Gambar 1 merupakan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
b(i)
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
1 marks
b(ii)
Jelaskan kelebihan bentuk pemilikan perniagaan di 1(b)(i).
5 marks
210 marks
Pernyataan berikut berkaitan fenomena ekonomi yang berlaku dalam sesebuah negara.
> ***"Keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan"***
a(i)
Apakah fenomena tersebut?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah cara kerajaan mengatasi masalah di 2(a)(i)?
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan satu trend persekitaran perniagaan.
> Perniagaan Pak Nan Cendol telah menggunakan kemudahan teknologi 5G selari dengan perkembangan pesat teknologi di Malaysia pada tahun 2022 untuk memastikan kelancaran penghantaran maklumat pemasaran. Kesan penggunaan teknologi tersebut telah menyebabkan perubahan ketara dalam jualan. Berikut merupakan rekod jualan bagi setiap tempoh dua tahun bermula pada tahun 2019.
Jelaskan trend yang berlaku.
5 marks
310 marks
a
Terangkan gaya pengurusan yang mampu memberi impak positif dalam produktiviti perniagaan.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan objektif perniagaan Hamizah Enterprise, pembekal daging import sejuk beku di Malaysia.
- Mencatat jualan daging sejuk beku tertinggi dalam tempoh 3 tahun di seluruh Malaysia.
- Menguasai 80% syer pasaran berbanding pembekal daging import yang lain.
Penetapan objektif perniagaan tersebut adalah mengikut ciri-ciri objektif yang baik. Jelaskan.
4 marks
410 marks
a
Jelaskan peranan bahagian fungsian pengeluaran.
4 marks
b
Gambar 2 berkaitan satu faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.
Bezakan stok A dan stok B.
6 marks
510 marks
a
Huraikan sumber teknologi bagi perniagaan yang terlibat dalam industri percetakan yang mampan.
6 marks
b
Perbualan berikut berkaitan dengan satu sumber pembiayaan yang diperlukan dalam perniagaan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut? Bincangkan.
4 marks
610 marks
a
Terangkan pihak luar yang mempunyai kepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan.
4 marks
b
Jelaskan tindakan yang perlu diambil bagi menubuhkan perniagaan perkongsian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
6 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
> Puan Farzana menjalankan perniagaan butik pakaian di Seremban, Negeri Sembilan. Mereka menjalankan perniagaannya secara di dalam talian dan mempunyai cawangan di Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu. Beliau mempunyai 100 orang pekerja tetap dan 50 orang pekerja sementara. Butik ini memperoleh jumlah jualan tahunan sebanyak RM60 juta. Dengan keuntungan yang ada, beliau berhasrat untuk meluaskan pasaran perniagaannya ke Indonesia dengan meminta bantuan melalui agensi kerajaan. Selain daripada meningkatkan untung dan jualan, beliau perlu mempertimbangkan beberapa faktor lain untuk penetapan matlamat perniagaan yang baharu.
a
Huraikan klasifikasi perniagaan Puan Farzana.
6 marks
b
Jelaskan agensi kerajaan yang dapat membantu perniagaan Puan Farzana menembusi pasaran di Indonesia.
5 marks
c
Terangkan faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh Puan Farzana untuk penetapan matlamat yang baharu.
4 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perusahaan pengeluaran ubat gigi.
> Najwa Sdn. Bhd. merupakan salah satu pengeluar ubat gigi tempatan. Bagi menjamin pembekalan produk yang berterusan, pengurus pembelian sentiasa memastikan bahan utama iaitu *sodium fluoride* mencukupi bagi tujuan pengeluaran. Keadaan ini telah menyebabkan bahagian pembelian perlu berinteraksi dengan beberapa pembekal *sodium fluoride* tempatan bagi tujuan pesanan tersebut.
>
> Akibat persaingan yang sengit dalam industri, pengurus besar telah mencadangkan pekerjanya untuk menjalankan inovasi bagi aspek kegunaan ubat gigi seperti dapat merawat gusi dan gigi sensitif berbanding produk sedia ada. Bagi memastikan cadangan inovasi ini tercapai, pengurusan syarikat juga merasakan perlu memantapkan bahagian sumber manusia.
a(i)
Apakah bahagian fungsian pembekal yang akan terlibat dalam interaksi bersama dengan bahagian pembelian Najwa Sdn. Bhd.?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah interaksi antara pengurus bahagian fungsian pembelian Najwa Sdn. Bhd. dengan bahagian fungsian di 8(a)(i) berlaku?
4 marks
b
Wajarkah cadangan inovasi tersebut dilaksanakan? Kemukakan alasan anda.
4 marks
c
Jelaskan kepentingan pihak pengurusan memantapkan bahagian sumber manusia.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan butiran kewangan bagi Syarikat Muqqis Berhad.
| Analisis tahun 2022 | |
|---|---|
| Nisbah semasa | 1.2:1 |
| Peratus pulangan atas modal | 29.1% |
| Butiran kewangan 2023 | RM |
|---|---|
| Modal awal | 120 000 |
| Untung kasar | 90 000 |
| Untung bersih | 45 000 |
| Aset semasa | 185 000 |
| Liabiliti semasa | 94 000 |
Hitung nisbah asas berikut bagi tahun 2023:
a(i)
Nisbah semasa
3 marks
a(ii)
Peratusan pulangan atas modal
3 marks
b
Jelaskan kedudukan prestasi Syarikat Muqqis Berhad pada tahun 2023 berdasarkan jawapan di 9(a).
5 marks
c
Jelaskan kesan jika Syarikat Muqqis Berhad sentiasa mengutamakan keberuntungan dalam perniagaan.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Muthu dan Charlie mempunyai sebuah perniagaan perkongsian dengan nama Satria Double Trading yang menjual komponen komputer. Perniagaan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan pada peringkat awal. Selepas beberapa tahun, mereka dapati jualan komponen komputer tidak begitu baik sehingga menyebabkan objektif perniagaan tidak dapat dicapai. Mereka merasakan pasaran dalam negara sahaja tidak mencukupi dan perlu mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
Bagi memperolehi modal yang lebih banyak, Muthu dan Charlie bersepakat untuk menggabungkan perniagaan mereka dengan sebuah syarikat pengeluaran komputer yang juga dilihat memerlukan sokongan untuk mengembangkan perniagaan. Mereka bersetuju menamakan perniagaan gabungan mereka sebagai Perusahaan Satria Indah Sendirian Berhad. Setelah perniagaan mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa, terdapat aduan daripada penyelia di bahagian pengeluaran tentang kekurangan stok komponen komputer sedangkan banyak tempahan pelanggan yang perlu dipenuhi. Kekurangan stok komponen ini juga berpunca daripada pembekal sedia ada yang tidak dapat menampung sepenuhnya permintaan Perusahaan Satria Indah Sendirian Berhad. Hal ini menyebabkan lembaga pengarah mengarahkan pembelian segera daripada pembekal lain.
Pengurus kewangan, Encik Wong telah mendapati syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh. Beliau mencadangkan kepada lembaga pengarah agar pihak pengurusan menggantikan mesin pengeluaran sedia ada dengan mesin yang lebih terkini bagi memenuhi permintaan yang tinggi dan menikmati ekonomi bidangan. Mesin-mesin tersebut boleh diperolehi secara belian tunai mahupun secara sewa beli. Selepas mesyuarat dijalankan, ahli lembaga pengarah bersetuju untuk mendapatkan mesin baharu tersebut secara sewa beli.
Dengan penggunaan mesin yang lebih canggih, pengeluaran komputer berjaya ditingkatkan dengan lebih banyak bagi memenuhi permintaan negara serantau. Lembaga pengarah juga berpendapat, pasaran tempatan masih perlu diberi perhatian terutamanya bagi pembeli dalam kalangan usahawan kecil sederhana. Staf bahagian pemasaran yang baharu, Cik Nina telah diminta meningkatkan aktiviti pemasaran dengan memilih kaedah promosi yang sesuai dengan produk mereka.
Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:
a
Jelaskan implikasi kepada Satria Double Trading apabila tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
3 marks
b
Terangkan kelebihan penubuhan Perusahaan Satria Indah Sendirian Berhad berbanding perniagaan Satria Double Trading.
4 marks
c
Bagaimanakah aplikasi teknologi maklumat membantu pengurus bahagian pembelian mengatasi masalah kekurangan stok?
4 marks
d
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pilihan yang dibuat oleh ahli lembaga pengarah?
4 marks
e
Huraikan kaedah promosi yang sesuai dijalankan oleh Cik Nina bagi meningkatkan permintaan pasaran tempatan.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open