatakan dua dokumen yang boleh digunakan dalam urus niaga jual beli antara Cafe Hipster dan pembekal bahan mentah bagi cafe tersebut.
2 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat.
> Syarikat Asiabest Growth Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan susu formula untuk dewasa dan kanak-kanak di seluruh negara. Syarikat tersebut mempunyai dua buah kilang yang beroperasi di Malaysia dan di Singapura dengan bilangan pekerja seramai 220 orang. Pada tahun 2020 syarikat mencatatkan jualan tertinggi berjumlah RM90 juta. Namun pada tahun 2021, masalah ekonomi semakin serius akibat pandemik Covid-19. Harga barang dan perkhidmatan menurun secara berterusan untuk tempoh dua tahun. Faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku termasuklah faktor permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh.
a
Jelaskan sektor perniagaan Syarikat Asiabest Growth Sendirian Berhad.
4 marks
b(i)
Apakah masalah ekonomi yang berlaku pada tahun 2021 dan nyatakan kesannya kepada negara?
5 marks
b(ii)
Jelaskan bagaimana kerajaan dapat mengatasi masalah ekonomi tersebut.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat WanaJaya Sdn. Bhd. yang mengeluarkan mee, koteow dan bebola ikan di Parit Buntar, Perak.
| | |
|---|---|
| **Bilangan pekerja** | 78 orang |
| **Jumlah jualan tahunan** | RM23 juta |
| **Pasaran** | Perak; Pulau Pinang; Kedah |
| **Visi perniagaan** | “Menjadi pembekal produk Makanan halalan toyiban terkemuka di Malaysia”. |
a
Pada pendapat anda, apakah faktor yang akan mempengaruhi pengurusan Syarikat WanaJaya Sdn. Bhd. dalam membuat perubahan visi perniagaan.
6 marks
*Pn. Rokiah, pengurus pembelian dari Syarikat Sos Cili Cap Stokin telah menghantar pesanan sebanyak 500 kilogram cili kepada Encik Parpu, seorang pemborong cili di Pulau Pinang. Pesanan tersebut dihantar melalui e-mail. Encik Parpu telah membalas e-mail tersebut menyatakan bahawa pesanan telah diterima. 2 hari kemudian, En. Parpu telah menghantar pesanan tersebut dengan menggunakan lori ke kilang Syarikat Sos Cili Cap Stokin.*
b
Jelaskan **enam** langkah dalam proses komunikasi yang wujud dalam aliran maklumat situasi di atas.
6 marks
c
Pn. Lini yang bercadang untuk memulakan perusahaan kosmetik, telah menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Nyatakan **tiga** kepentingan rancangan perniagaan tersebut kepada beliau?
3 marks
915 marks
Gambar 4 menunjukkan alat-alat komunikasi yang digunakan dalam Syarikat Iltizam Maju Berhad dan maklumat kewangan bagi syarikat tersebut.
Hitungkan peratusan nisbah untung bagi Syarikat Iltizam Maju Berhad bagi tahun 2021 dan 2022.
11 marks
Senaraikan kepentingan penyata-penyata kewangan di bawah kepada pemilik perniagaan.
b(i)
Penyata pendapatan
2 marks
b(ii)
Kunci kira-kira
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Jika ingin berbicara tentang keunikan rekaan tersendiri, bagi pengikut dan penggemar fesyen *online* nama Perniagaan Sulace bukanlah suatu nama yang asing lagi. Perniagaan ini mempunyai sebuah kilang pakaian yang terbesar di kawasan perindustrian Jejawi, Perlis. Setiap rekaan yang dihasilkan mempunyai sentuhan tersendiri dan sangat lain daripada yang lain hasil idea kreatif tiga beradik yang dikenali sebagai “The Suzanies” yang menerajui empayar ini. Rekaan yang tersendiri dan idea yang malar segar, jenama di bawah teraju tiga beradik ini termasuk dalam golongan *trendsetter* yang turut memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai perintis fesyen Muslimah moden. Imej perniagaan terkenal telah menarik perhatian seorang usahawan pengeluar tudung daripada Syarikat Soliti untuk bekerjasama untuk membuka perniagaan menjual eksesori-eksesori yang hendak digayakan bersama jubah dan tudung.
Merekalah perintis kepada rekaan jubah moden apabila jubah moden rekaan Lacey Ara Jubah (LAJ) mendapat sambutan hangat. Malah banyak jubah-jubah dijual di kedai-kedai yang rekaannya tampil hampir sama dengan LAJ. Mereka tidak menyangka idea mereka menjadi ikutan ramai. Perniagaan Sulace terus mempelopori pentas fesyen Muslimah dengan pelbagai rekaan yang terkini untuk kegunaan harian mahupun untuk majlis-majlis istimewa. Setiap rekaannya pula disuntik dengan keunikan tersendiri.
Perniagaan Sulace dimulakan dengan modal RM100 dan kini Perniagaan Sulace sudah pun mempunyai empat cawangan butik di sekitar Malaysia. Perniagaan Sulace ingin memperluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan rangkaian produk untuk kanak-kanak serta pakaian moden lelaki Muslim.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Wajarkah perniagaan Sulace bekerjasama dengan Syarikat Soliti?
4 marks
b
Jelaskan faktor dalaman yang menyumbang kepada kejayaan kepada Perniagaan Sulace.
4 marks
c
Terangkan **dua** ciri-ciri keusahawanan yang ada pada “The Suzanies”.
4 marks
d
Apakah kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya kepada adik-beradik “The Suzanies”.
4 marks
e
Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh pemilik jenama Sulace untuk melindungi idea dan rekaan fesyen mereka.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open