Maklumat berkaitan seorang usahawan di Baling, Kedah.
> Encik Zamzuri merupakan pengusaha jem rambutan berjenama ‘Moktan’. Produknya telah mendapat sambutan hangat di seluruh negara. Beliau berhasrat untuk meluaskan pasarannya ke negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu beliau memerlukan bantuan untuk mempromosikan produknya.
b(i)
Jelaskan agensi kerajaan yang dapat membantu Encik Zamzuri.
4 marks
b(ii)
Jelaskan strategi produk yang perlu dilaksanakan oleh Encik Zamzuri.
3 marks
210 marks
a
Jelaskan faktor yang membolehkan perniagaan berdaya saing dalam industri.
4 marks
b
Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti di bahagian fungsian pengeluaran.
Terangkan jenis kawalan yang terlibat dalam proses di atas.
6 marks
310 marks
a
Gambar 2 menunjukkan iklan jawatan kosong.
Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh calon untuk mendapatkan jawatan tersebut.
6 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Puan Nazira merupakan pemilik sebuah restoran di Sungai Petani. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank Teguh Berhad. Perniagaannya sering menghadapi masalah kekurangan tunai untuk membayar pembekal dengan kadar segera.
b
Jelaskan jenis sumber pembiayaan yang sesuai digunakan.
4 marks
410 marks
Dialog berikut adalah perbualan di antara Puan Asmah pemilik perniagaan keropok gunting dengan rakannya Puan Asyikin.
> **Puan Asyikin:** Asmah, bagaimana perniagaan keropok gunting awak sekarang?
>
> **Puan Asmah:** Tempahan yang diterima banyak, cuma ruang operasi kedai saya terhad. Saya berhasrat untuk memperbesarkan kedai tetapi modal pula tidak mencukupi.
>
> **Puan Asyikin:** Ada caranya Asmah. Awak boleh memohon pinjaman daripada bank tetapi perlulah mematuhi prosedur yang ditetapkan.
a
Jelaskan prosedur tersebut.
5 marks
b
Mengapakah rancangan perniagaan penting kepada peniaga?
5 marks
510 marks
a
Rajah 1 menunjukkan trend jualan produk makanan kesihatan.
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan trend tersebut.
6 marks
Maklumat berikut berkaitan satu fenomena dari aspek ekonomi.
b(i)
Apakah fenomena tersebut?
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi fenomena tersebut?
3 marks
610 marks
a
Jelaskan faktor lokasi sebagai penyumbang dalam memulakan perniagaan.
4 marks
b
Gambar 3 menunjukkan logo dua jenis organisasi.
Bezakan **X** dan **Y**.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> HijabKu Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluar pelbagai jenis tudung muslimah. Sempena Hari Kemerdekaan syarikat telah mengeluarkan koleksi tudung ‘Srikandi’. Koleksi ini telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai di seluruh Malaysia.
>
> Baru-baru ini pihak pengurusan mendapati terdapat rekaan tudung daripada syarikat lain yang mempunyai persamaan dengan koleksi tudung ‘Srikandi’. Hasil siasatan mendapati tiga orang pekerjanya tidak bertanggungjawab kerana telah menyebarkan rekaan tudung ‘Srikandi’. Sehubungan itu, syarikat akan mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut. Salah seorang pengurus mencadangkan agar ketiga-tiga pekerja tersebut diberhentikan.
>
> Syarikat kini sedang mengambil langkah untuk melindungi semua koleksi rekaan tudung HijabKu Sendirian Berhad. Ini bagi memastikan keaslian penghasilan rekaan tudung terpelihara.
a
Terangkan kelebihan pemilikan perniagaan di atas.
4 marks
b
Jelaskan implikasi sekiranya syarikat menerima cadangan pengurus tersebut.
6 marks
c
Cadangkan prosedur mengurus koleksi rekaan tudung syarikat tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Rizal.
> Encik Rizal merupakan seorang pesara tentera. Berbekalkan wang imbuhan persaraannya beliau telah menceburi aktiviti tanaman sayuran. Hasil tanaman dipasarkan terus kepada pelanggan dalam keadaan segar. Setelah tiga tahun beroperasi, Encik Rizal telah berjaya mencatatkan jualan sehingga RM500 000 setahun. Beliau juga mempunyai pekerja seramai 30 orang untuk membantu di bahagian operasi dan pemasaran. Sejak kebelakangan ini, berlaku lambakan bekalan sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian akibat kerosakan sayuran. Oleh itu Encik Rizal perlu memikirkan saluran agihan yang lebih berkesan untuk digunakan.
a
Terangkan klasifikasi perniagaan Encik Rizal.
4 marks
b
Bagaimanakah peluang kerjaya Encik Rizal memberi kelebihan kepada dirinya?
5 marks
c
Cadangkan penambahbaikan saluran agihan tersebut. Kemukakan alasan anda.
Tafsirkan kedudukan kewangan berdasarkan pulangan atas modal.
6 marks
b
Jelaskan kepentingan penyata kewangan.
4 marks
c
Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh peniaga untuk menarik pelabur pada tahun 2023.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan De Jelapang Sendirian Berhad merupakan sebuah perniagaan percetakan buku yang ditubuhkan oleh Encik Hamdan pada tahun 2017. Perniagaan ini beroperasi di Alor Setar, Kedah dengan menggunakan tenaga kerja seramai 45 orang. Sepanjang enam tahun beroperasi perniagaan telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.
Baru-baru ini perniagaan De Jelapang telah menerima tempahan sebanyak 20 000 buah buku daripada Syarikat Berjaya Sendirian Berhad. Tempahan tersebut perlu disiapkan dalam tempoh sebulan. Justeru itu, pengurus operasi Encik Aiman telah memberikan notis untuk membekukan cuti kepada semua pekerja di bahagiannya. Malah semua pekerja juga diarahkan bekerja lebih masa untuk menyiapkan tempahan dengan kadar segera. Encik Razif sebagai pengurus sumber manusia tidak bersetuju dengan tindakan Encik Aiman. Beliau berpendapat perniagaan sepatutnya menambah bilangan pekerja seiring dengan pertambahan bebanan kerja.
Pertambahan tempahan dari semasa ke semasa menyebabkan syarikat memerlukan bekalan kertas yang tinggi. Namun syarikat terhimpit dengan masalah kenaikan harga kertas yang berlaku secara berterusan. Pengurus pembelian sedang membuat pertimbangan untuk membeli 320 kotak kertas putih dan kertas warna. Oleh itu, beliau perlu memilih pembekal yang terbaik sebagai langkah penjimatan kos. Berikut merupakan maklumat sebut harga yang diterima daripada dua buah pembekal:
| Butiran | Bestari Enterprise | Cakna Enterprise |
|---|---|---|
| Harga kertas putih 70 gsm | RM45 sekotak | RM52 sekotak |
| Harga kertas warna 80 gsm | RM65 sekotak | RM74 sekotak |
| Diskaun niaga | 15% | 20% |
| Kos Angkutan | - | Angkutan dibayar |
| Kaedah bayaran | Tunai | Kredit |
Bagi mengatasi masalah kenaikan harga kertas, pihak pengurusan bercadang untuk mempelbagaikan produk cetakan lain. Antara produk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Namun begitu, pihak pengurusan masih mempertimbangkan cadangan tersebut memandangkan pelbagai aspek perlu diambil kira.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Mengapakah keuntungan penting kepada De Jelapang Sendirian Berhad?
4 marks
b
Jelaskan gaya pengurusan Encik Aiman.
4 marks
c
Pembekal manakah yang patut dipilih oleh pengurus pembelian? Beri alasan anda.
4 marks
d
Anda tidak bersetuju dengan pendapat Encik Razif. Jelaskan.
4 marks
e
Sekiranya pihak pengurusan bersetuju dengan cadangan tersebut, jelaskan aspek yang perlu diambil kira.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open