Negeri Sembilan Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Negeri Sembilan Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2023
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
Gambar 1 merupakan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
a(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di 1(a)(i).
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan sebuah perusahaan makanan ringan.
Jelaskan klasifikasi bagi perusahaan tersebut.
5 marks
210 marks
Jelaskan pengangguran berikut:
a(i)
Pengangguran kitaran
2 marks
a(ii)
Pengangguran teknologi
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan faktor luaran yang mempengaruhi sebuah perniagaan.
> Sebuah syarikat baja semakin mendapat perhatian pengguna kerana membudayakan teknologi hijau dalam pengeluaran baja organik. Sisa makanan di kawasan perumahan tertentu tidak lagi menjadi bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar, sebaliknya diusahakan sebagai baja kompos organik bagi menggantikan baja kimia.
Terangkan faktor luaran tersebut.
6 marks
310 marks
a
Jelaskan kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.
6 marks
Rajah 1 berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam proses aliran barang daripada pembekal buku kepada koperasi sekolah.
**Rajah 1** (carta alir):
**P** → Menerima pesanan daripada koperasi → Membuat jadual pengeluaran → Pesanan bahan mentah → Pembayaran bahan mentah → Pengeluaran dan penghantaran buku → **Q**
Jelaskan proses di:
b(i)
P
2 marks
b(ii)
Q
2 marks
410 marks
a
Terangkan potongan wajib dalam sistem penggajian oleh sebuah syarikat swasta kepada pekerjanya.
4 marks
Logo 1 berkaitan dengan sejenis sumber teknologi sebuah perniagaan produk kesihatan.
b(i)
Apakah sumber teknologi tersebut?
1 marks
b(ii)
Jelaskan prosedur mengurus sumber di 4(b)(i) yang perlu dilakukan oleh pemilik perniagaan ini.
5 marks
510 marks
a
Jelaskan sumber pembiayaan overdraf kepada sesebuah perniagaan.
4 marks
b(i)
Jelaskan tentang titik pulang modal.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan maklumat berikut, lakarkan graf titik pulang modal.
| Butiran | Nilai |
|---|---|
| Kos Tetap | RM80 000 |
| Titik Pulang Modal | 93 000 unit |
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label setiap paksi, garisan-garisan yang dilukis dan labelnya, titik permulaan setiap garisan, serta titik pulang modal dan nilainya pada paksi.)*
4 marks
610 marks
a
Puan Nani merancang membuka perniagaan *"Sweet Florals"* yang menjual dan membekal bunga-bunga segar di kawasan Seremban. Bagi memastikan perniagaan sah di sisi undang-undang, beliau perlu mendaftarkan perniagaannya terlebih dahulu.
Jelaskan prosedur pendaftaran yang perlu dipatuhi oleh Puan Nani.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan aktiviti pemasaran bagi sebuah perniagaan.
Huraikan campuran pemasaran yang terlibat bagi pemasaran barang tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk perniagaan lain.
> Cik Melissa telah mendapat hak kebenaran menjalankan perniagaan Ayam Goreng Crispy (AGC) bagi cawangan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merasakan perniagaan seperti ini lebih menguntungkan berbanding menjalankan perniagaan produk sendiri. Selaku pengurus besar, beliau sangat tegas terhadap semua pekerja dalam memastikan objektif perniagaan tercapai. Pada musim perayaan, cuti pekerja akan dibekukan dan penggiliran hanya diberikan kepada pekerja yang lebih berpengalaman. Hal ini menyebabkan pusing ganti pekerja di cawangannya sangat tinggi.
>
> Baru-baru ini, negara telah mengalami satu masalah ekonomi yang menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Perkara ini telah mendapat perhatian syarikat induk perniagaan AGC untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk memperkenalkan produk baharu yang lebih murah. Pada masa yang sama, syarikat induk masih mengharapkan pihak kerajaan akan mengambil inisiatif yang lebih proaktif bagi mengatasi masalah ini.
a(i)
Apakah bentuk perniagaan yang diceburi oleh Cik Melissa?
1 marks
a(ii)
Mengapakah beliau merasakan bentuk perniagaan di 7(a)(i) lebih menguntungkan?
5 marks
b
Huraikan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Cik Melissa.
4 marks
c
Bagaimanakah cara pihak kerajaan mengatasi masalah ekonomi yang berlaku?
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Encik Muthu memulakan perniagaan membaiki kenderaan secara kecil-kecilan di kawasan kampung dengan dibantu oleh dua orang pekerja. Beliau pernah mengalami kerugian di awal operasi perniagaan sehingga terpaksa menjual beberapa aset perniagaan untuk dijadikan modal pusingan. Bagi memastikan keuntungan perniagaan bertambah, beliau turut mengubah waktu operasi daripada 8 jam kepada 12 jam sehari. Encik Muthu juga telah menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan bagi memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat.
>
> Tindakan yang diambil oleh Encik Muthu telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi perniagaan membaiki kenderaan di kawasan bandar. Bagi memastikan kelancaran cawangan yang baharu, Encik Muthu perlu memberi penekanan terhadap pemilihan pekerja. Hal ini untuk memastikan keperluan sumber manusia dapat diurus dengan baik.
a
Jelaskan ciri-ciri keperibadian yang wujud dalam diri Encik Muthu.
6 marks
b
Mengapakah Encik Muthu perlu menetapkan objektif untuk perniagaannya?
5 marks
c
Jelaskan peranan Encik Muthu dalam memastikan keperluan pekerja baharu diurus secara berkesan.
4 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan butiran penyata kewangan tahun 2023 dan analisis nisbah tahun 2022 bagi FM Construction Berhad.
| Butiran | (RM) |
|---|---:|
| Jualan bersih | 120 000 |
| Kos jualan | 90 000 |
| Untung kasar | 30 000 |
| Aset semasa | 125 000 |
| Liabiliti semasa | 80 000 |
| Stok purata | 15 000 |
| Analisis Nisbah Tahun 2022 | |
|---|---|
| Nisbah Semasa | 1.16 : 1 |
| Peratusan Untung Tokokan | 25% |
Hitung nisbah asas berikut bagi tahun 2023:
a(i)
Nisbah semasa
2 marks
a(ii)
Peratusan untung tokokan
2 marks
b
Berdasarkan jawapan di 9(a), tahun manakah yang menunjukkan pengurusan kewangan yang lebih baik? Berikan alasan anda.
5 marks
c
Akauntan FM Construction Berhad telah menyediakan laporan kewangan untuk beberapa pihak yang memerlukan maklumat prestasi perniagaan terkini.
Selain pemilik dan bahagian pengurusan, terangkan pihak lain yang berkepentingan terhadap laporan kewangan tersebut.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perusahaan Pakwan Salai Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Encik Ridwan merupakan pengeluar pelbagai jenis produk salai seperti daging lembu, ayam dan ikan keli. Perniagaan ini telah beroperasi selama 5 tahun di kawasan industri kecil dan sederhana Kuala Pilah dan jualan produk salai telah mendapat sambutan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Permintaan yang sentiasa meningkat menyebabkan perusahaan memerlukan stok bahan mentah secara berterusan. Keadaan ini menyebabkan bahagian pembelian bercadang menggunakan khidmat pemborong berbanding dengan mencari sendiri bekalan tersebut. Bagi menampung peningkatan permintaan dan memastikan produk salai tahan lama, pengurus bahagian pentadbiran dan kewangan telah memutuskan untuk membeli tiga buah mesin penyahkuman bernilai RM134 000. Bahagian pengeluaran telah diingatkan agar melaksanakan prosedur sewajarnya bagi memastikan semua mesin dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan untuk tempoh yang lama.
Perkembangan perniagaan yang positif ini mendorong lembaga pengarah Pakwan Salai Sdn. Bhd. menghantar pengurus pemasaran mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sebuah agensi kerajaan. Agensi kerajaan ini menyediakan peluang untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara dan bersedia untuk mencari pasaran baharu bagi produk Pakwan Salai Sdn. Bhd.
Namun begitu, keadaan ini menyebabkan pertambahan dalam beban tugas pekerja terutama di bahagian pengeluaran dan pembungkusan. Suasana letih dan tidak seronok berlaku kerana perlu bekerja lebih masa bagi menampung permintaan yang banyak. Hal ini merunsingkan Puan Jamilah selaku ketua bahagian pengurusan sumber manusia dan berusaha untuk mencari cara bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga. Selain peningkatan bayaran gaji, Puan Jamilah merasakan ada tindakan lain yang perlu diambil agar situasi ini tidak berlarutan.
Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan kelebihan milikan perniagaan yang diasaskan oleh Encik Ridwan.
4 marks
b
Adakah anda bersetuju dengan cadangan bahagian pembelian? Kemukakan alasan anda.
4 marks
c
Jelaskan agensi yang telah membantu perusahaan Pakwan Salai.
4 marks
d
Terangkan prosedur sewajarnya yang perlu diambil bagi memastikan mesin dalam keadaan baik.
4 marks
e
Pada pendapat anda, jelaskan tindakan lain yang perlu diambil oleh Puan Jamilah bagi mengatasi situasi tersebut.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open