Melaka Trial 2024 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Perniagaan
Melaka Trial 2024 Perniagaan Kertas 2 · Ujian Diagnostik
Melaka Trial Ujian Diagnostik · 2024
10 questions · Total 100 marks
135 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay
Last updated
2026-11-13
Bahagian AChoose 5 of 6Chosen 0/5
110 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Nurin.
> Puan Nurin ingin mengajak rakan baiknya untuk membuka sebuah perniagaan Butik Pakaian kerana rakannya mempunyai kepakaran dalam bidang menjahit pakaian. Di samping itu rakannya juga dapat membantu menyumbangkan modal untuk perniagaan tersebut.
a(i)
Apakah bentuk milikan perniagaan yang sesuai?
1 marks
a(ii)
Nyatakan tiga kelebihan milikan perniagaan di (a)(i).
3 marks
b(i)
Gambar berikut menunjukkan salah satu sektor dalam perniagaan.
Nyatakan dan jelaskan sektor perniagaan tersebut.
3 marks
b(ii)
Jelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
3 marks
210 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif Fahmy Anyaman.
**Fahmy Anyaman**
- Produk anyaman berasaskan tumbuh-tumbuhan.
- Menjual 1,000 unit produk anyaman dalam tempoh sebulan bagi pasaran tempatan.
- Mensasarkan peningkatan 10% sebulan bagi pasaran tempatan dan 15% bagi pasaran antarabangsa.
a
Terangkan ciri-ciri objektif Fahmy Anyaman.
6 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Rohani Songket Sdn. Bhd.
> Syarikat Rohani Songket Sdn. Bhd. menjual produk berasaskan songket. Mereka ingin memastikan hasil syarikat meningkat dari semasa ke semasa agar matlamat perniagaan dapat dicapai. Syarikat Rohani Songket Sdn. Bhd. sentiasa merancang tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan hasil jualan mereka.
b
Terangkan tindakan yang boleh diambil bagi Syarikat Rohani Songket Sdn. Bhd. dapat mencapai hasrat tersebut.
4 marks
310 marks
a
Senaraikan tiga tujuan bahagian fungsian pengeluaran.
3 marks
b
Rajah di bawah menunjukkan suatu aktiviti yang dijalankan dalam bahagian fungsian pengagihan.
Nyatakan empat peranan bahagian fungsian tersebut.
4 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan satu bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
- Melibatkan penyelidikan dan pembangunan tentang produk baharu.
- Membuat penambahbaikan terhadap produk yang sedia ada.
- Wujud dalam kebanyakan industri dan rekaan produk.
c
Jelaskan tujuan bahagian fungsian ini diwujudkan.
3 marks
410 marks
Pernyataan berikut berkaitan Kraf Holdings Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur.
> Kraf Holdings Sdn. Bhd. telah memberi bonus tunai kepada pekerja kerana prestasi perniagaan yang memberangsangkan bagi tahun kewangan 2021 selain gaji asas dan elaun.
a
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan peranan pengurusan sumber manusia.
2 marks
b
Jelaskan dua faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh Kraf Holdings Sdn. Bhd.
4 marks
c
Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai diambil kira oleh Pengurus Sumber Manusia untuk bakal pekerja di syarikat beliau.
Mengapakah dokumen di (a)(i) penting kepada Kun-Yiet Enterprise?
4 marks
b
Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaan.
5 marks
610 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan pemasaran.
> Pemasaran ialah strategi, proses atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
a
Apakah tujuan pemasaran?
2 marks
Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga Perniagaan Biskut Lazat Sdn. Bhd.
| Tarikh urus niaga | Butiran urus niaga |
|---|---|
| 12 November | Belian secara kredit sebanyak RM600 |
| 26 Disember | Pelanggan menjelaskan hutang sebanyak RM3000 |
b(i)
Jelaskan dokumen perniagaan bagi setiap urus niaga di atas.
4 marks
b(ii)
Jelaskan strategi produk yang boleh dilaksanakan oleh Perniagaan Biskut Lazat Sdn. Bhd. untuk meningkatkan jualannya.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
a
Terangkan bagaimana kerajaan memainkan peranan mengawal inflasi.
6 marks
Berikut adalah dialog di antara dua orang pengurus perniagaan.
> Encik Jason seorang pengurus kewangan telah menyerahkan memo kepada pegawai kanan kewangan (Encik Kumar). Beliau mengarahkan Encik Kumar untuk menyerahkan laporan kewangan syarikat 2020 dalam jangka masa dua jam untuk dibawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan syarikat.
>
> Encik Iman seorang pengurus pengeluaran yang mementingkan sumbangan idea daripada pekerjanya. Walau bagaimanapun, Encik Iman akan membuat keputusan akhir.
b
Bezakan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Jason dan Encik Iman.
4 marks
c
Setujukah anda bahawa faktor dalaman amat penting dalam perubahan kepada persekitaran perniagaan? Beri alasan kepada pendapat anda.
5 marks
815 marks
Dialog berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan yang diperlukan bagi sebuah perniagaan.
> **Insyirah:** Jualan perabot kilang saya semakin merosot. Risau betul dibuatnya. Saya rasa, perabot yang dihasilkan di kilang saya perlu diperbaiki mengikut trend hari ini.
>
> **Akid:** Betul. Kalau awak tidak membuat perubahan pada perabot awak, saya khuatir perniagaan awak akan mengalami kerugian yang besar.
>
> **Insyirah:** Boleh nak buat perubahan tu tapi saya kekurangan wang. Nak buat semua tu perlukan wang yang besar. Mana nak cari. Simpanan sendiri pun tak mampu nak tampung kos.
>
> **Akid:** Tu awak tak perlu risau. Awak buat rancangan perniagaan dan kemukakan pada agensi atau institusi kewangan yang sesuai.
a
Huraikan sumber pembiayaan yang boleh digunakan Insyirah.
2 marks
b
Cadangkan agensi kerajaan yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi Insyirah.
4 marks
c
Jelaskan kekuatan dan kelemahan sumber pembiayaan yang dipilih.
6 marks
d
Insyirah perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan setelah menyediakan rancangan perniagaan. Mengapa?
3 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat LED Sdn Bhd dan Neon Sdn Bhd yang menjual barangan elektrik.
| Nisbah | LED Sdn Bhd | Neon Sdn Bhd |
|---|:---:|:---:|
| Peratus untung tokokan | 30% | 25% |
| Peratus margin untung bersih | 20% | 15% |
| Nisbah semasa | 4:1 | 5:1 |
| Pusing ganti aset | 5 kali | 4 kali |
| Pusing ganti stok | 4 kali | 3 kali |
a
Prestasi syarikat yang manakah lebih baik? Berikan alasan.
5 marks
b
Syarikat yang manakah mempunyai keupayaan membayar hutang yang lebih baik? Kemukakan alasan.
4 marks
c
Berikan cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan yang berprestasi rendah.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
> Perniagaan Seni Kraf bukanlah suatu nama yang asing lagi dalam industri kraf tangan. Perniagaan ini mempunyai sebuah kilang beg rotan yang terbesar di kawasan perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Setiap rekaan yang dihasilkan mempunyai sentuhan tersendiri dan sangat unik hasil idea kreatif pemilik Encik Hafizi yang dikenali ramai sebagai peneraju empayar ini. Rekaan yang tersendiri dan idea yang malar segar di bawah teraju Encik Hafizi ini termasuk dalam golongan perintis produk kraf tangan di Malaysia.
>
> Produk beg rotan keluaran Perniagaan Seni Kraf mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada masyarakat tempatan malahan juga mendapat sambutan daripada pelancong luar. Justeru, Perniagaan Seni Kraf menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 5% setiap bulan dan membuka lebih banyak cawangan di setiap negeri dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Setiap rekaan beg rotan yang dihasilkan oleh Perniagaan Seni Kraf disuntik dengan keunikan tersendiri. Beg rotan yang dihasilkan boleh digunakan untuk kegunaan harian mahupun dibawa ke majlis-majlis istimewa.
>
> Rotan yang digunakan dalam penghasilan beg adalah rotan yang berkualiti tinggi yang diperoleh daripada pembekal-pembekal rotan di sekitar negeri Melaka.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.
a
Terangkan ciri-ciri yang menepati objektif perniagaan yang baik.
6 marks
b
Jelaskan bahagian fungsian yang terlibat dalam Perniagaan Seni Kraf.
4 marks
c
Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh pemilik Perniagaan Seni Kraf untuk melindungi idea dan rekaan beg rotan mereka.
4 marks
d
Terangkan strategi produk dan strategi harga yang perlu dilakukan oleh Encik Hafizi untuk mencapai objektif perniagaan yang telah ditetapkan.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open