Bagaimanakah undang-undang boleh memberikan kesan positif kepada perniagaan di Malaysia?
5 marks
210 marks
a
Gambar berikut merujuk kepada sebuah milikan perniagaan.
Jelaskan bentuk pemilikan tersebut.
4 marks
b
Rajah berikut berkaitan dengan ciri-ciri objektif perniagaan.
**Ciri-ciri objektif perniagaan** (rajah berpusat dengan lima bulatan):
- Spesifik
- Boleh Diukur
- Boleh Dicapai
- P
- Jangka Masa
Jelaskan P.
6 marks
310 marks
Maklumat di bawah berkaitan Syarikat Bio-Wash Sdn. Bhd.
> Syarikat Bio-Wash Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan yang mengeluarkan produk pencuci pakaian mesra alam. Syarikat berhasrat meminta bantuan MATRADE untuk meningkatkan jualan dan menembusi pasaran antarabangsa.
a(i)
Nyatakan **dua** faktor dalaman yang perlu diambil perhatian oleh Syarikat Bio-Wash Sdn. Bhd.
2 marks
a(ii)
Jelaskan peranan MATRADE dalam membantu perniagaan Syarikat Bio-Wash Sdn Bhd.
4 marks
b
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang berlaku dalam satu bahagian fungsian.
Terangkan peranan bahagian fungsian tersebut.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Pakar Food Berhad.
> Syarikat Pakar Food Berhad merupakan sebuah perniagaan berskala besar. Perniagaan ini menjual pelbagai produk makanan dan minuman untuk pasaran tempatan. Pengurus perniagaan ini ialah Puan Naura Ain. Beberapa jabatan telah disusun dalam perniagaan ini iaitu Cik Umi sebagai pengurus produk biskut, Puan Shida sebagai pengurus produk aiskrim dan Encik Azman bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk minuman.
a(i)
Lakar dan labelkan carta organisasi Syarikat Pakar Food Berhad.
*(Tulis jawapan anda: huraikan carta organisasi anda dalam perkataan — jawatan dan nama dalam setiap kotak, kotak di peringkat atas dan di peringkat bawah, serta siapa melapor kepada siapa.)*
4 marks
a(ii)
Jelaskan struktur organisasi di 4(a)(i).
2 marks
b
Rajah berikut berkaitan dengan sumber teknologi.
**Sumber Teknologi** bercabang kepada tiga kotak:
- Harta intelek
- M
- Kemahiran dan Pengalaman
Jelaskan tujuan mengurus sumber teknologi M.
4 marks
510 marks
a(i)
Jelaskan sumber pembiayaan overdraf.
2 marks
a(ii)
Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya kepada usahawan.
4 marks
b
Jelaskan kepentingan menganalisis operasi kewangan menggunakan penyata pendapatan sesebuah perniagaan.
4 marks
610 marks
a
Jelaskan bagaimanakah bahagian fungsian jualan perniagaan kecil berinteraksi dengan perniagaan besar bagi melancarkan operasi perniagaan.
2 marks
b
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Rohaya.
> Puan Rohaya ingin membuka sebuah kedai menjual barangan kraftangan di Johor Bahru. Beliau bercadang mendapatkan bantuan profesional daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Terangkan bentuk bantuan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Sahli, Pengurus Sumber Manusia.
> Encik Sahli bertanggungjawab memastikan semua pekerja menghadiri kursus yang dianjurkan oleh SME CORP. Malaysia melalui program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) secara berkala bagi meningkatkan kemahiran pengendalian perniagaan. Selain itu, bagi mengekalkan prestasi jualan yang menguntungkan, beliau mengingatkan pekerja tentang Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang perlu dicapai dalam perniagaan agar pekerja sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas mereka.
Terangkan peranan pengurusan sumber manusia yang dilaksanakan oleh Encik Sahli.
4 marks
Bahagian BChoose 2 of 3Chosen 0/2
715 marks
Maklumat berikut merupakan perkembangan perniagaan Samsarina.
> Samsarina memiliki sebuah ladang ternakan lembu di Muar, Johor. Hasil daripada ternakan lembu tersebut, Samsarina dapat membuka kilang memproses daging lembu dengan menggajikan seramai 80 orang pekerja tetap dan 20 orang pekerja sambilan bagi menghasilkan makanan sejuk beku seperti daging beku, daging burger, sosej, daging kisar berjenama Sempurna yang telah berjaya dipasarkan ke seluruh Malaysia. Hasilnya jualan tahunan kilang mencapai RM 15 juta setahun. Perancangan tahun hadapan adalah untuk meningkatkan jualan dengan memasarkan ke rantau Asean. Untuk itu Samsarina mengambil tindakan melaksanakan pengelolaan sumber manusia yang berkesan dengan merangka program yang bersesuaian bagi membangunkan perniagaan yang mampan.
a
Terangkan saiz dan skala perniagaan Samsarina.
6 marks
b
Jelaskan perkembangan perniagaan Samsarina.
3 marks
c
Anda bersetuju dengan tindakan Samsarina. Kemukakan alasan anda.
6 marks
815 marks
Petikan berikut merupakan perniagaan yang dijalankan oleh Puan Zeita.
> Puan Zeita merupakan pemilik Perniagaan Zeita Burger yang beroperasi di sekitar Batu Pahat Johor. Setiap hari Jumaat Puan Zeita akan mendermakan 200 biji set burger kepada pertubuhan Kebajikan anak-anak yatim Al-Fateh di daerah tersebut. Kebelakangan ini Puan Zeita mendapati terdapat pesaing baharu dalam kawasan perniagaan beliau dan beliau perlu membuat sesuatu keputusan untuk menyelamatkan perniagaannya.
> Oleh yang demikian, Puan Zeita bercadang untuk meneroka pasaran baharu untuk memastikan perniagaan beliau terus kekal di pasaran.
a
Jelaskan perbezaan Perniagaan Puan Zeita dan pertubuhan kebajikan tersebut.
4 marks
b
Mengapakah Puan Zeita perlu membuat keputusan tersebut? Jelaskan.
5 marks
c
Jelaskan faktor penyumbang yang menggalakkan perniagaan Mc Zarul Burger bersaing dalam perniagaan tersebut.
6 marks
915 marks
Maklumat berikut berkaitan penyata kewangan Syarikat Perabot SH Sendirian Berhad.
| Analisis | Nilai |
|---|---|
| Peratusan Untung Tokokan | 25 % |
| Peratusan Margin Untung Bersih | 17 % |
| Nisbah Semasa | 3.5 : 1 |
| Pusing Ganti Stok | 5 kali |
> Berdasarkan laporan analisis tersebut, pihak pengurusan mendapati bahawa perniagaan yang dijalankan telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru syarikat mengambil keputusan mengubah objektif perniagaan kepada lebih baik. Tambahan pula, syarikat juga memerlukan suntikan dana tambahan bagi mengembangkan lagi perniagaan. Sehubungan itu, pihak pengurusan telah mengambil tindakan untuk memohon pembiayaan daripada agensi kerajaan.
a
Terangkan faktor dalaman yang mempengaruhi keputusan syarikat.
4 marks
b
Jelaskan prestasi syarikat berdasarkan situasi tersebut.
5 marks
c
Bagaimanakah pihak pengurusan dapat memastikan permohonan tersebut berjaya?
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1020 marks
Zara dan Nina mempunyai minat yang mendalam dalam dunia reka fesyen. Mereka membuka sebuah butik di pusat beli-belah yang terkenal di Kulai, Johor dengan nama Butik ZANA Elegan. Butik ini mempunyai pekerja tetap seramai 10 orang dan 4 orang pekerja sambilan. Butik ini menawarkan pelbagai jenis pakaian yang direka khas untuk wanita dan sering mendapat tempahan dari pelanggan seluruh negara.
Setelah setahun beroperasi, Zara mencadangkan agar Butik ZANA Elegan melantik sebuah syarikat perakaunan untuk menyediakan penyata kewangan tahunan. Beliau bimbang sekiranya perakaunan tidak diuruskan dengan baik, perniagaan akan mengalami masalah kewangan dan mereka sukar untuk menilai prestasi perniagaan. Nina bersetuju dengan cadangan Zara dan mereka melantik Syarikat Accoach Sdn Bhd untuk menyediakan penyata kewangan Butik ZANA Elegan. Berdasarkan penyata kewangan yang dihasilkan, Butik Zana Elegan mendapati jualan tahunan yang dicapai ialah RM500,000 dan untung bersih bagi tahun 2023 ialah RM200,000.
Sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan telah mendorong Butik ZANA Elegan menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan seperti berikut:
> **VISI**
> Butik Zana Elegan menjadi jenama fesyen yang terkenal di seluruh negara.
>
> **MISI**
> Menyediakan pakaian yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk unik dan elegan kepada pelanggan.
>
> **OBJEKTIF**
> Mencapai peningkatan jualan sebanyak 20% setiap tahun.
Bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa, Butik ZANA Elegan menggunakan pelbagai platform digital dalam memasarkan produk. Alternatif ini diambil bagi memastikan objektif yang dirancang tidak mengalami kegagalan.
Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kulai telah mengenakan denda kepada butik ini kerana papan tanda perniagaan yang dipamerkan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Butik ZANA Elegan telah diberi notis dan peringatan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan yang berikut:
a
Terangkan saiz dan skala perniagaan Butik ZANA Elegan.
4 marks
b
Mengapakah penyata kewangan penting kepada Butik ZANA Elegan?
4 marks
c
Jelaskan tujuan Butik ZANA Elegan menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan.
4 marks
d
Terangkan kesan jika Butik ZANA Elegan gagal mencapai objektif yang ditetapkan.
4 marks
e
Bagaimanakah Butik ZANA Elegan dapat mengelak dikenakan denda?
4 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open