Gambar 1 di bawah menunjukkan satu bentuk pemilikan perniagaan di Malaysia.
Jelaskan hak anggota yang menyertai perniagaan di atas.
4 marks
b
Terangkan jenis pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu usahawan.
6 marks
210 marks
Jadual 1 di bawah menunjukkan satu perbandingan harga bagi beberapa jenis barang yang dijual di sebuah kedai buku sekolah.
| Senarai barang | Harga (RM) 2020 | Harga (RM) 2022 | Harga (RM) 2024 |
|---|---|---|---|
| Buku nota sains | 1.30 | 1.50 | 1.70 |
| Buku nota garis satu | 0.80 | 0.80 | 1.00 |
| Air kotak 250ml | 1.00 | 1.00 | 1.30 |
| Air mineral 500ml | 0.80 | 1.00 | 1.00 |
| Pembaris | 0.50 | 0.70 | 1.00 |
Jadual 1
a(i)
Apakah masalah ekonomi yang ditunjukkan dalam jadual di atas?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah kerajaan berusaha untuk mengatasi masalah ekonomi di 2(a)(i)?
5 marks
b
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif syarikat Kayu Kraf Enterprise, iaitu sebuah syarikat menjual pelbagai jenis produk kraftangan berasaskan kayu yang telah mula beroperasi sejak tahun 2022.
- Menetapkan sasaran jualan produk kraf sebanyak 25 000 unit pada tahun 2024 bagi pasaran seluruh Malaysia.
- Keuntungan meningkat 8% pada tahun 2024
Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan tersebut.
4 marks
310 marks
a
Terangkan dua faktor dalaman yang mempengaruhi usahawan mengubah visi, misi dan objektif perniagaannya?
4 marks
b
Bagaimanakah bahagian fungsian jualan menjalankan peranannya dalam membantu operasi perniagaan?
6 marks
410 marks
a
Rajah 1 menunjukkan struktur organisasi yang digunakan di sebuah kilang kasut.
- **Pengurus Besar** (di atas), dengan empat jawatan di bawahnya pada aras yang sama:
- Pengurus Pengeluaran
- Pengurus Pemasaran
- Pengurus Sumber Manusia
- Pengurus Kewangan
Rajah 1
Jelaskan jenis struktur organisasi tersebut.
5 marks
b
Gambar 2 merupakan novel hasil karya penulis tempatan yang terkenal.
Bagaimanakah prosedur mengurus sumber bagi gambar di atas?
5 marks
510 marks
Gambar 3 menunjukkan sejenis kenderaan yang diiklankan di media cetak.
a(i)
Cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai untuk mendapatkan kenderaan di atas.
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan sumber pembiayaan yang dipilih di 5(a)(i).
4 marks
b
Jelaskan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan.
5 marks
610 marks
Rajah 2 berkaitan dengan kekuatan diri yang perlu ada pada seorang usahawan.
Rajah 2 (gambar rajah heksagon): petak tengah **Kekuatan**, dikelilingi lima petak:
- Kemahiran pembangunan karakter diri
- Fokus tenaga dan tumpuan
- Perhubungan baik dengan pasangan
- **X**
- Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
a(i)
Apakah **X**?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kekuatan diri usahawan bagi aspek **X** di 6(a)(i).
4 marks
b
Terangkan kepentingan menyediakan Rancangan Perniagaan kepada usahawan.
5 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkenaan dengan sebuah perniagaan.
> Witec Computer Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan komponen komputer bagi pasaran tempatan. Bagi menambah bekalan komponen komputernya dan meluaskan lagi pasaran, syarikat berhasrat untuk memohon pembiayaan daripada agensi kerajaan. Dalam masa yang sama, Pengurus Sumber Manusia Witec Computer Sdn. Bhd. mendapati polisi syarikat yang memberi kebebasan kepada pekerja dalam melakukan tugas telah menjejaskan prestasi syarikat. Bagi meningkatkan lagi operasi perniagaan, pihak pengurusan Witec Computer Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat komputer ternama, iaitu Dutacom Berhad untuk membentuk sebuah syarikat kerjasama dengan nama Witec-Duta Technology Berhad.
a
Cadangkan agensi kerajaan yang dapat membantu Witec Computer Sdn. Bhd. bagi mendapatkan pembiayaan modal.
5 marks
b
Pada pendapat anda, mengapakah Pengurus Sumber Manusia Witec Computer Sdn. Bhd. berpendapat sedemikian?
5 marks
c
Jelaskan kelebihan bentuk kerjasama perniagaan tersebut.
5 marks
815 marks
Maklumat di bawah ini berkaitan perniagaan Che Sue Enterprise.
> Che Sue Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjual penapis air jenama tempatan iaitu “Azzure Water Purifier”. Setelah 6 tahun beroperasi, perniagaan memiliki 25 orang pekerja tetap yang terdiri daripada jurujual, kerani pentadbiran, pengurus jualan, pemandu van dan juruteknik pemasangan. Manakala purata jualan tahunan RM500,000 setahun. Bagi meningkatkan jualan penapis air, Puan Sue lebih berminat menggunakan kaedah promosi secara jualan langsung berbanding pengiklanan kerana bagi beliau lebih mudah untuk menunjukkan demonstrasi penggunaan secara dua hala. Rata-rata pelanggan juga lebih memilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan kerana semua pelanggan akan diberikan perkhidmatan penyelenggaraan percuma sepanjang tempoh perjanjian.
a
Terangkan klasifikasi perniagaan Che Sue Enterprise berdasarkan saiz dan sektor.
6 marks
b
Mengapakah Puan Sue lebih berminat menggunakan kaedah promosi secara jualan langsung? Kemukakan alasan anda.
5 marks
c
Cadangkan satu kaedah aplikasi teknologi maklumat yang dapat membantu pelanggan membuat bayaran ansuran bulanan. Jelaskan kelebihannya.
4 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penyata kewangan bagi sebuah syarikat pembekal bahan-bahan binaan iaitu Azam Bina Sdn Bhd.
| Jenis Nisbah | Tahun 2022 | Tahun 2023 |
|---|---|---|
| Peratus Margin Untung Kasar | 32.1% | 30.0% |
| Peratus Pulangan Atas Modal | 6.42% | 4.8% |
a
Jelaskan prestasi syarikat berdasarkan peratus margin untung kasar.
4 marks
b
Cadangkan tindakan yang perlu diambil oleh pengurus kewangan syarikat tersebut untuk meningkatkan prestasi syarikat.
6 marks
c
Bagaimanakah kedudukan peratus pulangan atas modal syarikat ini mempengaruhi pihak pelabur untuk membuat keputusan pelaburan?
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Puan Khairiyah merupakan pemilik perniagaan Khai Krispy Chicken Enterprise yang menjual ayam goreng rangup. Perniagaan ini mula beroperasi pada Januari 2019 dengan modal simpanan sendiri RM200,000. Perniagaan ini telah memiliki tiga cawangan terletak di Ipoh, Taiping dan Manjung. Adiknya Puan Husna telah dilantik sebagai pengurus operasi kawasan yang bertanggungjawab mengendalikan operasi ketiga-tiga cawangan tersebut.
Maklumat berikut berkaitan jumlah jualan bagi ketiga-tiga cawangan sepanjang lima tahun beroperasi:
Pada masa yang sama, perniagaannya juga berhadapan masalah apabila tiga orang pekerja di cawangan Manjung berhenti kerja serentak. Keadaan ini menyukarkan pihak pengurusan cawangan untuk meneruskan operasi perniagaan. Pekerja sedia ada diminta bekerja lebih masa bagi menampung kekurangan tenaga kerja. Setelah melihat kepada penyata kewangan bagi ketiga-tiga cawangan, Puan Husna mendapati jualan tahunan kurang memberangsangkan dan tidak menunjukkan peningkatan keuntungan yang ketara. Hasil daripada pemerhatian, Puan Husna mendapati semua cawangan berada di lokasi yang strategik, namun tumpuan perlu diberikan kepada khidmat penghantaran ayam goreng.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan skala perniagaan yang terlibat.
3 marks
b
Jelaskan kelebihan Puan Khairiyah sebagai usahawan kepada diri dan keluarga.
4 marks
c(i)
Apakah trend perniagaan yang terlibat?
1 marks
c(ii)
Pada pendapat anda, jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh Puan Khairiyah bagi mengatasi trend jualan tersebut.
4 marks
d
Bagaimanakah masalah kekurangan pekerja tersebut dapat diatasi?
4 marks
e
Anda telah bersetuju dengan pendapat Puan Husna. Kemukakan alasan.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open