Rajah 1 menunjukkan tujuan perniagaan.
**Rajah 1** — Tujuan perniagaan:
- Menawarkan barang dan perkhidmatan
- Bermotifkan untung
- **Y**
Terangkan **dua** kaedah yang dijalankan oleh perniagaan **Y**.
4 marks
Gambar 1 menunjukkan bentuk perniagaan lain yang terdapat di Malaysia.
b(i)
Terangkan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian urus niaga bentuk perniagaan di Gambar 1.
4 marks
b(ii)
Berikan ciri-ciri umum bentuk perniagaan yang dinamakan dalam soalan 1(b)(i).
2 marks
210 marks
a
Jelaskan jenis pelepasan cukai taraf perintis.
3 marks
Situasi berikut berkaitan seorang usahawan.
> Marisa merupakan usahawan pengeluar kain songket berjenama ‘Songket Indah’. Produk beliau telah berjaya dipasarkan ke seluruh negara. Marisa bercadang mencari pasaran baru dengan menembusi pasaran antarabangsa seperti Perancis dan Belanda.
b
Terangkan agensi Kerajaan yang dapat membantu Marisa menembusi pasaran antarabangsa.
5 marks
c
Jelaskan cara mengatasi pengangguran bermusim.
2 marks
310 marks
a
Visi yang mantap dalam perniagaan amat penting. Jelaskan.
2 marks
Berikut adalah dialog antara dua orang rakan perniagaan.
> **En. Adam:** Jualan perniagaan saya sejak kebelakangan ini tidak begitu baik nampaknya.
>
> **En. Hadif:** Jangan risau, saya akan cuba bantu awak. Saya akan terangkan cara untuk awak boleh tingkatkan hasil jualan.
b
Terangkan kepada Encik Adam langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan hasil jualan perniagaannya.
4 marks
Pengurusan paten adalah sebahagian daripada sumber teknologi.
c
Mengapakah usahawan perlu menguruskan paten bagi ciptaan sesuatu produk?
4 marks
410 marks
Situasi berikut menunjukkan seorang usahawan produk berasaskan makanan.
> Encik Malek bercadang untuk mengeluarkan produk baharu iaitu roti milk bun viral untuk memenuhi kehendak penduduk Kuala Lumpur. Produk tersebut akan dijual di sekitar bandar Bukit Bintang, Cheras dan Titiwangsa. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat, beliau juga bercadang untuk menjual produk tersebut secara dalam talian.
a
Jelaskan jenis sumber fizikal yang diperlukan oleh Encik Malek.
4 marks
b
Nyatakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan.
2 marks
Gambar 3 di bawah menunjukkan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
c
Jelaskan **dua** peranan Kerajaan Pusat dalam membantu perniagaan dari aspek perundangan.
4 marks
510 marks
a
Mengapakah sesebuah perniagaan mengambil perlindungan insurans untuk sumber fizikalnya?
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan mengurus sumber teknologi.
> Syarikat Meng Sdn. Bhd. membuat keputusan mengikat kontrak selama 5 tahun dengan 5 orang pekerja yang telah diberi latihan intensif di Korea.
b
Mengapakah Syarikat Meng Sdn. Bhd. membuat keputusan tersebut?
3 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan kewangan Kedai Anyaman Sutera, Sentul.
| Butiran | Nilai |
|---|---|
| Untung bersih | RM 300 000 |
| Jualan bersih | RM 550 000 |
| Modal awal | RM 1 350 000 |
Kirakan:
c(i)
Peratus margin untung bersih
2 marks
c(ii)
Peratus pulangan atas modal
2 marks
610 marks
a
Encik Amirul merupakan seorang usahawan berjaya. Senaraikan sumbangan Encik Amirul kepada masyarakat.
3 marks
b
Apakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan?
4 marks
c
Senaraikan kepentingan menyediakan rancangan kewangan kepada seorang usahawan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Gambar 2 di bawah berkaitan satu milikan perniagaan.
a
Huraikan ciri-ciri milikan perniagaan di atas.
7 marks
b
Terangkan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh pekerja.
8 marks
815 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perniagaan Encik Hashim.
> Encik Hashim memulakan perniagaan menjual peralatan perkhemahan yang dikenali sebagai Kedai Tent-Tent. Beliau membeli sebuah premis yang terletak di pinggir bandar melalui pinjaman bank. Beliau membeli sebuah van secara sewa beli untuk membolehkan beliau menghantar barang ke rumah pelanggannya. Untuk memudahkan urusan perakaunan perniagaan, beliau menggaji seorang kerani akaun dengan menyediakan kemudahan komputer dan pencetak komputer. Beliau menjual pelbagai jenis barang seperti khemah, peralatan memasak dan kerusi lipat. Beliau akan memastikan stok barang sentiasa mencukupi.
a(i)
Jelaskan **dua** sumber fizikal yang dimiliki oleh perniagaan Encik Hashim.
4 marks
a(ii)
Huraikan tujuan Encik Hashim menguruskan sumber fizikal perniagaannya.
4 marks
b
Jelaskan bagaimana perlindungan insurans dan keselamatan membantu peniaga dalam perniagaannya.
7 marks
915 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan perniagaan Syarikat Ani.
> Syarikat Ani merancang untuk mengeluarkan produk Sambal Berapi Ani secara besar-besaran. Puan Suzila, pengurus pemasaran diminta untuk merancang campuran pemasaran bagi produk tersebut. Dalam masa yang sama, Syarikat Ani menghadapi masalah kekurangan modal. Untuk mengatasi masalah tersebut, Syarikat Ani menyediakan Rancangan Perniagaan untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.
a
Nyatakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan tersebut.
4 marks
b
Jelaskan elemen rancangan pentadbiran yang dihasilkan dalam rancangan perniagaan Syarikat Ani.
3 marks
c
Terangkan campuran pemasaran bagi produk Sambal Berapi Ani.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Syarikat Daisy Travel Sdn. Bhd. telah beroperasi selama 11 tahun di bangunan milik sendiri di Kuala Lumpur. Pakej pelancongan yang ditawarkan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sehingga syarikat berjaya membuka cawangan di 7 buah negeri. Syarikat menawarkan pakej pelancongan dalam negeri serta luar negara.
Pada tahun 2019, syarikat mula menghadapi masalah yang berpunca daripada dua orang agen pelancongan yang pecah amanah. Siasatan dalaman yang dijalankan menunjukkan sebanyak RM2.2 juta bayaran pelanggan tidak dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat tetapi dipindahkan ke beberapa akaun persendirian.
Kesannya banyak pakej ke luar negara terpaksa dibatalkan dan ini telah menimbulkan rungutan pelanggan. Ramai pelanggan telah membuat laporan polis. Kesannya syer pasaran perniagaan menjunam dengan teruk. Jumlah pelanggan bagi pasaran pelancongan negara adalah seramai 400,000 pelanggan. Jumlah ini tidak termasuk pelancong Singapura dan Brunei seramai 70,000 orang yang menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan Malaysia.
Lembaga Pengarah syarikat terpaksa mengambil tindakan segera dengan menggantung tugas pengurus kewangan lama selama 3 bulan. Encik Mustafa, seorang Pengurus Pemasaran syarikat yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, telah dilantik sebagai pengurus kewangan yang baharu.
Selepas 3 bulan, kewangan syarikat telah menunjukkan pemulihan. Namun begitu, syarikat memerlukan suntikan dana tambahan sebanyak RM600,000 bagi membolehkannya terus beroperasi seperti biasa. Beberapa buah bank telah menyatakan minat untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman syarikat.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Huraikan faktor dalaman yang menyebabkan Syarikat Daisy Travel menghadapi masalah.
3 marks
b
Bagaimanakah pengurusan syarikat boleh berperanan untuk membantu mencegah masalah pecah amanah daripada berulang?
5 marks
c
Bagaimanakah cara Daisy Travel meningkatkan syer pasaran?
2 marks
d
Jelaskan jenis pembiayaan yang paling sesuai dipilih oleh Syarikat Daisy Travel.
6 marks
e
Jelaskan prosedur permohonan pembiayaan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open