Gambar 1 menunjukkan sebuah sektor perniagaan di Malaysia.
Huraikan sektor perniagaan di atas.
6 marks
b
Jelaskan kelebihan usaha sama.
4 marks
210 marks
a
Jelaskan kesan inflasi kepada usahawan.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.
> **Pasaran Saham Terus Menurun**
>
> KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia meneruskan trend menurun yang diurusniaga semalam dan dibuka rendah pagi ini kerana keadaan pasaran masih dipengaruhi oleh perkembangan terkini politik semasa dalam negara dan ini menyebabkan pelabur menjauhi pasaran.
>
> (Sumber: Diubahsuai http://www.hmetro.com.my 22 November 2022)
Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi perubahan trend perniagaan tersebut.
6 marks
310 marks
a
Gambar 2 menunjukkan produk keluaran di Malaysia.
Jelaskan saluran agihan yang sesuai bagi produk tersebut.
4 marks
Jelaskan struktur organisasi perniagaan berikut:
b(i)
Struktur organisasi berdasarkan produk
3 marks
b(ii)
Struktur organisasi berdasarkan pelanggan
3 marks
410 marks
a
Terangkan jenis-jenis sumber teknologi.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
> Puan Maimunah mengusahakan sebuah restoran selera Pantai Timur di Kota Bharu. Beliau memerlukan sebuah van bagi memudahkan urusan pembelian bahan mentah dan penghantaran makanan. Beliau tidak mampu membeli van secara tunai tetapi boleh membayar ansuran secara bulanan.
b(i)
Apakah jenis pembiayaan yang sesuai di atas?
1 marks
b(ii)
Jelaskan kelebihan di b(i).
5 marks
510 marks
Jelaskan kepentingan penyata kewangan kepada
a(i)
Pihak pengurusan
2 marks
a(ii)
Vendor/ pembekal
2 marks
b
Berikut perbualan antara Encik Siva dan Encik Raju.
> **Encik Siva:** Sejak kebelakangan ini, saya dapati prestasi kerja kamu merosot. Adakah kamu mempunyai masalah?
>
> **Encik Raju:** Saya tidak mahir dalam bidang pengkomputeran dan memerlukan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tertangguh.
>
> **Encik Siva:** Saya akan menghantar kamu mengikuti latihan untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang IT.
Mengapakah Encik Siva berpendapat sedemikian?
6 marks
610 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga Kedai Elektrik Hann sepanjang bulan Julai 2023.
| Tarikh Urus Niaga | Butiran Urus Niaga |
|---|---|
| 5 Julai 2023 | Membeli barang niaga secara kredit sebanyak RM10000. |
| 25 Julai 2023 | Mengeluarkan wang tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi sebanyak RM200. |
Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga tersebut.
4 marks
b
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat penghantaran ekspres.
> Max Ekspress Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat penghantaran ekspres berdasarkan e-teknologi moden yang terkemuka. Pada bulan lepas, sebilangan besar pekerjanya mogok berikutan peningkatan bebanan kerja dan ketidakpuasan hati mengenai sistem pemberian gaji yang tidak setimpal. Ramai pekerja berhenti dan bekerja di syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Pengurus Sumber Manusia telah diarah oleh Pengurus Besar supaya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Baru-baru ini syarikat telah mendapat aduan daripada pelanggan menyatakan pekerja lambat menghantar bungkusan dan bungkusan hilang. Masalah ini berpunca daripada sikap pekerja yang datang lewat dan tidak bertanggungjawab.
a
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan di atas.
5 marks
b
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil oleh Pengurus Sumber Manusia? Kemukakan alasan anda.
5 marks
c
Cadangkan cara mengatasi masalah pekerja tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Encik Teoh dan Encik Kamal telah mengusahakan Perniagaan Durian Musang King. Setiap tahun buah durian di kebunnya dieksport ke Singapura dan Brunei dengan pakej harga yang dipersetujui. Namun begitu, sejak tiga bulan yang lepas pengimport buah durian dari negara tersebut menganggap pakej harga yang ditawarkan lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh pengeksport negara Thailand. Encik Teoh mencadangkan agar harga pakej durian diturunkan tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Kamal.
a
Jelaskan skala perniagaan tersebut.
3 marks
b
Pada pendapat anda, mengapa Encik Kamal tidak bersetuju dengan cadangan tersebut?
6 marks
c
Cadangkan penambahbaikan strategi harga yang lebih berkesan bagi meningkatkan jualan.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Megah Berhad.
| Butiran | 2021 (RM) | 2022 (RM) |
|---|---|---|
| Kos Jualan | 60 000 | 40 000 |
| Untung bersih | 45 000 | 25 000 |
| Modal awal | 150 000 | 100 000 |
| Stok purata | 15 000 | 12 000 |
Baru-baru ini, Syarikat Megah Berhad telah menerima aduan berkenaan pengurusan stok yang kurang cekap. Oleh itu, syarikat mencadangkan satu bahagian fungsian diwujudkan.
a(i)
Hitungkan kadar pusing ganti stok pada tahun 2022.
2 marks
a(ii)
Tafsirkan kecekapan Syarikat Megah Berhad berdasarkan di (a)(i).
5 marks
b
Bagaimana Syarikat Megah Berhad dapat mengurus stok dengan baik?
4 marks
c
Cadangkan bahagian fungsian yang perlu diwujudkan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Laris Food Sendirian Berhad yang diasaskan oleh En. Haris merupakan sebuah syarikat pengeluar daging burger yang beroperasi di Pengkalan Chepa Kelantan. Syarikat ini mengusahakan pengeluaran daging burger berjenama Laris. Perniagaan daging burger Laris mula dikenali di seluruh negeri Kelantan berikutan langkah promosi yang berkesan oleh bahagian pemasaran. Permintaan daripada peniaga dan pelanggan semakin meningkat kerana produk keluarannya berkualiti dan diyakini halal. Berikut merupakan trend pengeluaran tahunan daging burger dari tahun 2017 hingga 2022.
| Tahun | Nilai Pengeluaran Tahunan (RM) |
|---|---|
| 2017 | 400 000 |
| 2018 | 450 000 |
| 2019 | 510 000 |
| 2020 | 520 000 |
| 2021 | 570 000 |
| 2022 | 600 000 |
Pada awal tahun 2022, dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat telah mencadangkan agar syarikat mengembangkan jenama perniagaan dengan menjalankan satu bentuk perniagaan lain dengan melantik peniaga-peniaga di seluruh Malaysia. Peniaga yang berminat perlu mendapatkan hak kebenaran untuk menggunakan jenama Laris daripada En. Haris.
Sejak kebelakangan ini sering berlaku kecurian beberapa alat telekomunikasi di premis kilangnya. Bahagian Keselamatan telah diarah untuk memperketatkan kawalan keselamatan. Encik Haris berpendapat langkah tersebut tidak mencukupi bagi mengelak peristiwa tersebut berulang. Beliau meminta agar pihak pengurusan perlu mengambil langkah-langkah lain untuk mengatasi masalah tersebut.
Baru-baru ini juga seorang pengurus pemasaran telah bersara. Bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut, Pengurus Sumber Manusia mencadangkan agar pekerja dari luar dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, En. Haris tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau lebih suka melantik kakitangan sedia ada di syarikat tersebut bagi menjawat jawatan tersebut.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a(i)
Apakah trend perniagaan Laris Food Sendirian Berhad? Berikan alasan anda.
3 marks
a(ii)
Selain faktor pengeluaran, jelaskan faktor dalaman lain yang mempengaruhi trend di (i).
4 marks
b
Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan lain kepada En. Haris.
4 marks
c
Jelaskan langkah-langkah lain yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
4 marks
d
Pada pendapat anda, mengapa Encik Haris tidak bersetuju dengan cadangan tersebut?
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open