Jelaskan kelebihan perniagaan usaha sama dalam sesebuah perniagaan.
5 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan isu inflasi negara kita.
> SHAH ALAM - Inflasi keseluruhan negara meningkat kepada 1.8 peratus pada Februari 2024 berbanding 1.5 peratus pada Januari tahun yang sama. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, manakala inflasi teras kekal tidak berubah pada 1.8 peratus sejak sebulan yang lepas.
>
> (Sumber: Sinar Harian, 29 Mac 2024)
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah ekonomi di atas?
5 marks
210 marks
a
Jelaskan kesan kepada perniagaan jika gagal mencapai matlamat perniagaan.
5 marks
b
Petikan berikut berkaitan dengan bahagian fungsian.
> SERDANG, 10 Mac - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan empat produk inovasi makanan baharu berkonsepkan makanan kesihatan. Produk itu ialah Sup Campuran Diperkaya Ekstrak Pegaga, Tepung Pracampuran Pudding Jeli Tinggi Protein, Tepung Pracampuran Roti Prebiotik dan Air Kelapa Difermentasi.
>
> (Sumber: MARDI)
Jelaskan bahagian fungsian tersebut.
5 marks
310 marks
Rajah 1 di bawah menunjukkan titik pulang modal Seasons Bakery and Cafe.
a(i)
Apakah **P**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan Kawasan **Z**.
4 marks
b
Gambar 1 menunjukkan dua jenis perniagaan dalam industri sama.
Bagaimanakah bahagian fungsian jualan bagi kedua-dua perniagaan di atas berinteraksi?
5 marks
410 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Tatap Berjaya Enterprise.
> Tatap Berjaya Enterprise menghadapi masalah bilangan pekerja semakin berkurangan. Keadaan ini telah menjejaskan produktiviti dan prestasi perniagaan tersebut.
Bagaimanakah pengurus sumber manusia perniagaan Tatap Berjaya Enterprise menangani masalah tersebut?
5 marks
b
Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan.
5 marks
510 marks
a
Gambar 1 di bawah berkaitan aset perniagaan.
Jelaskan jenis pembiayaan yang sesuai bagi membeli aset di atas.
5 marks
b
Mengapakah usahawan memainkan peranan penting kepada masyarakat setempat?
5 marks
610 marks
a
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaannya.
5 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan trend perniagaan.
> KUALA LUMPUR: Permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, potensi kegunaan komoditi lada dalam pelbagai bidang seperti farmaseutikal dan kosmeseutikal merupakan antara faktor yang mendorong kepada peningkatan positif tersebut. "Pada 2023, penggunaan lada dunia berjumlah kira-kira 291,000 tan, peningkatan sebanyak 40,000 tan berbanding tahun sebelumnya."
>
> (Sumber: Berita Harian, Mei 2024)
Jelaskan trend persekitaran perniagaan di atas.
5 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Salim Selamat.
> Encik Salim Selamat merupakan pemilik Utama Furniture Enterprise yang mengeluarkan dan membekalkan pelbagai jenis perabot berasaskan kayu tropika dan produk kayu. Perniagaan beliau telah beroperasi sejak lima tahun lalu di daerah Tuaran dan perabot beliau mendapat sambutan menggalakkan di sekitar pasaran daerah Tuaran, Kota Belud dan Ranau. Bagi menambahkan pengeluaran perabot yang berkualiti, beliau telah menambah lima orang pekerja tempatan yang berkemahiran dalam industri berasaskan kayu dan perabot.
a
Jelaskan kelebihan bentuk milikan perniagaan yang dimiliki oleh Encik Salim Selamat.
5 marks
b
Mengapakah pengurusan sumber manusia penting bagi perniagaan di atas?
4 marks
c
Jelaskan cabaran yang mungkin dihadapi oleh Encik Salim Selamat apabila menubuhkan perniagaan bersaiz kecil ini.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Azizah menjalankan perusahaan menghasilkan pakaian sukan. Beliau telah menetapkan visi, misi dan objektif yang jelas agar dapat dipatuhi oleh semua pekerjanya. Beliau telah membuat keputusan untuk menyelenggara semua mesin jahit setiap tiga bulan sekali supaya proses pengeluaran dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, pengeluaran tersebut tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Maka, Puan Azizah bercadang membeli mesin jahit tambahan dengan mencagarkan barang kemas kepunyaan beliau.
a
Mengapakah Puan Azizah bertindak sedemikian?
5 marks
b
Anda bersetuju dengan cara Puan Azizah dalam memastikan proses pengeluarannya berjalan lancar. Berikan alasan anda.
5 marks
c
Jelaskan sumber pembiayaan yang telah dibuat oleh Puan Azizah terhadap perusahaannya.
5 marks
915 marks
Syarikat Maju Bersama Sdn. Bhd. banyak menggunakan alat-alat komunikasi dan teknologi dalam operasi bahagian kewangan perniagaannya.
| Butiran | Tahun 2022 (RM) | Tahun 2023 (RM) |
|---|---|---|
| Untung kasar | 5 000 | 9 000 |
| Jualan bersih | 20 000 | 30 000 |
| Untung bersih | 3 000 | 4 800 |
| Kos jualan | 20 000 | 24 000 |
| Modal awal | 45 000 | 40 000 |
a
Jelaskan kepentingan teknologi maklumat dalam bahagian fungsian kewangan.
3 marks
b
Terangkan pihak yang berkepentingan ke atas penyata kewangan syarikat ini.
6 marks
c
Hitungkan peratusan nisbah untung Syarikat Maju Bersama Sdn. Bhd. bagi tahun 2022 dan 2023.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Jelita Manis Pasti Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menghasilkan produk kraf tangan yang diperbuat daripada mengkuang. Antara produk kraf tangan yang dihasilkan adalah seperti tikar, beg, kotak pensel dan tudung saji. Syarikat ini dimiliki oleh Encik Daniel dan Puan Fazila. Bahagian pentadbiran dan kewangan diuruskan oleh Encik Daniel, manakala Puan Fazila bertanggungjawab dalam bahagian pengeluaran dan pemasaran.
Aktiviti pengeluaran produk dibantu oleh empat orang pengurus yang bertanggungjawab ke atas bahagian masing-masing untuk menghasilkan sejenis produk. Maklumat berkaitan dengan pengeluaran bagi tempoh sebulan ditunjukkan seperti jadual di bawah:
| Butiran | Tahun 2022 (RM) | Tahun 2023 (RM) |
|---|---|---|
| Suzana Baharuddin | 5 000 | 9 000 |
| Hayati Abdul Halim | 20 000 | 30 000 |
| Norzaina Abdullah | 3 000 | 4 800 |
| Mohd Alif Bakar | 20 000 | 24 000 |
Disebabkan jumlah permintaan yang semakin meningkat, Encik Daniel dan Puan Fazila bercadang untuk mengambil beberapa orang pekerja baharu. Setelah melalui proses pemilihan, maka enam orang pekerja baharu dilantik dan dihantar untuk menjalani latihan anyaman selama dua minggu di bawah anjuran Persatuan Kraf Tangan Malaysia. Tindakan mengambil pekerja baharu telah menyebabkan pengeluaran setiap produk telah meningkat dan mampu memenuhi permintaan pelanggan.
Encik Daniel dan Puan Fazila telah merancang untuk memperkenalkan produk baharu, iaitu alas meja mengkuang. Satu analisis titik pulang modal telah dibuat dan jadual di bawah menunjukkan kos yang terlibat bagi menghasilkan alas meja tersebut:
| Jenis Kos | RM |
|---|---|
| Kos tetap | 8000 |
| Kos berubah | 75 |
Melalui tinjauan pasaran yang dibuat, mereka membuat keputusan untuk menjual alas meja tersebut pada harga RM200 seunit. Alas meja tersebut direka bentuk mengikut trend terkini. Pengurus pemasaran mencadangkan harga alas meja mengkuang tersebut dikurangkan kerana beliau mendapati harga tersebut lebih tinggi daripada syarikat pesaing di pasaran. Namun begitu, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh pengurus kewangan.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan peranan bahagian fungsian pengeluaran dan fungsian kewangan perniagaan Jelita Manis Pasti Sdn. Bhd.
4 marks
b
Lakarkan struktur organisasi Jelita Manis Pasti Sdn. Bhd. *(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — jawatan di aras paling atas, jawatan-jawatan di aras bawahnya, dan siapa melapor kepada siapa.)*