Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan.
> Izani telah menjadi anggota Koperasi SMK Seri Sentosa Berhad sejak di tingkatan 1.
b(i)
Jelaskan hak Izani sebagai anggota milikan perniagaan tersebut.
4 marks
b(ii)
Mengapakah beliau berminat menjadi anggota dalam milikan perniagaan di (b)(i)?
3 marks
210 marks
Jelaskan jenis-jenis pelepasan cukai berikut:
a(i)
Taraf Perintis
2 marks
a(ii)
Elaun Cukai Pelaburan
2 marks
Rajah 1 berikut berkaitan dengan syer pasaran perniagaan baju kurung wanita.
b(i)
Jumlah jualan bagi pasaran baju kurung tersebut sebanyak RM630,000. Hitungkan syer pasaran bagi Perniagaan Jelita Suri.
2 marks
b(ii)
Mengapakah Perniagaan Jelita Suri perlu menguasai syer pasaran?
4 marks
310 marks
Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif dalam aspek berikut:
a(i)
Sumber manusia.
2 marks
a(ii)
Teknologi.
2 marks
Gambar 1 berkaitan dengan perubahan produk yang dihasilkan oleh satu bahagian fungsian.
b(i)
Apakah bahagian fungsian tersebut?
1 marks
b(ii)
Jelaskan peranan bahagian fungsian di 3(b)(i).
5 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem penggajian.
> **Gaji bukan faktor utama pekerja kekal dalam syarikat.**
>
> Kuala Lumpur : Banyak sektor perniagaan terjejas kerana berlaku pusing ganti pekerja setiap tahun. Syarikat tidak mampu mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan apabila perlu mengambil pekerja baharu bagi menggantikan pekerja lama. Pelbagai insentif perlu diberikan untuk menjaga kebajikan pekerja supaya pekerja kekal dalam syarikat.
>
> *(Sumber ubahsuai: Berita Harian, Khamis 18 Jun 2024)*
a
Terangkan insentif tersebut.
6 marks
b
Gambar 2 menunjukkan sebuah agensi kerajaan.
Jelaskan peranan agensi tersebut.
4 marks
510 marks
Gambar 3 berikut menunjukkan sejenis sumber fizikal.
a(i)
Apakah jenis sumber tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan prosedur mengurus sumber di (a)(i).
4 marks
b
Jelaskan kepentingan latihan kepada usahawan.
5 marks
610 marks
Gambar 4 di bawah menunjukkan kaedah promosi yang telah dijalankan oleh Puan Aida.
a(i)
Apakah kaedah promosi tersebut?
1 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan kaedah promosi tersebut kepada Puan Aida.
5 marks
b
Jelaskan tanggungjawab peniaga setelah mendapat Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D).
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut berkaitan situasi ekonomi di Malaysia.
> MIDF Research menjangkakan kenaikan harga barang meningkat 2 peratus dalam bulan Januari pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Peningkatan harga ini menjejaskan permintaan dalam pasaran domestik di Malaysia. Perbelanjaan isi rumah semakin meningkat kerana barangan keperluan harian perlu dibeli untuk memenuhi keperluan individu. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mendesak kerajaan mengekalkan pemberian subsidi barang keperluan untuk mengawal kenaikan harga demi menjaga golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Selain menghadapi masalah kenaikan harga barang, negara juga menghadapi masalah kekurangan buruh tempatan dan terpaksa mengambil tenaga buruh asing untuk memenuhi keperluan sektor pembuatan dan perladangan.
a
Jelaskan situasi ekonomi tersebut.
4 marks
b
Anda bersetuju dengan desakan tersebut?
Berikan alasan anda.
5 marks
c
Jelaskan implikasi terhadap ekonomi dan guna tenaga jika tindakan tersebut diambil.
6 marks
815 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Rabiah.
> Puan Rabiah merupakan seorang guru bersara. Beliau telah memulakan perniagaan MULTIFOOD FROZEN Enterprise pada tahun 2021 dengan modal sebanyak RM220 000 daripada KWSP dan simpanannya. Perniagaan MULTIFOOD FROZEN menjual pelbagai jenis produk sejuk beku untuk pasaran tempatan dan sekitar bandar Kota Bharu.
>
> Berikut keuntungan perniagaannya bagi tiga tahun adalah seperti berikut:
| Tahun | 2021 | 2022 | 2023 |
|---|---|---|---|
| Jumlah Keuntungan | RM70 000 | RM68 000 | RM65 000 |
> Puan Rabiah telah merancang beberapa langkah untuk meningkatkan keuntungan perniagaannya. Hasil penyelidikan yang dijalankan, beliau mendapati keuntungan perniagaan merosot disebabkan oleh kenaikan kos operasi dan penetapan harga produk sejuk beku yang ditawarkan lebih tinggi berbanding pesaing. Beliau bercadang untuk menurunkan harga produk sejuk bekunya untuk meningkatkan jualannya.
a
Jelaskan trend perniagaan tersebut.
4 marks
b
Sekiranya anda Puan Rabiah, cadangkan cara menurunkan kos operasi perniagaannya.
6 marks
c
Anda bersetuju dengan cadangan Puan Rabiah tersebut.
Berikan alasan anda.
5 marks
915 marks
Maklumat berikut menunjukkan perbandingan analisis nisbah asas yang diperolehi daripada dua syarikat yang menjalankan perniagaan pembersihan di Bandar Kota Bharu. Kerajaan negeri telah mengenal pasti syarikat tersebut bagi menjalankan projek usahasama bagi Projek Pembersihan Bangunan Pentadbiran Kerajaan.
| Butiran | Syarikat Semesta Alam (RM) | Syarikat Puncak Jaya (RM) |
|---|---|---|
| Untung Kasar | 560 780 | 489 640 |
| Untung Bersih | 480 650 | 330 850 |
| Modal Awal | 1 250 670 | 900 430 |
Berdasarkan maklumat yang diberikan:
a
Hitungkan Peratus Pulangan Atas Modal bagi Syarikat Puncak Jaya.
3 marks
b
Syarikat manakah yang akan dipilih bagi projek usahasama tersebut?
Kemukakan alasan anda.
6 marks
c
Cadangkan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan untung bersih bagi operasi perniagaan yang berprestasi rendah?
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Encik Aiman merupakan seorang usahawan yang telah menjalankan kontraktor binaan rumah dan jalan selama dua tahun di Pasir Puteh, Kelantan. Dengan modal permulaan RM150 000 beliau telah berjaya mendaftar lesen kontraktor Kelas G4 dengan pihak CIDB. Kelayakan lesen tersebut membolehkan beliau mendapat tender projek di bawah RM3 juta. Beliau mempunyai 10 orang pekerja dan dibantu oleh seorang penolong pengurus projek.
Encik Aiman telah menetapkan objektif perniagaannya pada tahun 2024 dengan sasaran projek bernilai RM30 juta berbanding tahun 2023 sebanyak RM18 juta. Bagi mencapai objektif tersebut beliau telah memohon lesen baharu Kelas G5 dari CIDB yang melayakkan untuk membida projek bernilai RM5 juta. Sehubungan itu modal perniagaan perlu ditambah kepada RM250 000. Rakan beliau, Encik Hashim menawarkan diri untuk menyumbangkan modal tambahan tersebut. Mereka bersetuju menubuhkan milikan perniagaan yang baharu.
Pada akhir bulan ini, penolong pengurus projek akan bersara dan Encik Aiman memerlukan penolong pengurus projek yang baharu untuk menggantikannya. Berikut merupakan maklumat calon yang telah dikenal pasti.
| | Maklumat Calon Y | Maklumat Calon Z |
|---|---|---|
| Nama | Mohd Sabri bin Yusof | Azahan bin Ghazali |
| Umur | 25 tahun | 36 tahun |
| Kelayakan Akademik | Diploma Binaan Kolej Vokasional | Ijazah Pemasaran Dengan Kepujian |
| Pengalaman | Penyelia projek perumahan di PPM Properties selama 2 tahun | Penolong Pengurus Pemasaran di SPB Binaan selama 5 tahun |
| Gaji dipohon | RM2800 | RM5000 |
Encik Aiman telah berjaya mendapat projek pembinaan jalan berturap bernilai RM4.5 juta. Mereka menghadapi masalah kekurangan modal pusingan untuk menjalankan projek tersebut. Beberapa jenis jentera diperlukan bagi menyiapkan projek berkenaan. Rakan kongsi beliau mencadangkan agar jentera tersebut tidak perlu dibeli bagi menjimatkan kos operasi.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
a
Terangkan sektor perniagaan Encik Aiman.
2 marks
b
Jelaskan ciri objektif perniagaan Encik Aiman.
4 marks
c
Mengapakah Encik Aiman bersetuju dengan bentuk milikan baharu tersebut?
6 marks
d(i)
Jika anda Encik Aiman, calon manakah yang sesuai dengan jawatan tersebut?
1 marks
d(ii)
Kemukakan alasan anda.
3 marks
e
Cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai dipilih.
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open