Gambar 1 menunjukkan dua syarikat yang telah menjalankan perniagaan bersama.
a
Mengapakah kedua-dua syarikat tersebut memilih jenis pemilikan di atas?
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan perniagaan Encik Rahman.
> Pada tahun 1982, Encik Rahman telah mengusahakan kebun kelapa sawit di atas tanah seluas 11 hektar dengan 5 orang pekerja.
>
> Pada tahun 1992, beliau telah menceburkan diri dalam bidang pembuatan minyak masak dengan pekerja seramai 150 orang.
>
> Pada tahun 2015, perniagaan ini telah menghasilkan sebanyak 100 000 botol minyak sawit sebulan dengan 500 orang pekerja tetap dan jumlah jualan tahunan RM100 juta setahun. Kesedaran pengguna atas penjagaan kesihatan menyebabkan permintaan minyak kelapa sawit meningkat sehingga ke peringkat antarabangsa.
b(i)
Jelaskan saiz perniagaan yang dimiliki oleh Encik Rahman pada tahun 2015.
3 marks
b(ii)
Apakah cabaran saiz perniagaan di b (i)?
3 marks
210 marks
a
Gambar 2 menunjukkan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Terangkan **dua** peranan kerajaan pusat dalam membantu perniagaan dari aspek perundangan.
4 marks
b
Pihak Berkuasa Tempatan berperanan menangani isu tempatan, memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna serta sesuai dengan keadaan masyarakat setempat.
Nyatakan peranan lain yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
2 marks
c
Situasi di bawah telah menyebabkan berlakunya pengangguran di sesebuah negara.
- Keadaan ekonomi meleset menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan dan tidak mampu membayar gaji pekerja.
- Perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja.
Kenal pasti **dua** jenis pengangguran tersebut dan bagaimanakah cara pihak kerajaan mengatasinya.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan maksud visi dalam sesebuah perniagaan.
2 marks
b
Nyatakan **empat** tumpuan pertubuhan sukarela dalam perniagaan.
4 marks
Gambar 3 menunjukkan dua organisasi perniagaan yang mempunyai objektif yang berbeza.
c(i)
Terangkan perbezaan antara Organisasi A dan Organisasi B mengikut aspek berikut:
Aktiviti
2 marks
c(ii)
Sumber kewangan
2 marks
410 marks
a
Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Pasti Beres Sdn. Bhd.
- Syarikat Pasti Beres Sdn. Bhd. sentiasa menggalakkan pekerjanya menyumbangkan idea untuk kemajuan syarikat.
- Encik Malican telah dibuang kerja kerana pecah amanah.
- Honda Malaysia Berhad mengamalkan konsep KAIZEN dan ZERO DEFECT dalam pengurusan syarikat.
Nyatakan **tiga** peranan pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan situasi-situasi di atas.
3 marks
b
Cadangkan **tiga** jenis sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi perniagaan sebuah kedai menjual telefon pintar.
3 marks
c
Gambar 4 menunjukkan sumber yang wujud dalam sesebuah perniagaan.
Terangkan prosedur pengurusan sumber-sumber fizikal di atas.
4 marks
510 marks
a
Jelaskan sumber pembiayaan luaran pemfaktoran.
3 marks
b
Gambar 5 menunjukkan logo sebuah institusi kewangan.
Jelaskan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan daripada institusi kewangan dalam Gambar 5.
4 marks
c
Senaraikan **tiga** kelebihan seorang usahawan kepada masyarakat.
3 marks
610 marks
a
> *Penyata aliran tunai juga dikenali sebagai penyata aliran dana yang melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat atau perniagaan.*
Nyatakan **tiga** kepentingan penyata aliran tunai kepada sesebuah perniagaan.
3 marks
b
Terangkan **dua** faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan untuk memulakan perniagaannya.
4 marks
c
Maklumat di bawah berkaitan dengan Perusahaan Wak Jono Tempe.
> Perusahaan Wak Jono Tempe baharu sahaja melancarkan tempe berperisa keju di pasaran. Mereka mensasarkan pasaran sekitar Muar dan Batu Pahat, Johor sebagai permulaan. Selain menjual secara fizikal, mereka juga menerima tempahan secara dalam talian.
Huraikan **satu** kaedah promosi yang sesuai untuk situasi di atas.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Yahya, seorang pengusaha kilang keropok.
> Encik Yahya ialah seorang pengusaha kilang keropok di Sungai Baru, Perlis. Beliau menubuhkan kilang ini sejak tahun 1995 atas pinjaman wang daripada saudara-mara dan wang simpanan peribadi. Kilang beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui pemborong. Dengan ini, keropok keluaran kilangnya dapat dijual di pelbagai kawasan dalam negeri Perlis bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang ramai.
>
> Demi melancarkan proses pengeluaran, beliau telah menggaji 18 orang pekerja tetap yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan mesin di kilangnya. Pada penghujung tahun 2023, hasil jualan tahunan yang diperoleh adalah sebanyak RM750 000.
Klasifikasikan pemilikan perniagaan tersebut berdasarkan saiz, skala dan sektor perniagaan.
6 marks
b
Jelaskan **dua** faktor yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan.
4 marks
c
Nyatakan **lima** kesan kegagalan mencapai matlamat perniagaan.
5 marks
815 marks
a
Nyatakan kepentingan interaksi dengan organisasi luar.
3 marks
b
Gambar 6 menunjukkan kegiatan di sebuah kilang menghasilkan coklat.
Huraikan hubungan dan interaksi bahagian fungsian di kilang coklat tersebut dengan pihak luar.
6 marks
c
Terangkan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada usahawan.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut adalah diperolehi daripada Syarikat Zass Kosmetik Sdn Bhd.
| BUTIRAN | 2022 (RM) | 2023 (RM) |
|---|---|---|
| Kos jualan | 80000 | 60000 |
| Aset semasa | 75000 | 50000 |
| Liabiliti semasa | 30000 | 25000 |
| Stok purata | 18000 | 15000 |
a(i)
Hitungkan Nisbah Kecekapan bagi Syarikat Zass Kosmetik Sdn Bhd pada tahun 2022 dan 2023.
4 marks
a(ii)
Pada tahun manakah Syarikat Zass Sdn Bhd cekap menguruskan aset? Berikan alasan anda.
5 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Basikal Anda Enterprise.
**Basikal Anda Enterprise**
**Penyata X pada 31 Disember 2022**
| Butiran | 2022 (RM) | (RM) |
|---|---|---|
| **Aset bukan semasa** | | |
| Kenderaan | | 57000 |
| **Aset semasa** | | |
| Stok akhir | 10000 | |
| Tunai | 82000 | 92000 |
| | | **149000** |
| **Ekuiti Pemilik** | | |
| Modal awal | | 80000 |
| Tambah: Untung bersih | | 22000 |
| **Liabiliti Bukan Semasa** | | |
| Pinjaman Bank | | 47000 |
| | | **149000** |
Apakah nama penyata tersebut? Kenal pasti **lima** kepentingan penyata X kepada usahawan.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Baca dengan teliti kes di bawah.
> JEM Enterprise adalah perniagaan milik Encik Jemakun, yang telah memulakan perniagaan makanan sejuk beku pada tahun 2022 di Jejawi, Perlis. Beliau telah mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM10,000 dari simpanan peribadinya untuk tujuan tersebut. Antara makanan sejuk beku yang diusahakan ialah karipap dan pau. Sambutan yang diterima terhadap produk-produk beliau amatlah menggalakkan. Jika pada awalnya dia hanya menumpukan kepada pasaran sekitar Perlis, kini produk keluaran JEM Enterprise kini boleh didapati di utara Kedah. Perkembangan positif ini mendorong Encik Jemakun bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan milikan tunggalnya itu.
>
> Potensi JEM Enterprise yang besar telah mendorong seorang sahabat lamanya, Encik Jaki untuk menemui dan berbincang dengan Encik Jemakun dengan tujuan untuk berkongsi modal dan sumber untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Encik Jaki sanggup menyumbangkan separuh dari modal untuk tujuan itu tetapi dia tidak mahu terlibat dengan pengurusan perniagaan. Setelah beberapa kali berbincang, akhirnya Encik Jemakun bersetuju dengan cadangan Encik Jaki dan setuju menubuhkan perkongsian dengan Encik Jaki serta menukar nama perniagaan menjadi Perusahaan JEM & JAKI. Mereka juga telah bersetuju untuk menambah beberapa lagi produk seperti donat, bombolini dan churros. Ini memandangkan trend terkini yang menyaksikan perubahan citarasa pengguna yang semakin berminat terhadap pastri berbanding dengan kuih muih tradisional.
>
> Tambahan modal dari Encik Jaki telah digunakan untuk membesarkan premis perniagaan dan juga menambah jumlah pekerja tetap dan pekerja sambilan. Walau bagaimanapun, ia tidak cukup untuk menampung keperluan membeli beberapa jenis mesin yang terlibat dengan pengeluaran makanan sejuk mereka. Oleh itu, mereka bercadang untuk memohon pembiayaan dari pihak bank untuk tujuan itu. Namun, jangka hayat mesin yang hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja menjadikan ianya tidak sesuai untuk diperolehi dengan kaedah pembiayaan sewa beli.
>
> Berikut adalah dua institusi yang menawarkan pembiayaan kepada Perusahaan JEM & JAKI.
| | BANK A | BANK B |
|---|---|---|
| Jumlah pinjaman | RM50,000 | RM60,000 |
| Tempoh masa | 5 tahun | 4 tahun |
| Kadar faedah | 3% | 2.5% |
| Cagaran | Tidak diperlukan | Perlu |
> Pekerja-pekerja mereka juga dipastikan agar kekal setia dan sentiasa bermotivasi melalui sistem penggajian yang sesuai. Ini memandangkan kesukaran untuk mencari pekerja yang berkemahiran. Dalam pada itu, Perusahaan JEM & JAKI juga telah berjaya untuk menggajikan seorang chef pastri berpengalaman yang dahulunya bekerja dengan salah satu pesaing mereka. Pengrekrutan chef ini, walaupun melibatkan pertambahan kos, diharapkan mampu menambah baik kualiti makanan sejuk beku mereka dan seterusnya memacu perkembangan ke peringkat seterusnya.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a
Terangkan mengapakah Encik Jemakun bersetuju dengan cadangan Encik Jaki.
4 marks
b
Apakah peranan Encik Jaki dalam perkongsian tersebut?
2 marks
c
Kenal pasti faktor dalaman dan luaran yang telah membawa perubahan kepada perniagaan mereka.
4 marks
d
Cadangkan jenis pembiayaan yang sesuai untuk mesin-mesin yang akan mereka perlukan.
3 marks
e
Manakah institusi kewangan yang sesuai dipilih oleh Perusahaan JEM & JAKI? Berikan justifikasi anda.
3 marks
f
Cadangkan **dua** faktor penentuan penggajian yang perlu diaplikasikan oleh Perusahaan JEM & JAKI.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open