Jelaskan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi.
5 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.
| Produk | Jumlah Jualan Tahunan | Bilangan Pekerja Tetap |
|---|---|---|
| Sos Keju Pedas | RM1 200 000 | 15 orang |
b(i)
Apakah saiz perniagaan tersebut?
1 marks
b(ii)
Terangkan kelebihan saiz perniagaan di (b)(i) kepada peniaga.
4 marks
210 marks
a
Jelaskan peranan kerajaan dalam perlindungan pengguna.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Kek Tapak Kuda Elena menyasarkan pengeluaran kek pelbagai perisa sebanyak 100,000 unit bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh Malaysia pada tahun 2024. Dengan sumber yang ada, Elena yakin untuk mencapai sasaran tersebut kerana jualannya meningkat sebanyak 15% berbanding tahun 2022.
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan bagi perniagaan tersebut.
6 marks
310 marks
a
Jelaskan peranan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan.
4 marks
Rajah 1 menunjukkan aliran barang dan perkhidmatan bagi Perusahaan Keropok Lekor Waniey di Shah Alam Selangor.
Rajah 1 (carta aliran, ikut arah anak panah):
1. Penerimaan pesanan daripada pengguna (Bahagian fungsian jualan) →
2. Jadual pengeluaran yang dipersetujui (Bahagian fungsian Jualan dan bahagian fungsian pengeluaran) →
3. Pesanan bahan mentah (Bahagian fungsian pembelian) →
4. **X** →
5. Pengeluaran item barang dan pengedaran (Bahagian pengeluaran dan bahagian fungsian pengagihan) →
6. **Y**
b(i)
Apakah bahagian fungsian yang terlibat di X dan Y?
1 marks
b(ii)
Jelaskan proses kerja bahagian fungsian di 3 (b) (i) di X dan Y.
5 marks
410 marks
a
Situasi berikut berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah perniagaan.
> Puan Hanini merupakan pemilik Firma Perakaunan Hani Jaya Associates. Beliau menempatkan pekerjanya di ruang kerja yang dilengkapi dengan komputer yang mengandungi perisian perakaunan terkini. Setiap pekerja dibayar gaji mengikut pengalaman dan kelayakan masing-masing.
Terangkan aspek tersebut.
6 marks
b
Gambar 1 berkaitan dengan sumber teknologi sebuah perniagaan.
Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi tersebut.
4 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan perniagaan.
> Encik Bazli, seorang usahawan muda yang bercita-cita tinggi, telah memulakan perniagaannya dengan modal yang dikumpul sejak zaman sekolah. Melalui usaha dan kerja keras, beliau berjaya mengembangkan perniagaannya. Hasil keuntungan yang diperoleh digunakan sebagai modal pusingan untuk memastikan perniagaannya terus berkembang dan beroperasi dengan lancar.
Terangkan sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Bazli.
4 marks
b
Terangkan pihak-pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan.
6 marks
610 marks
a
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
4 marks
b
Gambar 2 berkaitan dokumen perniagaan yang digunakan oleh Butik Selawa.
Gambar 2:
> **BUTIK SELAWA**
> Lot 321 Taman Melur
> Kampong Delek Kanan
> 8100 Klang
>
> Tarikh : 21 Mei 2024
> Perkara : Pemilik mengambil 5 helai pakaian bernilai RM200.00 untuk kegunaan peribadi.
>
> *Selawa* (tandatangan)
> Pengurus besar
Jelaskan tujuan dokumen perniagaan tersebut.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Syarikat Baja Ezi merupakan pengeluar baja tempatan berjenama Ezi Grow yang beroperasi di Sabak Bernam, Selangor. Syarikat mengeluarkan baja untuk tanaman padi dan sayur-sayuran. Rajah berikut merupakan kos dalam pengeluaran syarikat.
a(i)
Jelaskan S?
3 marks
a(ii)
Jelaskan prestasi syarikat jika pengeluaran baja adalah 600 unit.
3 marks
b
Bagaimanakah faktor dalaman mempengaruhi prestasi di 7 (a) (ii)?
4 marks
c
Dari aspek pembangunan pasaran baharu, jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh syarikat tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.
> Encik Thirukumar mempunyai sebuah perniagaan yang menjual pelbagai jenis buku dan alat tulis. Perniagaan beliau telah beroperasi sejak 14 tahun yang lalu di Seksyen 20 Shah Alam. Beliau mempunyai tujuh orang pekerja tetap dan jumlah jualan tahunan adalah sebanyak RM500 000. Beliau bercadang mengubah suai kedai bagi menampung stok yang banyak. Beliau terpaksa mempertimbangkan sama ada mahu menggunakan wang simpanan sebanyak RM50 000 atau memohon pinjaman bank. Beberapa bulan kebelakangan ini, berlaku kes kecurian di kedai yang menyebabkan kerugian yang banyak.
a
Terangkan klasifikasi perniagaan tersebut.
4 marks
b
Cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Thirukumar. Kemukakan alasan anda.
6 marks
c
Jelaskan prosedur pengurusan sumber fizikal yang perlu dilakukan oleh Encik Thirukumar.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Kiambang Berhad.
> Kiambang Berhad merupakan peruncit besar-besaran yang mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri di Malaysia. Syarikat mempunyai seramai 500 orang pekerja. Oleh kerana persaingan yang sengit dalam mendapatkan pekerja, pihak syarikat telah memberikan pelbagai kemudahan bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga. Syarikat sentiasa menggalakkan pekerja bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai sasaran.
>
> Jarak yang jauh menyukarkan untuk pihak atasan mengunjungi cawangan-cawangan dengan kerap. Oleh itu, pihak pengurusan menggunakan emel sebagai cara berkomunikasi rasmi bagi memudahkan keputusan dibuat.
>
> Walaupun pasaran perniagaan berkembang baik, pihak pengurusan bimbang sekiranya prestasi perniagaan mengalami kemerosotan berbanding pesaing terdekat mereka iaitu Prospek Juta Berhad. Berikut merupakan sebahagian maklumat yang diperoleh bagi dua syarikat tersebut:
| | Kiambang Berhad | Prospek Juta Berhad |
|---|---|---|
| Jualan Bersih | RM100 juta | RM160 juta |
| Untung Bersih | RM40 juta | RM60 juta |
a
Jelaskan peranan lain yang perlu dilakukan oleh pengurusan sumber manusia Kiambang Berhad.
5 marks
b
Sejauhmanakah penggunaan emel dapat mengintegrasikan bahagian fungsian pentadbiran dengan bahagian fungsian lain di Kiambang Berhad.
5 marks
c
Jelaskan prestasi Kiambang Berhad berbanding Prospek Juta Bhd., menggunakan nisbah keuntungan.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Fadhzil seorang pesara guru ingin membuka sebuah kawasan perkhemahan untuk tujuan ekopelancongan (*eco-tourism*). Beliau memiliki sebidang tanah seluas 4 ekar di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Beliau telah mendaftarkan perniagaannya dengan nama *Camping Paradise*. Berbekalkan wang persaraan sebanyak RM40 000, Encik Fadhzil memulakan langkah awal untuk membina sepuluh tapak perkhemahan yang menarik sebelum dibuka kepada orang ramai.
Sepanjang dua tahun beroperasi, *Camping Paradise* telah menarik perhatian ramai pengunjung di sekitar negeri Selangor. Perniagaan yang berkembang membolehkan *Camping Paradise* membina lebih banyak tapak perkhemahan baharu. Di samping itu, *Camping Paradise* bercadang untuk membina dua buah kolam mandi bagi memenuhi permintaan pelanggan. Anggaran kos ialah sebanyak RM240 000. Namun begitu *Camping Paradise* mempunyai masalah kekurangan modal dan bercadang untuk mendapatkan pembiayaan dari pihak bank. Pihak bank memerlukan penyata kewangan untuk tujuan tersebut.
Berikut adalah sebahagian daripada maklumat daripada kunci kira-kira *Camping Paradise*.
| Butiran | RM | Butiran | RM |
|---|---|---|---|
| Aset Bukan Semasa | 150 000 | Ekuiti Pemilik | 180 000 |
| Aset Semasa | 55 000 | Liabiliti Semasa | 30 000 |
Setelah meneliti penyata kewangan *Camping Paradise*, pihak bank telah bersetuju menawarkan pakej pembiayaan kepada Encik Fadhzil. Pakej pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
| ASPEK PINJAMAN | PAKEJ U–PINJAM | PAKEJ U–JAMIN |
|---|---|---|
| PEMBIAYAAN | Sehingga RM250 000 | Sehingga RM150 000 |
| TEMPOH BAYARAN | 10 tahun | 5 tahun |
| KADAR FAEDAH SETAHUN | 3.5% | 5.5% |
| CAGARAN | Perlu | Tidak perlu |
| JAMINAN | Tiada | Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC) |
Encik Maniam, seorang jurulatih sukan lasak berminat untuk menyertai perniagaan Encik Fadhzil. Beliau bersetuju untuk menyumbang modal sebanyak RM100 000. Beliau mencadangkan kepada Encik Fadhzil supaya menukar nama perniagaan yang sedia ada kepada Outdoor Paradise Sdn. Bhd. (OPSB). Encik Fadhzil perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan mematuhi akta penubuhan perniagaan yang baharu.
Pada bulan Disember lalu, berlaku banjir dan tanah runtuh di sebahagian tapak perkhemahan yang secara langsung mengurangkan jumlah pengunjung. Walaupun Encik Fadhzil telah mengambil tindakan segera dengan membaiki semua kemudahan yang ada tetapi masih terdapat video dan komen negatif yang tular di laman sosial memaparkan keadaan buruk tapak perkhemahan. Pihak pengurusan OPSB perlu menangani masalah tersebut sebelum menjadi bertambah serius.
a
Jelaskan langkah yang dilakukan oleh Encik Fadhzil sebelum memulakan perniagaan.
3 marks
b
Hitungkan nisbah semasa bagi Camping Paradise.
3 marks
c
Pilih pakej pembiayaan yang sesuai bagi Encik Fadhzil. Berikan alasan anda.
5 marks
d
Apakah akta penubuhan perniagaan tersebut? Jelaskan.
3 marks
e
Jelaskan strategi promosi yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open