Gambar 1 menunjukkan perbualan antara Encik Danesh dengan Encik Taufik.
a
Berikan dua jenis bentuk pemilikan perniagaan yang dicadangkan oleh Encik Taufik.
2 marks
b
Nyatakan dua aspek untuk menentukan klasifikasi perniagaan tersebut.
2 marks
Gambar 2 merupakan sebuah organisasi perniagaan.
c(i)
Apakah saiz dan skala perniagaan di atas?
2 marks
c(ii)
Nyatakan empat kelebihan perniagaan yang bersaiz di 1(c)(i).
4 marks
210 marks
Berikut merupakan perbualan antara dua orang suri rumah tangga di sebuah pasar raya.
> **Pn Aini:** Keseluruhan harga barang di pasar raya ini telah meningkat.
>
> **Pn Siti:** Bukan pasar raya ini sahaja, pasar raya di seluruh negara Malaysia juga sama. Harga barang telah meningkat secara berterusan sejak tahun lepas.
a(i)
Apakah masalah ekonomi tersebut?
2 marks
a(ii)
Nyatakan 2 dasar yang digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi di 2(a)(i) dan jelaskan dasar tersebut.
4 marks
a(iii)
Terangkan kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan berdasarkan trend dalam Gambar 3 tersebut.
4 marks
310 marks
a
Gambar 4 berkaitan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.
**Gambar 4** (carta aliran, dari atas ke bawah):
1. Mula
2. **A**
3. **B**
4. **C**
5. Pembiayaan diluluskan
Jelaskan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan bagi A, B dan C.
6 marks
Jelaskan sumber pembiayaan berikut:
b(i)
Sewa beli
2 marks
b(ii)
Pemfaktoran
2 marks
410 marks
a
Nyatakan empat faktor penyumbang yang boleh membantu seorang usahawan berjaya dalam perniagaan yang bakal diceburinya.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Haiqal seorang usahawan muda.
> Haiqal telah menceburi dalam bidang penyediaan makanan dengan membuka sebuah restoran selama 5 tahun. Restorannya beroperasi setiap hari dan terletak bersebelahan dengan Pasar Raya Mulia di bandar Kuala Terengganu dan mempunyai pekerja seramai 10 orang.
b(i)
Mengapakah beliau memilih lokasi tersebut?
3 marks
b(ii)
Nyatakan kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat.
3 marks
510 marks
a
Gambar berikut menunjukkan dua jenis aset perniagaan.
Berdasarkan gambar di atas, huraikan prosedur menguruskan sumber fizikal tersebut.
4 marks
b
Huraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi perniagaan.
6 marks
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pembiayaan.
> Zaleha mengambil keputusan memulakan perniagaan jahitan baju pengantin secara kecil-kecilan. Beliau memerlukan modal tetapi tidak bercadang untuk membuat pinjaman daripada agensi kerajaan ataupun bank.
a(i)
Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Zaleha? Kemukakan alasan.
4 marks
a(ii)
Jelaskan kekuatan sumber pembiayaan di 6(a).
3 marks
b
Jelaskan kelebihan overdraf dalam membantu peniaga meluaskan perniagaan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan penetapan objektif sebuah perniagaan.
> Arshad merupakan pemilik AH Katering mensasarkan:
>
> i. Perniagaannya menjadi pilihan utama penduduk di daerah Kuantan
>
> ii. Dapat menyediakan makanan dan perkhidmatan terbaik dengan harga yang kompetitif dengan lebih nilai, berkhidmat dengan penuh semangat, komitmen dan profesional.
>
> iii. Dapat mencapai jumlah jualan tahunan RM200 000
a
Anda berpendapat Arshad telah menetapkan objektif perniagaan yang baik. Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan yang telah dipenuhi oleh Arshad.
8 marks
b
Jelaskan kesan sekiranya AH Katering gagal mencapai matlamat dan objektif penubuhannya.
7 marks
815 marks
a
Datin Seri Atiqah bercadang ingin membuka butik dalam talian dengan menggunakan media sosial.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan media sosial dalam menjalankan sesebuah perniagaan?
8 marks
b
Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan adalah latihan.
Jelaskan kepentingan latihan kepada usahawan.
7 marks
915 marks
Petikan dari keratan akhbar berikut berkaitan dengan pendaftaran perniagaan.
> **29 Mei 2017 3.00 AM**
>
> **Melaka 28 Mei – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.**
>
> **Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata langkah berkenaan yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.**
a
Pada pendapat anda, apakah faedah kepada peniaga dan pengguna berikutan arahan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas?
8 marks
b
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah pendaftaran perniagaan mereka diluluskan oleh suruhanjaya berkenaan.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
**‘Jatuh bangun’ usahawan LPizz Pizza**
> Pengarah urusan MFZ Maju Bersatu Sendirian Berhad, Encik Feroz Zainal yang berusia 45 tahun memulakan perniagaan dari peringkat bawah dan berhadapan dengan pelbagai cabaran sebelum layak diiktiraf antara usahawan prafrancaisor dan pembekal produk piza yang berjaya di negara. Beliau merupakan seorang graduan Diploma Pengurusan Hotel dan pernah bekerja sebagai chef selama 20 tahun di merata-rata tempat seluruh dunia untuk menimba pengalaman dalam bidang masakan.
>
> Pada tahun 1997, beliau pulang ke tanah air dan memilih untuk membuka perniagaan dengan memasak dan menjual roti bom dan acar serta lain-lain makanan yang tahan lama. Beliau menggunakan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi mengumpulkan modal kira-kira RM22 000 sebagai modal permulaan. Pada mulanya, beliau menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dan kemudian membuka sebuah restoran pada tahun 2009 di Kuala Kubu Bharu yang menjual makanan panas, nasi ayam, mi udang dan bihun sup. Perniagaan restoran ini dijalankan dengan meminjam tapak dan lesen perniagaan orang lain. Pada mulanya perniagaan restorannya berjalan dengan biak, namun kemudian mengalami kemerosotan apabila pemilik tapak mengambil alih semula tapaknya itu. Justeru, beliau memikirkan strategi lain. Beliau mengubah konsep perniagaan dan selepas menghadapi pelbagai cabaran yang ditempuhnya itu, akhirnya membuka MFZ Maju Bersatu Sendirian Berhad pada tahun 2012.
>
> Syarikat baharu beliau itu membuat dan membekalkan produk berasaskan piza. Produk tersebut adalah hasil gabungan idea dan kerjasama antara Encik Feroz dengan rakan-rakannya. Beliau sedar bahawa menjalankan perniagaan melalui pasukan lebih memudahkan pelaksanaan kerja. Berkat kesungguhan dan keazaman Encik Feroz bersama rakan-rakan lain, LPizz Pizza sekarang dikenali antara usahawan prafrancaisor di bawah Program Transformasi Perniagaan (BIT) yang dikendalikan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Biarpun pada mulanya LPizz Pizza hanya dikenali di perniagaan pasar malam, pendapatan tahunan mampu mencecah hampir RM600 000. Kini, Encik Feroz mempunyai 15 orang rakan niaga di samping rangkaian di seluruh negara antaranya di Kedah, Perak dan Pahang. Beliau juga merancang meluaskan pengendalian operasi menerusi penggunaan kenderaan mudah alih bagi menjual piza dengan menyasarkan 10 sebuah kenderaan berkenaan tahun ini. LPizz Pizza berusaha menembusi pasaran Indonesia tahun ini selepas selesai proses perundingan dan kajian pasaran untuk jenama berkenaan di negara itu.
>
> *(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada ruangan Bisnes, Berita Harian, 8 Februari 2016: ‘Jatuh bangun’ usahawan LPizz Pizza oleh Nurhayati Abllah)*
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan **dua** kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Mohd Feroz.
4 marks
b
Jelaskan sumber pembiayaan perniagaan yang digunakan oleh Encik Mohd Feroz untuk memulakan perniagaan.
4 marks
c
Jelaskan kekuatan diri usahawan yang dimiliki oleh Encik Mohd Feroz.
12 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open