Perak Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Kecemerlangan
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Perak Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Modul Kecemerlangan
Perak Trial Modul Kecemerlangan · 2023
10 questions · Total 100 marks
120 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
a
Nyatakan hak-hak setiap anggota koperasi.
2 marks
b
Berikut adalah hubungan rakan kongsi Encik Jason dan Puan Emily.
En. Jason dan Pn. Emily merupakan rakan kongsi bagi Perniagaan Jason & Emily yang menanggung liabiliti tidak terhad dan dibayar gaji secara bulanan.
Terangkan jenis-jenis rakan kongsi yang lain.
4 marks
c
Rajah 1 merujuk kepada sektor perniagaan.
**Rajah 1**
- Sektor perniagaan
- Sektor Primer
- Sektor Sekunder
- Sektor X
Huraikan sektor X.
4 marks
210 marks
a
Terangkan jenis-jenis pelepasan cukai.
4 marks
b
Gambar 1 menunjukkan agensi yang terlibat dalam Penyelidikan dan Pembangunan.
Jelaskan bidang kuasa agensi di atas.
3 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan visi sebuah perniagaan.
> Visi Syarikat Muallim Cycles adalah menjadi jenama nombor satu di Malaysia menjelang tahun 2028
Apakah maksud visi?
3 marks
310 marks
a
Jelaskan faktor luaran sesebuah perniagaan yang boleh menyebabkan misi dan objektif perniagaan dinilai semula.
3 marks
b
Rajah 2 menunjukkan syer pasaran bagi perniagaan kopi di Daerah Muallim, Perak.
Jelaskan tentang syer pasaran.
3 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Perniagaan Tanjong Motor Sdn. Bhd. merupakan kilang motosikal yang terkenal di negeri Perak. Pengurus besarnya, En. Zahir amat menekankan penggunaan ICT dalam perniagaannya.
Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat membantu sesebuah organisasi perniagaannya?
4 marks
410 marks
a
Terangkan sebab-sebab pemberhentian terhadap pekerja.
3 marks
b
Jelaskan aspek Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP) dalam pembangunan perniagaan.
3 marks
c
Dialog berikut adalah perbualan di antara Encik Adam, pengarah filem animasi dengan penulis skrip Puan Syafiya.
> *Encik Adam:* Filem yang ditayangkan mengalami kerugian kerana masalah cetak rompak.
>
> *Puan Syafiya:* Syarikat perlu lakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berulang.
Jelaskan prosedur untuk melindungi karya Encik Adam dan Puan Syafiya daripada ancaman tersebut.
4 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sumber pembiayaan.
> Encik Hairul dan Puan Maznah ingin membuka kilang yang berasaskan makanan sejuk beku. Namun begitu modal yang ada tidak dapat menampung operasi perniagaan oleh itu mereka bercadang untuk menubuhkan Syarikat Awam Berhad supaya dapat menambah sumber kewangan perniagaan.
Terangkan jenis pembiayaan yang sesuai dengan penubuhan perniagaan tersebut.
4 marks
b
Rajah 3 di bawah menunjukkan Carta Organisasi Syarikat Pembinaan Setia Johan Sendirian Berhad.
**Rajah 3**
- Pengurus Besar
- Pengurus Projek
- Projek Premis Kedai
- Projek Bangunan Klinik Desa
- Projek Bina Jambatan
- Pengurus Kewangan
- Pengurus Operasi
Terangkan struktur organisasi tersebut.
2 marks
c
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Tekstil Maju Sdn. Bhd.
> Pihak pengurusan Syarikat Tekstil Maju Sdn. Bhd. merujuk penyata kewangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Terangkan kepentingan penyata kewangan tersebut.
4 marks
610 marks
a
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan promosi.
> - Maklumat atau siaran tentang sesuatu produk yang disampaikan oleh pihak media massa.
> - Isi kandungan ditulis oleh pakar atau pihak media massa.
Terangkan kelebihan promosi tersebut.
5 marks
b
Jelaskan keberuntungan perniagaan kepada usahawan.
5 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Hamizah, seorang usahawan.
> Puan Hamizah mengusahakan butik pakaian di Ipoh, Perak sejak tahun 2015. Beliau menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang menarik dan unik serta mengikut perkembangan fesyen semasa. Pada tahun 2022, perniagaannya mengalami kemerosotan akibat harga barang mentah yang semakin meningkat. Namun begitu, atas bantuan kerajaan, perniagaannya semakin pulih. Seiring peningkatan permintaan, Puan Hamizah bercadang untuk mengambil lebih ramai pekerja. Beliau sedar aspek pengelolaan sumber manusia amat penting dalam membangunkan perniagaannya.
a
Nyatakan masalah ekonomi yang berlaku yang menyebabkan butik pakaian Puan Hamizah mengalami kemerosotan.
1 marks
b
Apakah peranan kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi di atas?
4 marks
Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia yang berikut yang menjadi aspek penting dalam butik pakaian Puan Hamizah.
c(i)
Penempatan pekerja dan fasiliti.
3 marks
c(ii)
Standard Prosedur Operasi tugas pengelolaan.
3 marks
d
Jelaskan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan sekiranya Puan Hamizah ingin mendapatkan tambahan modal perniagaannya.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> DMobile Berhad merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang telah kukuh dan lama di pasaran. Jumlah jualan tahunannya dianggarkan RM60 juta setahun. Syarikat ini mempunyai bilangan pekerja seramai 500 orang dan beroperasi di seluruh negara. Bahagian pengurusan atasan juga telah menerima latihan profesional bagi memantapkan lagi perkhidmatan syarikat. Pekerja juga turut menerima gaji yang sesuai dengan kelayakan.
a(i)
Nyatakan klasifikasi perniagaan di atas.
2 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan saiz perniagaan tersebut.
3 marks
b
Bagaimanakah latihan dapat membantu usahawan meningkatkan hasil jualan?
4 marks
c
Terangkan faktor yang menjadi penentu kepada sistem penggajian.
6 marks
915 marks
Maklumat di bawah menunjukkan perbandingan analisis nisbah asas bagi dua syarikat pengeluar basikal, Syarikat Ikhwan Sdn. Bhd. dan Syarikat Huzaifah Sdn. Bhd.
| Nisbah | Syarikat Ikhwan Sdn. Bhd. | Syarikat Huzaifah Sdn. Bhd. |
|---|---|---|
| Margin untung kasar | 45% | 60% |
| Margin untung bersih | 25% | 52% |
| Pulangan atas modal | 18% | 36% |
| Nisbah semasa | 2:1 | 3:1 |
| Kadar pusing ganti stok | 4 kali | 6 kali |
Beri ulasan anda secara ringkas tentang analisis nisbah bagi kedua-dua syarikat.
a(i)
Peratus margin untung kasar.
2 marks
a(ii)
Peratus pulangan atas modal.
2 marks
a(iii)
Nisbah semasa.
2 marks
a(iv)
Kadar pusing ganti stok.
2 marks
b
Anda sebagai seorang Pengurus Kewangan di Syarikat E-Pah Sdn. Bhd., cadangkan kepada pihak Lembaga Pengarah, syarikat manakah yang akan dipilih sebagai rakan strategik niaga? Mengapa?
3 marks
c
Apakah kepentingan Penyata Kewangan Kunci Kira-kira kepada usahawan terhadap operasi kewangan perniagaannya?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Cik Ilmuna dan Cik Sufiya merupakan dua orang rakan kongsi yang menjalankan perniagaan mengusahakan sos perapan I&S D'Licious. Pada peringkat permulaan, perniagaan mereka mencatatkan jualan yang tinggi namun masih tidak dapat menikmati keuntungan yang maksimum malah ada ketikanya perniagaan mengalami kerugian. Hal ini berlaku kerana I&S D'Licious terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Berikut adalah Keluk Titik Pulang Modal Perniagaan I&S D'Licious.
Cik Sufiya menunjukkan rasa tidak minat beliau dalam bidang perniagaan. Beliau telah menerima tawaran menjadi akauntan di sebuah syarikat akauntan di pusat bandar Kuala Lumpur. Cik Ilmuna tidak berputus asa, beliau meneruskan perniagaan tersebut secara bersendirian dan telah menukar hak milik perniagaan tersebut atas nama Muna D'Licious.
Muna D'Licious kini diusahakan oleh Cik Ilmuna dibantu oleh ibunya seorang pesara guru. Terdapat 5 orang pekerja yang membantu beliau dalam menguruskan perniagaannya. Beliau bercadang untuk menambah modal kerana Muna D'Licious mula memasarkan produknya ke seluruh Malaysia dan ternyata Sos Muna D'Licious mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau ingin menukar mesin pemprosesan sos keluarannya kepada mesin yang berkapasiti tinggi. Mesin pemprosesan sedia ada kadar output hariannya lebih rendah dan menyebabkan sukar untuk memenuhi permintaan pasaran. Cik Ilmuna perlu membuat keputusan yang bijak dalam merancang strategi pembelian mesin tersebut kerana ia boleh mempengaruhi perancangan kewangan perniagaan. Beliau tidak pasti untuk membuat pinjaman bank atau pajakan untuk memiliki mesin pemprosesan tersebut.
Pada tahun 2023, perniagaan sos perapan Muna D'Licious telah berkembang maju dan dikenali di seluruh Malaysia. Pendapatan beliau juga telah meningkat. Cik Ilmuna amat mengharapkan agar kerajaan memberikan sokongan dan galakan kepada pengusaha kecil-kecilan seperti beliau untuk terus kukuh dalam menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.
Jawab soalan-soalan di bawah:
a
Terangkan saiz perniagaan Muna D'Licious.
2 marks
b
Jelaskan sebab-sebab sesebuah perniagaan perkongsian terpaksa dibubarkan.
4 marks
c(i)
Nyatakan kawasan manakah di dalam Keluk Titik Pulang Modal I&S D'Licious mengalami situasi kerugian.
1 marks
c(ii)
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh I&S D'Licious bagi mengatasi situasi tersebut?
3 marks
d
Jelaskan kelebihan menjadi usahawan kepada Cik Ilmuna dan ahli keluarga beliau.
3 marks
e
Syorkan kepada Cik Ilmuna sumber pembiayaan manakah yang sesuai digunakan oleh Muna D'Licious dalam menyelesaikan masalah menukar mesin pemprosesan lama untuk meningkatkan output keluaran hariannya.
4 marks
f
Antara skim bantuan dan galakan yang boleh dihulurkan oleh kerajaan kepada para peniaga adalah melalui Pelepasan Cukai. Bagaimanakah pelepasan cukai yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dapat memberi manfaat kepada perniagaan Cik Ilmuna?
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open