Jelaskan perkembangan sektor perniagaan bagi tempoh berikut:
b(i)
Selepas merdeka
2 marks
b(ii)
Era 1990-an
2 marks
210 marks
Jadual berikut menunjukkan harga beras di Malaysia pada tahun 2023.
| Bulan Mac | Bulan Jun | Bulan September |
|---|---|---|
| RM26.00 | RM28.00 | RM44.00 |
a(i)
Terangkan situasi berdasarkan perubahan harga tersebut.
2 marks
a(ii)
Jelaskan langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menangani situasi di 2(a)(i).
4 marks
b
Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.
4 marks
310 marks
a
Rajah berikut menunjukkan dua jenis organisasi.
Terangkan perbezaan matlamat kedua-dua buah organisasi tersebut.
4 marks
b
Maklumat berikut menunjukkan peranan sebuah bahagian fungsian.
> Encik Ilyas merupakan seorang pengurus di bahagian fungsian pembelian di sebuah kilang barangan plastik. Beliau telah menerima tempahan daripada pengurus jualan kilang tersebut. Oleh itu, Encik Ilyas perlu mendapatkan stok bahan mentah daripada pembekal bagi memenuhi tempahan tersebut.
Jelaskan tatacara pembelian yang perlu dipatuhi oleh Encik Ilyas bagi mendapatkan stok daripada pembekal.
6 marks
410 marks
a
Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan sumber manusia bagi memastikan kesetiaan pekerja.
6 marks
b
Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi yang digunakan dalam sesebuah perniagaan.
4 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.
> Puan Siti bercadang ingin memulakan perniagaan menjual kerepek tetapi menghadapi masalah kekurangan modal. Beliau telah mengambil keputusan menggunakan barang kemasnya untuk mendapatkan pinjaman yang patuh syariah. Hal ini kerana beliau banyak simpanan barang kemas.
Jelaskan jenis pembiayaan tersebut.
6 marks
b
Terangkan dua pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan.
4 marks
610 marks
a
Jelaskan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
4 marks
b
Mengapakah sesebuah organisasi perniagaan perlu menyediakan sebuah rancangan perniagaan?
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan En Adam.
> En Adam merupakan seorang usahawan yang membekalkan pelbagai jenis ikan air tawar di beberapa kawasan di Johor, Melaka dan Selangor. Secara keseluruhannya, perniagaan beliau mempunyai 90 orang pekerja tetap dan memperoleh jumlah jualan tahunan sebanyak RM 16 juta.
>
> En Adam telah mendapat tawaran bagi membekalkan ikan segar di sebuah restoran terkenal yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia. Bagi menampung permintaan tersebut, beliau bercadang membentuk satu perkongsian strategik bersama rakan lama beliau. Bagi tujuan tersebut, beliau telah mewujudkan jawatan baru iaitu pengurus operasi. En Adam telah membuat keputusan untuk melantik pekerja yang berpengalaman dari bahagian operasi bagi mengisi jawatan tersebut.
a
Huraikan saiz dan skala perniagaan En Adam.
4 marks
b
Mengapakah En Adam mencadangkan perkara tersebut?
5 marks
c
Wajarkah En Adam membuat keputusan tersebut? Kemukakan alasan anda.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan En Nazrul.
> Perniagaan Nanas Sedap (PNS) merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki oleh En Nazrul yang beroperasi di daerah Batu Pahat. PNS banyak mengeluarkan pelbagai jenis keluaran berasaskan nanas di pasaran.
>
> Pihak pengurusan PNS telah mengambil inisiatif dengan membeli satu sistem baru pengurusan data perniagaan bagi menggantikan sistem lama yang menggunakan penyimpanan data secara manual. Inisiatif ini merupakan satu cadangan yang telah dikemukakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada En Nazrul semasa Bengkel Latihan Usahawan tempoh hari.
a
Jelaskan kelebihan En Nazrul sebagai usahawan kepada masyarakat.
4 marks
b
Mengapakah pihak pengurusan PNS mengambil inisiatif tersebut?
6 marks
c
Sebagai seorang usahawan, bengkel seperti itu dapat memberi kesan positif terhadap diri dan perniagaan anda. Jelaskan.
5 marks
915 marks
Maklumat di bawah berkaitan Syarikat Alam Biru Sdn Bhd.
> Syarikat Alam Biru Sdn Bhd merupakan syarikat diasaskan melalui Program Usahawan Prosper Automotif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). PUNB telah membantu Syarikat Alam Biru Sdn Bhd melalui pelbagai latihan, bantuan pembiayaan dan khidmat nasihat keusahawanan. Kedudukan perniagaan berhampiran kawasan perindustrian, perumahan dan pusat pengajian tinggi UTHM telah membantu syarikat mengembangkan lagi potensi perniagaan. Pesaing berhampiran dengan Syarikat Alam Biru Sdn Bhd adalah Kejuteraan Automotif Aliran Mekar yang juga menyediakan perkhidmatan pusat servis kenderaan dan alat ganti kenderaan di Parit Raja Batu Pahat, Johor.
>
> Berikut perbandingan analisis nisbah asas bagi Syarikat Alam Biru Sdn Bhd dan Kejuteraan Automotif Aliran Mekar.
| Nisbah | Syarikat Alam Biru Sdn Bhd | Kejuteraan Automotif Aliran Mekar |
|---|---|---|
| Nisbah Semasa | ? | 16 : 1 |
| Pulangan atas modal | 27.3% | 22.1% |
| Liabiliti Semasa | RM 50,000 | RM40,000 |
| Aset Semasa | RM 700,000 | RM640,000 |
| Margin Untung Bersih | 8.4% | 6.7% |
a
Hitungkan nisbah semasa bagi Syarikat Alam Biru Sdn Bhd. Syarikat manakah yang mempunyai keupayaan menjelaskan hutang jangka pendek yang lebih baik.
4 marks
b
Sebagai seorang pelabur, syarikat manakah yang menjadikan pilihan anda untuk melabur modal perniagaan. Kemukakan alasan anda.
5 marks
c
Huraikan faktor penyumbang Syarikat Alam Biru Sdn Bhd untuk memulakan perniagaan.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Mas Lina merupakan seorang usahawan yang telah menubuhkan Syarikat Super Store Lina Maju Enterprise pada Januari 2017 dengan modal permulaan daripada duit simpanan RM80,000. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan runcit dan borong bagi barangan keperluan harian pengguna. Lokasi perniagaan beliau amat strategik kerana berdekatan dengan kawasan taman perumahan di sekitar Bandar Batu Pahat serta senang untuk dihubungi kerana banyak jaringan kemudahan infrastruktur. Pada awal perniagaannya, segala urusan perniagaan diuruskannya sendiri dan dibantu oleh 2 orang ahli keluarga. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak mampu menjalankan tugas pengurusan dengan baik. Namun kini, syarikat telah mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 6 orang dan pekerja sambilan seramai 2 orang. Maklumat berikut adalah berkaitan data jualan 6 tahun bagi syarikat mengikut tahun:
| Tahun | RM |
|---|---|
| 2017 | 390,000 |
| 2018 | 410,000 |
| 2019 | 380,000 |
| 2020 | 350,000 |
| 2021 | 330,000 |
| 2022 | 345,000 |
Pihak Syarikat telah menetapkan sasaran jualan pada tahun 2023 ialah sebanyak RM 450,000 dan peningkatan keuntungan setiap tahun sebanyak 15%. Namun sasaran jualan syarikat masih tidak mencapai sasaran dan objektifnya. Beberapa tahun kebelakangan ini, Puan Mas Lina mendapati jumlah hasil jualan perniagaannya mulai merosot kerana tidak mampu bersaing dengan beberapa pasaraya besar lain yang baru dibuka berhampirannya. Keadaan ini mula bertambah teruk kesan akibat serangan Covid dan tekanan masalah ekonomi yang menyebabkan kos-kos perniagaan mulai melambung. Aliran tunai syarikat mulai merosot dan syarikat tidak mampu menanggung kos-kos dalam perniagaan. Manakala 2 orang pekerjanya terpaksa diberhentikan. Pihak Syarikat telah melakukan pelbagai promosi bagi meningkatkan jualan namun masih kurang berkesan dan tidak memberikan impak yang positif dalam perkembangan perniagaan dan masih kurang mendapatkan sambutan. Kini, Puan Mas Lina telah merancang satu strategik bagi memulihkan kembali prestasi operasi perniagaanya dan ianya memerlukan modal tambahan dengan anggaran RM100,000. Namun, modal simpanan peribadi dan rezab RM50,000 yang ada masih tidak mencukupi. Beliau bercadang untuk mendapatkan pembiayaan TEKUN. Sumber pembiayaan yang bakal diterima nanti akan digunakan untuk membaik pulih pasaranya dari segi tambahan ruang niaga, stok barang, imej dan penjenamaan semula bagi menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan pelbagai insentif dan ganjaran serta melaksanakan promosi secara intensif dan berkesan. Beliau berharap perniagaanya nanti akan berkembang dan mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan klasifikasi perniagaan Syarikat Super Store Lina Maju Enterprise.
3 marks
b
Huraikan jenis pembiayaan dalaman dan luaran yang sesuai untuk perniagaan tersebut.
4 marks
c
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan Syarikat Super Store Lina Maju Enterprise.
6 marks
d
Keadaan ekonomi tersebut telah menyebabkan Syarikat Super Store Lina Maju Enterprise gagal mencapai matlamat perniagaan. Jelaskan kesannya.
4 marks
e
Cadangkan kaedah pengiklanan yang lebih berkesan kepada Puan Mas Lina.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open