Melaka Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Melaka Trial 2023 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Melaka Trial Ujian Diagnostik · 2023
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
Maklumat berikut berkaitan seorang pengusaha kilang.
> Puan Maziah adalah seorang pengusaha kilang kerepek di Umbai, Melaka. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang diedarkan melalui para pemborong ke seluruh negeri Melaka. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Secara purata, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750 000.
a(i)
Nyatakan klasifikasi perniagaan Puan Maziah mengikut saiz, skala dan sektor.
3 marks
a(ii)
Nyatakan **empat** kelebihan perniagaan saiz ini.
4 marks
Jelaskan aspek kerangka perundangan berikut bagi perniagaan Pn Maziah:
b(i)
Pekerjaan
1 marks
b(ii)
Perlindungan pengguna
1 marks
b(iii)
Pengiklanan
1 marks
210 marks
a
Berikan maksud visi dalam sesebuah organisasi perniagaan.
1 marks
b
Senaraikan ciri-ciri objektif mengikut konsep **SMART**.
5 marks
Gambar berikut menunjukkan dua organisasi perniagaan yang mempunyai objektif yang berbeza:
c(i)
Nyatakan perbezaan antara **Organisasi A** dengan **Organisasi B** mengikut aspek yang berikut:
Tujuan penubuhan
2 marks
c(ii)
Aktiviti yang dijalankan
2 marks
310 marks
a
Senaraikan **empat** aspek penting yang digambarkan dalam carta organisasi.
4 marks
b
Nyatakan **tiga** peranan pengurusan kewangan dalam organisasi perniagaan.
3 marks
Lengkapkan gambarajah berikut dengan proses pembelian barang yang betul:
Gambarajah (aliran proses mengikut anak panah):
1. Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan
2. **(i)** ____________
3. Menerima sebut harga daripada para pembekal
4. **(iii)** ____________
5. Membuat pesanan belian
6. **(ii)** ____________
c(i)
Kotak (i)
1 marks
c(ii)
Kotak (ii)
1 marks
c(iii)
Kotak (iii)
1 marks
410 marks
a
Nyatakan **empat** peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
4 marks
b(i)
Berikan definisi kebolehkerjaan.
2 marks
b(ii)
Gambar berikut menunjukkan satu iklan jawatan kosong.
> **JAWATAN KOSONG**
>
> MASTIKA SDN BHD
> No. 2, Jalan Baiduri
> 43000 Kajang, Selangor
>
> Kami ingin menawarkan jawatan:
> **PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)**
>
> Kelayakan:
>
> - Lelaki atau perempuan
> - Memiliki Diploma dalam bidang pengurusan atau teknologi maklumat
> - Mahir komputer dan perisian komputer
> - 2 tahun pengalaman
> - Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (berdepan dengan pelanggan)
> - Boleh bekerja dalam tekanan
>
> *Calon yang berminat sila e-mail resume kepada [email protected]*
Kenal pasti **dua** kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang memohon jawatan tersebut dan jelaskan kebolehkerjaan tersebut.
4 marks
510 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Lina dan Lana.
> Lina dan Lana ingin memulakan perniagaan 'dropship' secara atas talian. Mereka ingin menjalankan perniagaan menjual tudung dan skarf. Lina dan Lana bersetuju untuk berkongsi dalam menyumbangkan modal sebanyak RM2,000 daripada simpanan peribadi masing-masing.
a
Terangkan **dua** sumber fizikal yang terlibat dalam perniagaan tersebut.
4 marks
b
Jelaskan sumber pembiayaan yang terlibat.
2 marks
c
Terangkan **dua** kelebihan jenis pembiayaan di atas.
4 marks
610 marks
a
Nyatakan dokumen perniagaan yang perlu disimpan.
3 marks
b
Terangkan dokumen perniagaan di 6(a).
3 marks
Lengkapkan Penyata Aliran Tunai di bawah.
**XYZ Sdn Bhd**
**Penyata Aliran Tunai bagi dua bulan berakhir 31 Disember 2017**
| Butiran | November (RM) | Disember (RM) |
|---|---:|---:|
| Baki b/b | 15,400 | **D** |
| **PENERIMAAN** | | |
| Modal | 30,000 | |
| Jualan tunai | 25,600 | 35,000 |
| Jumlah penerimaan | 55,600 | 35,000 |
| **PEMBAYARAN** | | |
| Belian tunai | 1,740 | 2,560 |
| Bayaran kepada pemiutang | 9,950 | 8,320 |
| Jumlah pembayaran | **A** | 10,880 |
| Lebihan/(kurangan) | **B** | 24,120 |
| Baki h/b | **C** | 83,430 |
Kirakan:
c(i)
**A**
1 marks
c(ii)
**B**
1 marks
c(iii)
**C**
1 marks
c(iv)
**D**
1 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Pernyataan berikut berkaitan satu masalah dalam ekonomi.
> Satu fenomena kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
a(i)
Apakah masalah tersebut?
1 marks
a(ii)
Terangkan **tiga** peranan kerajaan bagi menangani masalah di 7(a)(i).
6 marks
b
Gambar berikut menunjukkan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Hi-Tech Motor Berhad.
Terangkan proses kawalan yang dilaksanakan oleh Encik Aaron, pengurus pengeluaran untuk memastikan keluaran syarikat mematuhi piawaian yang ditetapkan.
8 marks
815 marks
a(i)
Berikan maksud titik pulang modal (TPM).
1 marks
a(ii)
Jelaskan tujuan penggunaan titik pulang modal (TPM).
2 marks
a(iii)
Rajah berikut menunjukkan graf pengeluaran sebuah perniagaan.
Jelaskan yang berikut:
a. garisan X
b. garisan Y
c. H~1~
d. Q~1~
e. Titik S~1~
5 marks
Maklumat yang berikut berkaitan dengan nisbah kecekapan Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.
| Nisbah Kecekapan | 2015 | 2016 |
|---|---|---|
| Nisbah pusing ganti stok | 4.0 kali | 6.5 kali |
| Nisbah pusing ganti aset | 5.5 kali | 4.0 kali |
b(i)
Jelaskan nisbah kecekapan.
2 marks
b(ii)
Berikan komen tentang nisbah kecekapan Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.
5 marks
915 marks
Encik Musa ingin membuka sebuah kedai runcit dan ingin mendaftarkan perniagaan sebagai 'Kedai Runcit Musa'.
a(i)
Di bawah akta manakah Encik Musa mendaftarkan perniagaannya?
1 marks
a(ii)
Terangkan prosedur pendaftaran perniagaan kepada Encik Musa.
6 marks
b
Encik Samad merancang untuk memulakan perniagaan mencuci kenderaan. Terangkan **empat** kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada Encik Samad.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
> Syarikat Fiesta merupakan sebuah syarikat yang menjual jus buah-buahan. Ketua Eksekutif iaitu Encik Ramli merupakan seorang pengurus yang kreatif dan berpandangan jauh. Beliau seorang yang berwawasan untuk memajukan perniagaan dengan menyediakan perancangan strategik untuk memperbagaikan keluaran produk jus. Beliau telah mencipta pelbagai jenis jus serta memperkenalkan jus khusus untuk kesihatan.
>
> Encik Sulaiman merupakan pengurus pengeluaran, beliau akan menguruskan bahagian pengeluaran agar mencapai keluaran yang telah disasarkan pada setiap bulan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Encik Kelvin merupakan pengurus pemasaran Syarikat Fiesta, beliau telah memberi latihan kepada jurujualnya untuk menjual produk di pasar raya. Beliau telah menyewa kaunter jualan di pasar raya utama di Malaysia.
>
> Encik Kelvin telah melancarkan promosi jualan dan mengadakan demonstrasi di kaunter jualannya untuk meningkatkan jualan. Dua orang jurujualnya akan menunjukkan cara penyediaan dan memberikan sampel minuman kepada orang ramai untuk mencubanya. Jumlah jualan telah meningkat kerana adanya promosi jualan dan mengadakan demonstrasi sepanjang tahun. Beliau bercadang menambahkan bilangan kaunter jualan ke beberapa pasar raya besar di seluruh negara. Oleh yang demikian, beliau telah menyediakan penambahan keperluan bilangan jurujual kepada pengurus jabatan sumber manusia iaitu Puan Murni. Puan Murni telah mengiklankan jawatan kosong Syarikat Fiesta di surat khabar. Bagi mereka yang berminat, Puan Murni telah mengaturkan sesi temu duga untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi kekosongan jawatan jurujual di Syarikat Fiesta.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.
a
Lakarkan struktur organisasi yang sesuai bagi Syarikat Fiesta. *(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — jawatan dan nama dalam setiap kotak, kotak di peringkat atas dan di peringkat bawah, serta siapa melapor kepada siapa.)*
6 marks
b
Jelaskan spesifikasi tugas bagi setiap jawatan di Syarikat Fiesta.
6 marks
c
Terangkan jenis sumber pengrekrutan yang digunakan oleh Puan Murni.
2 marks
d
Jelaskan **tiga** kelebihan dan tiga kelemahan sumber pengrekrutan di 10(c).
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open