Maklumat di bawah berkaitan En. Ahmad.
> En. Ahmad telah membuka sebuah kedai runcit dengan menggunakan duit simpanannya. Beliau menguruskan perniagaannya dengan bantuan ahli keluarganya sejak ditubuhkan empat tahun lalu.
a(i)
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan yang diusahakan oleh En. Ahmad.
Jelaskan faktor yang membolehkan perniagaan berdaya saing dalam industri.
4 marks
b
Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti di bahagian fungsian pengeluaran.
Terangkan jenis kawalan yang terlibat dalam proses di atas.
6 marks
310 marks
a
Gambar 2 menunjukkan iklan jawatan kosong.
Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh calon untuk mendapatkan jawatan tersebut.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
> Puan Nazira merupakan pemilik sebuah restoran di Sungai Petani. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank Teguh Berhad. Perniagaannya sering menghadapi masalah kekurangan tunai untuk membayar pembekal dengan kadar segera.
Jelaskan jenis sumber pembiayaan yang sesuai digunakan.
4 marks
410 marks
a
Terangkan maksud Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP).
2 marks
b
Gambar 2 berkaitan pengurusan sumber sebuah organisasi perniagaan yang mampan.
Bagaimanakah organisasi perniagaan tersebut menguruskan sumber manusia bagi mengekalkan prestasi sedia ada?
4 marks
c
Gambar 3 dan 4 menunjukkan sumber yang digunakan dalam sebuah perniagaan.
Bezakan kedua-dua sumber tersebut.
4 marks
510 marks
a
Apakah maksud penyata kewangan?
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan akta yang perlu dipatuhi oleh usahawan yang ingin memulakan perniagaan.
> **Akta Pendaftaran Perniagaan 1956**
Terangkan **dua** akta yang berkaitan penubuhan sesebuah entiti perniagaan selain dari akta tersebut.
4 marks
Gambar 3 menunjukkan sejenis aset perniagaan.
c(i)
Tentukan jenis pembiayaan yang sesuai bagi membeli aset di atas.
1 marks
c(ii)
Jelaskan kelebihan menggunakan kaedah pembiayaan tersebut.
3 marks
610 marks
a
Nyatakan **dua** dokumen perniagaan yang perlu disimpan.
2 marks
b
Jelaskan jenis-jenis stok untuk memulakan perniagaan.
4 marks
Jadual di bawah menunjukkan maklumat kewangan Syarikat Sinar Sdn. Bhd.
| Butiran | 2018 (RM) | 2019 (RM) |
|---|---:|---:|
| Kos jualan | 80 000 | 60 000 |
| Aset semasa | 75 000 | 50 000 |
| Liabiliti semasa | 30 000 | 25 000 |
| Stok purata | 18 000 | 15 000 |
c(i)
Hitungkan nisbah kecekapan bagi kedua-dua tahun tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Bina Mewah Sdn Bhd dan Super Engineering Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama strategik sebagai satu bentuk perniagaan lain. Kerjasama tersebut adalah untuk membina sebuah taman teknologi di Bertam Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun lagi. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membentuk BWS Technology bagi merealisasikan projek ini.
>
> Pihak pengurusan BWS Technology telah menetapkan objektif bersama bagi membolehkan projek ini selesai mengikut tempohnya seperti carta gantt berikut:
| AKTIVITI | Jan – Jun 2024 | Julai – Dis 2024 | Jan – Jun 2025 | Julai – Dis 2025 |
|---|:---:|:---:|:---:|:---:|
| Proses undang-undang/ pengambilan tanah | √ | | | |
| Penyediaan Tapak | √ | √ | | |
| Pembinaan bangunan/ infrastruktur | | √ | √ | √ |
| Kerja-kerja akhir | | | | √ |
> Walau bagaimanapun, projek ini mengalami masalah dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Bekalan buruh asing sukar diperolehi kerana undang-undang baharu yang dikenakan oleh kerajaan serta kos yang lebih tinggi. Cuaca yang tidak menentu serta banjir yang sering melanda tapak projek juga menyumbang kepada kegagalan perniagaan mencapai objektifnya.
a(i)
Kenal pasti bentuk perniagaan lain tersebut.
1 marks
a(ii)
Mengapakah bentuk perniagaan lain di 7(a)(i) dipilih?
5 marks
b
Jelaskan ciri objektif (SMART) berkaitan jangka masa dalam perniagaan BWS Technology.
4 marks
c
Bagaimanakah faktor dalaman dan luaran perniagaan mempengaruhi perubahan objektif perniagaan tersebut?
Jelaskan kegunaan penyata di 8(a) kepada pihak yang berkepentingan dalam perniagaan.
4 marks
d
Tafsirkan maklumat prestasi kewangan yang terdapat dalam penyata di atas.
5 marks
915 marks
Maklumat di bawah ini diperoleh daripada 2 buah syarikat dalam industri yang sama.
| Butiran Aset/ Liabiliti | Syarikat Arjuna Bhd (RM) | Syarikat Helly Bhd (RM) |
|---|---:|---:|
| Tunai di bank | 1 200 | 1 500 |
| Penghutang | 500 | 400 |
| Stok | 100 | 100 |
| Pemiutang | 2 000 | 1 500 |
a
Hitungkan nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat tersebut.
4 marks
Situasi di bawah berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
> Fatin merupakan anak tunggal kepada seorang usahawan berjaya iaitu Pn Umairah. Melihatkan kejayaan ibunya sebagai usahawan, Fatin ingin memulakan perniagaan sendiri setelah menamatkan persekolahannya nanti. Fatin ingin memulakan perniagaan Nasi Lemak atas talian.
b(i)
Huraikan faktor penyumbang yang membantu Fatin memulakan perniagaan tersebut.
7 marks
b(ii)
Jelaskan kelebihan yang bakal Fatin peroleh sebagai seorang usahawan.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Shamsiah merupakan seorang pemilik Kedai Kek dan Roti Suria. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Perusahaan ini dilakukan di kilang berhampiran rumahnya dengan modal RM50 000. Beliau menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan produknya termasuklah di Facebook dan Instagram.
Beliau mempunyai beberapa pekerja yang telah ditugaskan mengikut fungsian. Encik Hilmi ditugaskan untuk mengawal pengaliran wang masuk dan wang keluar kedai tersebut. Encik Fikri pula di bahagian pemasaran dan Puan Adila di bahagian pengeluaran. Kerjasama dalam pasukan mampu meningkatkan jualan kek dan roti dari semasa ke semasa. Persekitaran kerja yang positif dan harmoni menjadi tunggak kejayaan Kedai Kek dan Roti Suria.
Berikut adalah hasil jualan kek dan roti (dalam RM) sepanjang enam bulan pertama 2023. Beberapa tahun kebelakangan ini, Puan Shamsiah mendapati jualan kek dan biskutnya merosot. Hal ini kerana prestasi syarikat tergugat dengan kehadiran Kedai Kek dan Roti Gemilang yang didirikan berhampiran lokasi Kedai Kek dan Roti Suria.
Puan Shamsiah mula merancang strategi untuk mensasarkan jualan yang lebih baik. Pelbagai kaedah promosi yang baru dicadangkan oleh Encik Fikri.
Encik Hilmi juga telah memberi cadangan supaya Puan Shamsiah perlu mendapatkan sumber pembiayaan yang sesuai supaya hasrat beliau untuk meluaskan pasaran dan menambahkan keuntungan dapat direalisasikan. Puan Shamsiah telah membuat tinjauan agensi mana yang sesuai untuk memberikan bantuan kewangan kepada beliau.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut:
a
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan Puan Shamsiah.
3 marks
b
Terangkan kelebihan menggunakan media sosial untuk memasarkan produk.
4 marks
c(i)
Apakah bahagian fungsian yang dikawal oleh Encik Hilmi?
1 marks
c(ii)
Bagaimana bahagian fungsian di (c)(i) dapat membantu Puan Shamsiah?
4 marks
d
Sekiranya anda ialah Encik Fikri, cadangkan pelbagai kaedah promosi yang baru untuk meningkatkan jualan.
4 marks
e
Puan Shamsiah bercadang memilih pembiayaan luaran untuk mendapatkan pembiayaan. Wajarkah tindakan beliau?
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open