Mengapakah keuntungan penting kepada sesebuah perniagaan?
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah pemilikan perniagaan.
> Encik Fadhli bersama dua orang rakan membuka Pusat Tuisyen Permata di Kuala Lumpur. Pusat tuisyen tersebut menawarkan pembelajaran interaktif bagi semua subjek sekolah menengah. Pusat tuisyen ini dibuka kepada semua sekolah menengah secara langganan bulanan. Encik Fadhli menguruskan pentadbiran perniagaan manakala dua orang rakan beliau menjadi tenaga pengajar.
Jelaskan kelebihan perniagaan tersebut.
3 marks
210 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan isu guna tenaga.
> **Sampai bila nak bergantung tenaga asing?**
>
> Walaupun kegiatan ekonomi negara sudah kembali seperti biasa namun sebahagian majikan masih belum menarik nafas lega kerana menunggu kemasukan pekerja asing baharu. Data menunjukkan sekurang-kurangnya 14 000 pekerja asing diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam bidang pembinaan.
>
> (Sumber: Diubah suai http://sinarharian.com.my, 10 Jun 2022)
a(i)
Apakah sektor perniagaan yang terlibat?
1 marks
a(ii)
Jelaskan punca berlakunya isu guna tenaga tersebut.
4 marks
b
Situasi berikut berkaitan dengan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan.
> Puan Sharipah telah membuka sebuah kedai salun rambut dalam kompleks pasar raya di Miri. Setelah setahun beroperasi, beliau menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang beberapa pembekalnya. Selain itu, beliau juga kehilangan ramai pelanggan berikutan kewujudan kedai salun rambut yang baharu di luar kompleks pasar raya.
Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Puan Sharipah untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan.
5 marks
310 marks
Rajah 1 berkaitan carta organisasi perniagaan RW Motorsport yang menjalankan perkhidmatan membaiki kereta.
**Rajah 1** — Carta organisasi RW Motorsport:
- **PENGURUS BESAR** — FAIZZWAN
- **PENGURUS PENTADBIRAN** — SUGENDRAN
- **PENGURUS PEMASARAN DAN OPERASI** — HAFIZUL
- **KETUA MEKANIK** — LIM KENG LI
- **MEKANIK 1** — AFIFI
- **MEKANIK 2** — AMIR
a(i)
Siapakah pengurus bawahan dalam carta organisasi tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh 3(a)(i) kepada perniagaan tersebut.
5 marks
b
Terangkan kepentingan interaksi antara sesebuah perniagaan dengan organisasi luar.
4 marks
410 marks
a
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang majikan dapat memastikan pekerjanya itu kekal dalam organisasi mereka?
4 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Kilang Dim Sum Frozen.
> Kilang Dim Sum Frozen milik Puan Khadijah merupakan perniagaan yang mengeluarkan dim sum halal dengan pelbagai pilihan inti seperti ayam, daging, cendawan, ketam dan lain-lain lagi. Kilang ini mempunyai beberapa orang pekerja mahir dan berpengalaman dalam menghasilkan dim sum yang berkualiti.
Bagaimanakah kemahiran dan pengalaman pekerja-pekerja ini membantu Kilang Dim Sum Frozen dalam penghasilan produk dengan cekap?
3 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran.
> Puan Zetty bercadang untuk memulakan perniagaan menjual kerepek tetapi menghadapi masalah kekurangan modal. Beliau menggunakan barang kemasnya untuk mendapatkan pinjaman yang patuh syariah.
Jelaskan jenis pembiayaan tersebut.
3 marks
510 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan penyata kewangan sebuah syarikat pengeluar pakaian.
| Jenis Nisbah | Tahun 2022 | Tahun 2023 |
|---|---|---|
| Peratus Margin Untung Bersih | 66.5% | 55.4% |
| Kadar Pusing Ganti Stok | 3 kali | 2.5 kali |
Jelaskan prestasi syarikat berdasarkan peratus margin untung bersih.
3 marks
b
Jelaskan faktor lokasi sebagai penyumbang dalam memulakan perniagaan.
4 marks
c
Huraikan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya.
3 marks
610 marks
a
Maklumat berikut berkaitan dengan persediaan memulakan perniagaan.
> Cik Dayana dan Cik Ros ingin memulakan perniagaan De & Ros Florist di Miri, Sarawak. Cik Ros memberikan cadangan kepada Cik Dayana untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Mengapakah Cik Ros memberikan cadangan tersebut?
3 marks
b
Gambar 1 menunjukkan satu kaedah promosi.
Jelaskan kaedah promosi tersebut.
4 marks
c
Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada usahawan.
3 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis bentuk pemilikan perniagaan.
> Syarikat Impian Jati Sdn. Bhd. merupakan pengeluar perabot jati di Melaka. Syarikat ini mempunyai pekerja tetap seramai 80 orang. Pada tahun 2023, jumlah jualan tahunan mencapai RM20 juta. Permintaan yang tinggi dari seluruh negara menyebabkan syarikat ini cuba menghasilkan perabot jati dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi. Pihak pengurusan syarikat telah bekerjasama dengan Syarikat Teknologi Indonesia dengan menubuhkan Syarikat Jati Tech Sdn. Bhd. bagi berkongsi teknologi serta kos yang terlibat dalam pengeluaran. Semua pekerja telah diberikan gaji yang lebih kompetitif berdasarkan kemahiran yang dimiliki bagi memastikan tidak berlakunya pemberhentian pekerja berkemahiran secara tiba-tiba.
a
Jelaskan klasifikasi bagi Syarikat Impian Jati Sdn. Bhd.
4 marks
b
Mengapakah Syarikat Impian Jati Sdn. Bhd. berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Teknologi Indonesia dalam pembuatan perabot?
5 marks
c
Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia dalam situasi di atas.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Aliya, seorang usahawan.
> Puan Aliya merupakan seorang pengusaha butik pakaian di Kajang, Selangor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang menarik dan unik serta mengikuti perkembangan fesyen semasa. Pakaian ciptaannya mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli secara dalam talian di seluruh negara dan dijual dengan harga yang berpatutan.
a
Jelaskan sumbangan perniagaan Puan Aliya kepada masyarakat sekitar Kajang.
4 marks
b
Buktikan Puan Aliya adalah seorang usahawan.
6 marks
c
Mengapakah Puan Aliya lebih berminat memasarkan pakaian ciptaannya secara dalam talian?
5 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sebuah syarikat pelancongan.
> Syarikat Rolland Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perhotelan yang mempunyai sebuah hotel bertaraf empat bintang. Hotel tersebut ialah Hotel Rolland dan memiliki aset seperti berikut:
>
> - Bangunan pejabat di Jalan Tun Razak
> - 2 buah bas dan 5 buah van
> - Peralatan pejabat seperti komputer, mesin pencetak, pendingin hawa, sofa, almari, meja dan kerusi
>
> Hotel Rolland sentiasa menerima ramai pengunjung terutamanya pada musim cuti sekolah tetapi pada masa yang sama, syarikat sering menghadapi masalah pekerja hotel yang sering bertukar ganti. Ahli lembaga pengarah khuatir masalah ini akan menjejaskan operasi dan prestasi perniagaan.
a
Huraikan prosedur pengurusan sumber yang dimiliki oleh Syarikat Rolland Sdn. Bhd.
6 marks
b
Bagaimanakah Syarikat Rolland Sdn. Bhd. menangani masalah pekerja hotel syarikatnya?
5 marks
c
Sebagai pengusaha Hotel Rolland, apakah yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan industri perhotelan Malaysia?
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Abdullah merupakan seorang pemilik perniagaan Cheezy Banana Crispy yang telah beroperasi di Kampung Sungai Tua, Batu Caves, Selangor sejak tahun 2000 yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan tersebut bersama isterinya. Pada awal perniagaan, Encik Abdullah menawarkan tiga jenis pisang goreng iaitu asli, keju dan coklat. Setelah dikenali oleh masyarakat setempat, beliau telah menambah pelbagai pilihan rasa pisang yang lain iaitu tiramisu, kicap pedas, oreo dan susu pekat bagi memenuhi cita rasa pelanggan.
Harga sekotak Cheezy Banana Crispy ialah RM15.00 memandangkan beliau menanggung kos berubah sekotak Cheezy Banana Crispy sebanyak RM5.00. Kos-kos lain yang ditanggung oleh Encik Abdullah seperti sewa premis, insurans dan lain-lain ialah sebanyak RM10 000. Berikut ialah hasil jualan yang diperoleh oleh Encik Abdullah bagi suku tahun pertama bagi tahun 2023.
| Januari | Februari | Mac |
|---|---|---|
| RM25 000 | RM25 500 | RM35 000 |
Oleh kerana 70 peratus pelanggan Encik Abdullah merupakan golongan berusia 15 hingga 40 tahun, beliau berpendapat bahawa beliau perlu menggunakan teknik pemasaran yang lebih moden dan terkini. Sebagai peniaga kecil dan sederhana, beliau telah dijemput oleh Permodalan Nasional (PNS) bagi mengikuti kursus mengembangkan perniagaan dalam bentuk francais. Encik Abdullah sangat berminat dengan tawaran tersebut, namun isterinya tidak bersetuju.
Setelah lebih dua tahun berniaga, Encik Abdullah dan isteri merasakan perlu untuk menambah peralatan menggoreng bagi meningkatkan pengeluaran produk dan menjimatkan masa pelanggan menunggu. Selain itu, Encik Abdullah perlu membuat pengubahsuaian premis bagi memastikan premis tersebut mampu memuatkan peralatan dan ruang kerja yang selesa. Peralatan yang ingin dibeli dan pengubahsuaian tersebut bakal menelan kos sebanyak RM30 000. Bagi memenuhi keperluan kewangan tersebut, Encik Abdullah dan isteri ingin membuat permohonan pembiayaan sama ada dari institusi kewangan atau agensi kerajaan.
| Butiran | Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Agro Bank |
|---|---|---|
| Jumlah pembiayaan | RM30 000 | RM50 000 |
| Kadar faedah | 3.5% (Kadar Berubah) | 4.3% (Kadar Tetap) |
| Tempoh | 5 tahun | 9 tahun |
| Cagaran | Tiada | Ada |
Bagi menarik perhatian pelanggan, Encik Abdullah dan isteri juga bercadang untuk mencipta logo bagi jenama Cheezy Banana Crispy serta pembungkusan pisang goreng yang lebih baik dan menarik.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan yang berikut:
a
Hitung kuantiti minimum pisang goreng yang perlu dijual oleh Encik Abdullah dan isteri bagi memperoleh semula modal yang dikeluarkan oleh mereka.
3 marks
b(i)
Jelaskan trend jualan Cheezy Banana Crispy dari bulan Januari hingga Mac tahun 2023.
2 marks
b(ii)
Jelaskan faktor dalaman yang memungkinkan perkara tersebut berlaku.
3 marks
c
Cadangkan kaedah pemasaran yang perlu dilakukan oleh Encik Abdullah bagi menarik minat pelanggan yang berusia 15 tahun hingga 40 tahun.
4 marks
d
Pada pendapat anda, agensi kewangan manakah yang sesuai untuk Encik Abdullah memohon pembiayaan perniagaan? Jelaskan alasan anda.
5 marks
e
Sekiranya Encik Abdullah mencipta logo bagi jenama Cheezy Banana Crispy, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Encik Abdullah bagi melindungi ciptaan logo tersebut? Jelaskan.
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open