Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti organisasi perniagaan.
**Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengumumkan pembentukan syarikat kerjasama (JVCo), Malakoff – Gas Malaysia Cogen O&M Sdn. Bhd.**
a(i)
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan tersebut.
5 marks
b
Jelaskan matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung.
4 marks
210 marks
a
Bandingkan dua perniagaan di atas.
5 marks
b
Jelaskan pengangguran bermusim.
2 marks
c
Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di 2(b)?
3 marks
310 marks
a
Terangkan kepentingan interaksi antara sesebuah perniagaan dengan organisasi luar.
6 marks
b
Persekitaran kerja yang positif, kondusif dan harmoni sangat penting diamalkan dalam sesebuah organisasi perniagaan. Mengapakah?
4 marks
410 marks
a
Gaji pekerja dipengaruhi oleh kemampuan organisasi.
Jelaskan faktor lain yang menentukan sistem penggajian.
4 marks
b
Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan sumber teknologi.
- Gambar 1 — Sumber X: Reka bentuk
- Gambar 2 — Sumber Y: Karya seni
Terangkan prosedur mengurus sumber X dan sumber Y.
6 marks
510 marks
a
Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan Hazim Kraf Enterprise.
> **Hazim Kraf Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang membekalkan pelbagai barangan kraf. Pembeli barangan kraf terdiri daripada peniaga-peniaga kraf di seluruh negeri Sarawak. Hazim Kraf Enterprise memberi kemudahan kredit kepada peniaga-peniaga tersebut. Sejak akhir-akhir ini, Hazim Kraf Enterprise menghadapi masalah aliran tunai. Sebahagian peniaga yang berhutang masih tidak menjelaskan hutang mereka. Selaku pemilik perniagaan, Encik Hazim telah berbincang dengan pengurus kewangannya tentang cara untuk menyelesaikan masalah kutipan hutang tersebut.**
Cadangkan satu sumber pembiayaan yang dapat membantu Hazim Kraf Enterprise.
Jelaskan kekuatan diri yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan.
3 marks
b
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pemilik setelah berjaya mendaftar perniagaan mereka.
4 marks
c
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah pasar raya.
> Adi Mart Sdn. Bhd. merupakan sebuah pasar raya yang beroperasi di Sarawak. Bilangan pekerja tetap pasar raya tersebut adalah seramai 200 orang dengan jualan tahunan sebanyak RM30 juta. Belakangan ini, Adi Mart Sdn. Bhd. menghadapi masalah pusing ganti pekerja. Ramai yang berhenti kerja kerana mendapat tawaran yang lebih baik di syarikat lain. Pengurus sumber manusia telah merancang strategi bagi mengatasi masalah ini.
a
Jelaskan perkaitan antara saiz perniagaan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
6 marks
b
Apakah usaha yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan syarikat untuk mengelakkan pekerja daripada berpindah kerja ke syarikat lain?
4 marks
c
Klinik Pergigian Liana baru beroperasi di Lot 103, Jalan Salim, Sibu. Setelah setahun operasi, perniagaan Klinik Pergigian Liana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat. Dr Liana berhasrat untuk terus meningkatkan lagi hasil jualan perniagaannya.
Bagaimanakah Dr Liana dapat meningkatkan lagi hasil jualan perniagaannya?
5 marks
815 marks
a(i)
Gambar di bawah menunjukkan agensi yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan.
Apakah bentuk kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh agensi di atas kepada usahawan untuk memulakan perniagaan?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kekuatan dan kelemahan bagi sumber pembiayaan di 8(a)(i).
5 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Syarikat Barista JJ merupakan pengeluar serunding daging dan ayam di Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi antara tiga pengeluar serunding terbaik di Malaysia menjelang tahun 2025.
>
> Objektif Syarikat Barista JJ adalah seperti berikut:
>
> - Menetapkan sasaran pengeluaran serunding daging dan ayam sebanyak 230 000 unit pada tahun 2020.
> - Peningkatan untung sebanyak 10% pada setiap tahun.
> - Peningkatan jualan pada musim perayaan.
>
> Dalam tempoh tiga tahun beroperasi, Syarikat Barista JJ berjaya menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh. Syarikat Barista JJ bercadang untuk menaikkan kadar gaji minimum sesuai dengan ketetapan kerajaan.
b(i)
Terangkan ciri-ciri objektif yang ingin dicapai oleh Syarikat Barista JJ.
4 marks
b(ii)
Bagaimanakah faktor luaran dapat membantu syarikat mencapai sasaran tersebut?
5 marks
915 marks
Situasi di bawah berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
> Setelah menamatkan persekolahan, Alexsa ingin memulakan perniagaan cup cake secara atas talian. Namun begitu dia belum berani untuk memulakan perniagaan tersebut.
a
Huraikan faktor penyumbang yang dapat membantu Alexsa memulakan perniagaan tersebut.
6 marks
b
Untuk menubuhkan perniagaan, Alexsa perlu mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jelaskan akta tersebut serta implikasinya terhadap perniagaan Alexsa.
9 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Alin’s Crispy Sendirian Berhad diasaskan pada tahun 2016 oleh seorang tokoh usahawan Melayu. Beliau telah mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual ayam crispy hingga membuka kilang pengeluaran ayam crispy pelbagai perisa di Ayer Keroh, Melaka. Kini jualan tahunan bagi tahun 2021 berjumlah RM1.5 juta manakala untung bersih meningkat bagi empat tahun berturut-turut.
Selain membuat jualan di premis, Alin’s Crispy Sendirian Berhad menggunakan facebook dan instagram untuk mempromosikan produknya dan berkomunikasi dengan pelanggan. Alin’s Crispy akan memperkenalkan ayam crispy perisa korea melalui media sosial. Beliau juga bersedia menerima tempahan secara atas talian.
Alin’s Crispy Sendirian Berhad ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka satu lagi kilang di Sarawak bagi memenuhi permintaan di sekitar Sarawak dan Sabah. Perniagaan Alin’s Crispy telah menyediakan rancangan perniagaan yang menjelaskan secara terperinci tentang visi, misi, dan objektif perniagaan. Rancangan perniagaan yang disediakan akan digunakan untuk meyakinkan pihak berkepentingan seperti bank dan pelabur supaya dapat memberikan pembiayaan sebanyak RM500 000 bagi membeli mesin dan peralatan serta beberapa aset lain yang akan digunakan untuk menjalankan perniagaan.
Perniagaan Alin’s Crispy telah mempunyai jenama yang kukuh di negeri Melaka. Mereka telah membuat pendaftaran cap dagangan dan mempunyai hak eksklusif dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) lima tahun lalu. Banyak permintaan daripada peniaga untuk menjual ayam crispy dengan menggunakan nama Alin’s Crispy di mana dapat meluaskan perniagaan ayam crispy secara tidak langsung.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Nyatakan jenis milikan perniagaan Alin’s Crispy. Huraikan kelebihan pemilikan perniagaan tersebut.
4 marks
b
Apakah trend perniagaan Alin’s Crispy bagi tempoh empat tahun tersebut?
Beri alasan anda.
2 marks
c
Cadangkan kaedah promosi lain yang boleh dilaksanakan oleh perniagaan Alin’s Crispy untuk meningkatkan jualan produknya.
4 marks
d
Terangkan kepentingan penyediaan rancangan perniagaan kepada perniagaan Alin’s Crispy.
5 marks
e
Wajarkah perniagaan Alin’s Crispy memfrancaiskan perniagaannya?
Berikan alasan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open