Mengapakah keuntungan penting kepada perniagaan di atas?
4 marks
a(ii)
Jelaskan prosedur pendaftaran yang perlu dipatuhi oleh perniagaan di 1(a)(i).
3 marks
b
Maklumat berikut berkaitan petikan perlindungan pengguna.
> KUALA LUMPUR - Kerajaan memperhalusi segala undang-undang yang memberikan perlindungan kepada pengguna termasuk 'lemon laws' yang digunapakai di negara maju. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, 'lemon laws' dilaksanakan di Amerika Syarikat untuk melindungi pembeli yang berdepan kerosakan kenderaan yang tidak boleh dibaiki atau punca kerosakan yang tidak diketahui. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerima sebanyak 1,126 aduan berkenaan pembelian kereta baru dan terpakai antara Januari hingga Ogos lalu.
>
> (Sumber: Diubahsuai http:sinarharian.com.my, 30 Ogos 2022)
Jelaskan tujuan kerajaan menggubal undang-undang tersebut.
3 marks
210 marks
Rajah 1 menunjukkan grid pengurusan sebuah perniagaan.
a(i)
Apakah gaya pengurusan **X**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan gaya pengurusan di 2(a)(i).
4 marks
b
Jelaskan tatacara pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian.
5 marks
310 marks
a
Gambar 2 berkaitan dengan sumber teknologi bagi sebuah perniagaan.
Mengapakah sumber tersebut perlu diurus dengan baik?
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
> Puan Nora menjalankan perniagaan sate sejuk beku. Beliau mengeluarkan cek bernilai RM 20 000 untuk menjelaskan hutang kepada pembekal daripada akaun semasa perniagaan yang hanya berbaki RM 15 000.
Jelaskan kelebihan pembiayaan yang digunakan oleh Puan Nora.
4 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan Syarikat Cocoa Delight Sdn. Bhd.
- Menetapkan sasaran pengeluaran minuman *cocoa oat* sebanyak 100 000 unit setiap bulan.
- Menduduki tempat ketiga tertinggi dalam jualan minuman berkhasiat di negeri Kedah untuk tempoh lima tahun.
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan tersebut.
6 marks
b
Dialog berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam sebuah perniagaan.
Jelaskan peranan Encik Zul.
4 marks
510 marks
a
Jelaskan nisbah untung.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen perniagaan.
| Tarikh | Butiran |
|---|---|
| 05 Ogos 2024 | Menerima dokumen **X** daripada pihak bank |
| 23 Ogos 2024 | Membeli alat tulis di Kedai Buku Maju dan menerima dokumen **Y** |
Jelaskan dokumen **X** dan **Y**.
6 marks
610 marks
a
Rajah 2 menunjukkan kelebihan menjadi usahawan.
**Rajah 2:** Kelebihan
- Diri
- Keluarga
- Masyarakat
- **X**
Jelaskan **X**.
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan tanggungjawab seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan.
> Cik Sufiah menjalankan perniagaan Kedai Roti Sufi di Baling, Kedah. Beliau telah mempamerkan papan tanda perniagaannya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Baling.
Jelaskan tanggungjawab lain yang perlu dipatuhi oleh Cik Sufiah.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
MF Digital Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat menjual dan membaiki komputer yang beroperasi di Alor Setar, Kedah. Perniagaan ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dengan mempunyai tiga buah cawangan. Graf berikut menunjukkan trend perniagaan MF Digital Sdn. Bhd. dalam tempoh empat tahun.
Pemilik perniagaan mengambil perhatian serius terhadap trend semasa tersebut. Sebagai langkah permulaan, pemilik memutuskan untuk menjalinkan perkongsian strategik dengan Syarikat Digital International Berhad dari Singapura. Hasil perbincangan awal, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan kerjasama tersebut. Sejak kebelakangan ini, perniagaan telah menerima aduan daripada beberapa orang pelanggan tentang jurujual yang kurang pengetahuan mengenai spesifikasi komputer. Selain itu terdapat juga komputer yang masih rosak walaupun telah dibaiki.
a
Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi trend perniagaan MF Digital Sdn. Bhd.
5 marks
b
Jelaskan kelebihan keputusan pemilik MF Digital Sdn. Bhd.
5 marks
c
Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh pemilik MF Digital Sdn. Bhd. untuk menangani masalah pekerjanya.
5 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kek & Pastri Nona Manis.
Puan Ramona merupakan pemilik kedai Kek & Pastri Nona Manis di Sungai Petani, Kedah. Perniagaan ini menghasilkan pelbagai jenis kek dan pastri yang memenuhi citarasa pelanggan masa kini. Tempahan kek dan pastri yang semakin meningkat menyebabkan beliau perlu menambahkan bahan mentah perniagaannya. Berikut adalah senarai harga bahan mentah terkini dari pembekal.
| Butiran | Harga (RM) Julai | Harga (RM) Ogos | Harga (RM) September |
|---|---|---|---|
| Tepung gandum (kg) | 3.15 | 3.30 | 3.50 |
| Gula (kg) | 2.85 | 2.95 | 3.00 |
| Telur gred A (papan) | 13.50 | 13.60 | 13.80 |
| Mentega (kg) | 15.30 | 16.50 | 17.20 |
Melihat kepada situasi harga tersebut, beliau bimbang keuntungan perniagaannya akan terjejas. Hasil perbincangan, Puan Aini sebagai pengurus kewangan mencadangkan agar harga jualan dinaikkan. Namun, Encik Halim sebagai pengurus pemasaran tidak bersetuju dan mencadangkan agar perniagaan menumpukan kepada strategi produk dan promosi. Setelah Puan Ramona mempertimbangkan kedua-dua cadangan tersebut, beliau memilih untuk menerima cadangan Puan Aini.
a
Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Puan Ramona.
4 marks
b
Bagaimanakah cadangan Encik Halim dapat membantu perniagaan Puan Ramona?
6 marks
c
Jelaskan implikasi keputusan Puan Ramona kepada perniagaan.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pasaran barangan sukan.
Mega Sukan Enterprise merupakan sebuah perniagaan menjual pelbagai barangan sukan untuk pasaran tempatan. Perniagaan ini dimiliki oleh Puan Jamilah sebagai pengurus besar.
Dalam satu mesyuarat, Puan Jamilah telah meminta pengurus kewangan membentangkan laporan kewangan. Namun begitu Puan Jamilah tidak berpuas hati kerana analisis penyata kewangan tidak disediakan. Walau bagaimanapun, Puan Jamilah berpuas hati dengan laporan pengurus pemasaran tentang syer pasaran seperti berikut:
| Nama perniagaan | Syer Pasaran |
|---|---|
| Mega Sukan Enterprise | 45% |
| Teguh Sport Enterprise | 35% |
| Cergas Enterprise | 20% |
Tonggak kejayaan Mega Sukan Enterprise terletak kepada kekuatan yang dimiliki oleh Puan Jamilah. Beliau bijak dalam membuat keputusan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan semua pihak dalam organisasi.
a
Mengapakah Puan Jamilah tidak berpuas hati apabila analisis penyata kewangan tidak disediakan?
6 marks
b
Jelaskan syer pasaran perniagaan Mega Sukan Enterprise.
5 marks
c
Anda berpendapat Puan Jamilah mempunyai kekuatan sebagai seorang usahawan. Berikan alasan anda.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Perniagaan Butik Pengantin Inai Jejari merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki oleh dua orang sahabat Cik Izurin dan Cik Nabila. Perniagaan ini beroperasi sejak tahun 2014 di Taman Seri Indah Sungai Petani, Kedah. Perniagaan ini menawarkan pelbagai pakej perkahwinan termasuk andaman pengantin, sewaan baju pengantin dan dekorasi pelamin.
Perniagaan Butik Pengantin Inai Jejari memiliki 10 orang pekerja yang telah bekerja sejak perniagaan mula beroperasi. Kesetiaan mereka disebabkan oleh persekitaran kerja yang positif dan harmoni.
Hasil kerja yang sentiasa memenuhi citarasa pelanggan menyebabkan butik menerima tempahan yang tinggi. Bagi mengembangkan perniagaan ini, Cik Izurin mencadangkan kepada Cik Nabila agar mereka mengikuti latihan yang dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Cik Nabila bersetuju dengan cadangan sahabatnya dan tertarik dengan kursus berikut:
Baru-baru ini, Cik Izurin telah menyemak Penyata Aliran Tunai Butik Pengantin Inai Jejari yang disediakan oleh Cik Nabila selaku pengurus kewangan. Beliau terkejut kerana berlaku kurangan aliran tunai untuk tiga bulan berturut-turut. Berikut adalah penyata aliran tunai tersebut:
**Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan berakhir 30 Jun 2024**
| Butiran | April (RM) | Mei (RM) | Jun (RM) |
|---|---:|---:|---:|
| Baki awal | 10 600 | 2 420 | (8 010) |
| Jualan | 22 700 | 23 200 | 24 540 |
| Penerimaan daripada Penghutang | 3 800 | 2 500 | 2 370 |
| **Jumlah penerimaan** | **26 500** | **25 700** | **26 910** |
| Gaji | 23 000 | 23 000 | 23 000 |
| Belian | 8 300 | 9 700 | 10 800 |
| Belanja utiliti | 480 | 530 | 620 |
| Sewa | 2 900 | 2 900 | 2 900 |
| **Jumlah pembayaran** | **X** | **36 130** | **37 320** |
| Lebihan / kurangan | (8 180) | **Y** | (10 410) |
| Baki h/b | 2 420 | (8 010) | **Z** |
Keadaan ini menyebabkan terjadinya perselisihan faham antara mereka. Cik Izurin menuduh Cik Nabila tidak mengurus kewangan secara bijak hingga berlakunya pembaziran perbelanjaan. Hubungan mereka mula menjadi renggang dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Huraikan sektor perniagaan yang diceburi oleh Cik Izurin dan Cik Nabila.
3 marks
b
Mengapakah kursus tersebut penting kepada Cik Nabila dan Cik Izurin?
5 marks
c(i)
Hitungkan nilai **X**, **Y** dan **Z**.
3 marks
c(ii)
Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh Cik Izurin untuk membaiki aliran tunai perniagaannya.
5 marks
d
Pada pendapat anda wajarkah perniagaan tersebut diteruskan?
Beri alasan anda.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open